A3NS'S dan The Prince's tiba di sekolah agak lewat pada hari ini memandangkan mereka pergi menghantar Rara ke hospital dahulu. Mr Daus sudah dibenarkan keluar dari hospital, jadi isterinya meminta tolong mereka untuk menghantar cucu bongsu mereka itu ke hospital.
Sempat juga mereka bersua muka dengan Mr Daus dan lelaki itu memberikan kata semangat buat mereka.
"A3NS'S, kita kena pergi dewan terus ke?" Soal Adrie. Dari bangunan tempat letak kenderaan, dia melihat pelajar-pelajar yang berjalan memasuki dewan Randell. Entah kenapa, dia pula yang berdebar terlebih. Tengok A3NS'S selamba bukan main.
"Ya, hari ni kan semua pelajar tu dah dimasukkan. Nanti kalau cikgu tak nampak batang hidung kita dekat dalam dewan tu, apa pula yang diorang cakap." Ujar Aina setelah menekan butang lock pada punat kunci keretanya.
Belum sempat Adrie mahu membuka mulut, pembesar suara sekolah tiba-tiba mengeluarkan bunyi pengumuman.
"Perhatian kepada A3NS'S dan The Prince's. Sila ke bahagian luar dewan sekarang, Cikgu Inza ingin berjumpa dengan kamu. Ulang suara..."
"Jomlah gerak cepat. Cikgu Inza bukan suka tunggu orang, tak memasal je nanti kita kena marah sebab biar dia menunggu." Ajak Syu mahu segera ke sana. Tolonglah jangan bagi mereka ni dimarahi oleh Cikgu Inza, boleh rosak seharian moodnya nanti.
SELANG beberapa langkah dari mereka, seorang guru wanita berkaca mata sedang bercekak pinggang dengan wajah yang tegang.
Dia berdiri membelakangi mereka.
"Cikgu Inza." Sapa Lya, belum dapat dia menyatakan apa-apa terus mulut Cikgu Inza melepaskan kata-kata kasar.
"Pergi mana? Saya ni seorang cikgu dan awak biar saya duduk dekat luar ni menunggu awak? Mana adab awak semua?" Semburnya dengan penuh lagak.
A3NS'S dan The Prince's diam. Mereka tahu wanita itu mahu menyambung ayatnya lagi.
"Sepatutnya! Bila awak dah tahu cikgu nak jumpa awak, datanglah cepat-cepat! Hari ni semua pelajar yang baru keluar dari asrama pemulihan akhlak tu semuanya akan kembali ke sini. Macam mana awak nak bimbing mereka dan letak mereka di bawah kawalan awak kalau awak semua pun tak ada adab?! Useless!" Herdiknya lagi.
"Sekejap lagi, awak semua tak perlu turun padang dulu. Saya nak awak agihkan semua pelajar tu mengikut kelas mereka yang saya dah senaraikan dalam kertas ni. Selepas itu, baru kamu semua boleh turun ke padang untuk latihan sukan. Faham?" Soalnya, wajahnya masih lagi tegang dan penuh dengan lagak.
Rin menyambut huluran kertas itu.
Tak bercakap banyak, Cikgu Inza meninggalkan mereka di luar dewan.
A3NS'S dan The Prince's berbalas pandangan. Nafas mereka ditarik sedalam-dalamnya.Sabar. Ujian pagi-pagi buta macam ini. The Prince's pun bagai sudah terbiasa dengan semuanya. Maklumlah, walaupun belum masuk setahun mereka menjalankan tugas bersama A3NS'S. Tapi sudah banyak perkara yang mereka hadapi di sini. Jadi bahan gosip, dimarahi cikgu dan lain-lain yang menyedihkan.
YOU ARE READING
THE A3NS'S [OG]
Teen Fiction📌1st Novel (On Going + Slow Updated) "Prepare yourself because A3NS'S will conquer this entire Wolfin's" A3NS'S , bersekolah di sebuah sekolah elit yang diberi nama Wolfin Private High School. Dibenci , dicaci. Itulah yang mereka hadap setiap hari...