WAD A3NS'S kembali lengang. Yang ada cuma Arilana, Rara dan Raz yang menemani Ria sementara Mr Daus dan The Prince's yang lain pergi ke wad sebelah untuk melihat Arief.
Sebelumnya doktor ada maklumkan pada Mr Daus yang Arief sudah boleh keluar dari hospital. Pihak hospital hanya kata yang dia kerap pengsan kerana kurang air dalam badan.
Arilana duduk diatas sofa bersama Rara. Mereka berdua memandang Ria dan Raz dari jauh. Raz baru masuk dari kaunter jururawat wad VIP. Entah apa mood dia hari ni sampai terlalu baik untuk belanja Ria makanan.
Ria bersandar pada katil. Mata memandang pergerakan Raz yang menghidang makanan untuknya diatas pinggan hospital.
Dalam banyak-banyak makanan, Raz memesan nasi goreng USA untuk Ria. Tapi tak apa, Ria tak memilih makanan. Semuanya dia telan.
Pinggan diletak di atas overbed table dihadapan Ria.
Raz teragak-agak nak menghulur sudu dan garfu besi. Tangan kanan gadis itu bercucuk jarum dan mengheret tiub. Jari jemari yang kebiruan buat Raz lagi tak percaya yang Ria mampu pegang sudu.
"Macam mana kau nak makan?"
Ria kekal dengan wajah mendatar walaupun selepas mendengar soalan dungu Raz.
Ria mengangkat kedua belah tangan dalam keadaan lemah lalu digoncang perlahan. Selepas itu satu jari telunjuk ditunding ke arah mulutnya yang pucat.
Raz menjeling.
"Memanglah makan pakai tangan dengan mulut. Nanti tak sempat makan nasi, aku bagi makan siku baru tahu," bidas Raz. Berubah sedikit pokerface dia.
Arilana mencapai sebantal kusyen dengan niat untuk dicampak pada Raz. Tetapi pertanyaan Raz yang seterusnya buat niatnya terbatal.
"Nak aku suap?" tanya Raz bersahaja tanpa memikirkan sebarang batas yang perlu dijaga.
Ria memandang Raz dengan pandangan membunuh. Nak tolong suap? Boleh. Boleh blah.
Kalau mamat tu nak rasa terlantar atas katil hospital cubalah buat.
Dengan wajah tanpa sebarang perasaan dan mendatar seperti selalu, Ria memegang hujung sudu yang berada di dalam genggaman Raz lalu ditarik perlahan keluar dari tangan lelaki itu.
"Terima kasih untuk makanan ni," ucap Ria tak bernada. Dengan perlahan dia mula menyuap sesudu nasi ke dalam mulut.
"Tak payah terima kasih. Aku tak ikhlas pun belikan kau makanan ni," Raz memandang Ria dengan ekor mata.
Kata-kata Raz langsung tak memberi kesan pada Ria. Ikhlas atau tidak bukan masalah dia, bukan dia yang minta makanan itu. Jika Raz mahu bayaran semula, dia mampu bayar. Small matter.
Pap!
Tanpa sebarang amaran muka Raz selamat dicium sebuah bantal kusyen yang dicampak Arilana.
YOU ARE READING
THE A3NS'S [OG]
Teen Fiction📌1st Novel (On Going + Slow Updated) "Prepare yourself because A3NS'S will conquer this entire Wolfin's" A3NS'S , bersekolah di sebuah sekolah elit yang diberi nama Wolfin Private High School. Dibenci , dicaci. Itulah yang mereka hadap setiap hari...