"KAFE ni? Bukan hak milik aku, kafe ni atas nama kakak aku. Aku jagakan sementara dia masih di London. Dia balik nanti, aku cari kerja lain." Ujar seorang jejaka yang duduk berhadapan dengan seorang lagi jejaka merangkap temannya.
Dia menunggu masa untuk membuka kafe itu pada pukul 8.30 pagi nanti. Segalanya sudah siap-siap dikemaskan.
Sempat juga dia menghidangkan dua cawan hot latte buat dia dan jejaka itu.
Jejaka dihadapannya itu diam dengan wajah bekunya dan merenung kearah latte art berupa bunga di dalam cawan.
"Bila kakak kau balik?" Soalnya tidak bernada. Pandangannya diangkat memandang si pemilik kafe dengan matanya yang seperti mahu menerkam manusia.
"Lusa." Kata jejaka si pemilik kafe itu. Tangannya memeluk tubuh. Duduk dengan sahabatnya yang seorang ini, cuaca yang panas pun terasa macam bersalji.
Jejaka berwajah beku itu mengangguk. Sekeping kad putih bertertera alamat dan nombor telefon diletakkan diatas meja.
"Hubungi nombor tu, di sana ada kafe yang perlukan pekerja." Ujarnya lagi, masih dingin.
"Wolfin Private High School? Takkanlah sekolah elite macam ni nak terima aku kerja dekat kafe dia orang. Aku ni bakat pun tenggelam timbul aje. Kau tengoklah aku buat lukisan pada latte macam mana kadang-kala? Nak buat angsa, jadinya itik." Jejaka pemilik kafe itu memandang jejaka berwajah beku itu tidak percaya.
Dia memang suka bekerja berkaitan kafe, tetapi bakatnya seakan-akan menghalang. Setakat menghidang itu memang dia pakar. Tapi bab mahu membancuh, memasak dan berseni dalam bidang makanan itu agak sukar. Di kafe ini pun, pekerja-pekerja lain yang buat segalanya, dia cuma menjaga kafe dan buat kerja ringan.
"Belajar." Sepatah jejaka beku itu membalas.
Jejaka pemilik kafe itu meletakkan kad tadi kembali ke atas meja. Tiba-tiba keningnya bertaut.
"Aku dapat tangkap tindakan kau. Kau suruh aku kerja dekat sekolah ni sebab ia berkait dengan pertolongan yang kau minta dari aku malam tu? Betul tak?" Teka jejaka itu. Baru dia teringat, ketika mereka berjumpa enam orang gadis yang datang ketika kafe sudah tutup pada malam hari yang lepas, jejaka itu ada menyebut nama Wolfin Private High School.
Jejaka berwajah beku itu membalas pandangan kawannya.
"Indeed, Haiz."
"INI loker kau orang. Semua baju-baju khas macam baju sukan, jaket, kemeja lengan panjang, kemeja lengan pendek, tali leher ekstra, vest, blazer, semuanya dalam ni. Kau orang boleh bawa balik kalau nak cuci atau apa-apa."
A3NS'S meluangkan masa mereka dengan anak-anak Pak Man, Qalish dan Qarrish. Memandangkan semua guru sedang bermesyuarat, jadinya mereka gunakan masa ini untuk membawa kembar berdua itu mengenali Wolfin Private High School.
YOU ARE READING
THE A3NS'S [OG]
Teen Fiction📌1st Novel (On Going + Slow Updated) "Prepare yourself because A3NS'S will conquer this entire Wolfin's" A3NS'S , bersekolah di sebuah sekolah elit yang diberi nama Wolfin Private High School. Dibenci , dicaci. Itulah yang mereka hadap setiap hari...