BAB 7

532 47 3
                                    

 

HARI berganti hari , cukup 1 minggu The Prince's tidak bersama A3NS'S

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


HARI berganti hari , cukup 1 minggu The Prince's tidak bersama A3NS'S. Bukan saja tidak bersama malah mereka memang tiada di Wolfin Private kerana kata Mr Daus bahawa pihak Emerald International memaklumkan yang masih ada urusan tentang The Prince's yang belum selesai.

Mungkin tentang surat menyurat mereka. Ya lah , jika difikirkan semula , mereka masuk ke sekolah ini dengan sangat pantas seolah-olah tidak perlu menguruskan apa-apa. Tidak mustahil jika masih ada hal yang terbengkalai.

Jadi , dalam masa 1 minggu The Prince's tiada di Wolfin Private.

A3NS'S dapat 'bernafas' buat seketika tanpa gangguan The Prince's. Hari-hari sebelum The Prince's pergi memang kerja mereka asyik bergaduh saja.

Tetapi apabila nampak saja kelibat Mr Daus atau mana-mana guru disiplin lekas mereka berpura-pura seperti hubungan mereka baik-baik saja. Pandai kan?

Tetapi! Hari ini A3NS'S mereka tidak lagi senang duduk seperti 1 minggu lepas. Hari ini , The Prince's akan kembali ke Wolfin Private.

Agak-agak dalam masa satu minggu itu The Prince's sudah insaf atau tidak dari terus-menerus mencari pasal dengan mereka?

      "WARGH! Aku tak bersedia lagi nak bertikam lidah dengan mamat-mamat tu!" Zera mengeluh kuat. Kunci almari lokernya dibuka dengan cermat. Hanya mulut saja yang bersungguh mengeluarkan suara petirnya.

"Ceh! Aku ni lagilah tak bersedia lagi nak dihalimunankan dengan korang. Aku tahulah masing-masing dah ada pasangan , janganlah tinggalkan aku. Mentang-mentang aku kecil , terus dihiraunya aku ni."

A3NS'S memandang Qeyla dengan pandangan bosan. Tangan tetap bergerak membuka pintu loker masing-masing.

Pasangan? Pasangan bergaduh? Entahlah , perkataan pasangan itu buatkan A3NS'S rasa mahu muntahkan pelangi saja.

"Apa kata kau jadi pelindung kitaorang bila kitaorang bergaduh? Mungkin dengan cara tu kau takkan dilupakan dan dihalimunankan oleh kitaorang." Cadang Rin menutup pintu almari lokernya. Tiada apa yang mahu diambilnya dari dalam itu. Tapi entah kenapa dia buka , dia sendiri pun tidak tahu.

"Ceh! Pelindung? Belum sempat aku nak lindung , terus kena lindung dengan suara korang dan The Prince's. Tak bagi peluang langsung aku nak bercakap." Bidas Qeyla. Beberapa buah buku teks dikeluarkan dari loker lalu dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.

"Alahai , sedihnya hidup seorang Qeyla." Celah Syu sengaja.

Tidak semena-mena mendapat jelingan yang tidak sebegitu tajam dari Qeyla.

 THE A3NS'S [OG]Where stories live. Discover now