BAB 47

15 6 0
                                    

      BERITA kemalangan A3NS'S mula tersebar ke seluruh pelusuk Wolfin Private High School

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      BERITA kemalangan A3NS'S mula tersebar ke seluruh pelusuk Wolfin Private High School.

Menjadi bualan itu sudah pasti. Tapi bukan semuanya bercakap tentang kebaikan. Keseluruhan dari semua pelajar malah mengutuk A3NS'S dan bersyukur dengan kejadian yang menimpa mereka.

Sepanjang hari itu The Prince's menepis segala ucapan rakan sekolah mereka yang berlagak baik kononnya mereka bersimpati atas apa yang berlaku.

Semuanya lakonan! Mereka sebenarnya langsung tak peduli dengan A3NS'S.

"Pagi tadi saya ke balai polis bersama dengan ibu bapa A3NS'S. Semasa membuat siasatan di tempat kejadian, mereka terjumpa dashboard camera dari kereta yang dinaiki Ria, Zera dan Syu," ujar Mr Daus.

The Prince's, Arilana dan Arieyan datang ke pejabatnya semata-mata kerana ingin tahu maklumat lanjut tentang kejadian yang menimpa A3NS'S. Waktu sekolah sudah tamat membuatkan mereka tidak perlu memikirkan apa-apa lagi.

Mr Daus diam seketika tetapi tangannya bergerak memainkan sebuah rakaman di dalam komputer riba.

Komputer riba itu dipusing menghadap ke arah The Prince's, Arilana dan Arieyan.

"Kamu tengoklah,"

Rakaman tersebut dimainkan bersama bunyi yang terakam.

Bunyi jeritan Zera dan Syu kembali membuat mata Arilana berair.

The Prince's dan Arieyan pula fokus melihat setiap fenomena kecil yang berlaku di dalam rakaman itu. Wajah mereka serius.

Arilana memejam mata dan menutup telinganya dengan kejap ketika rakaman tersebut memperlihatkan A3NS'S yang tercampak keluar dari perut kereta dengan darah yang berada di merata tempat.

"A3-NS..,"

Mereka diam mendengar rintihan halus itu. Itu suara Ria. Pasti kamera itu turut tercampak berdekatan Ria semasa kemalangan.

"A3NS'S!"

Kali ini The Prince's dan Arieyan mempamerkan reaksi yang aneh.

Seorang jejaka berpakaian lengkap dari Wolfin Private High School meluru ke arah A3NS'S yang sudah terdampar di atas jalan tar. Jejaka itu tak menyentuh apa-apa termasuk A3NS'S. Dia kekal di tempat dia berada bersama superbike berwarna hitam.

Wajahnya tidak kelihatan. Hanya terlihat tubuhnya daripada bahu ke bawah.

"Siapa lelaki tu?" tanya Deeb sebaik sahaja rakaman tersebut berhenti dimainkan.

"Bukan salah seorang dari kau orang?" soalan berbalas soalan.

The Prince's menggeleng menidakkan pertanyaan Arieyan.

"Kita orang tak ada superbike,"

"Dia pelajar tingkatan 4 sekolah ini juga, sebaya kamu semua. Namanya Aqif Naufal. Dia ada di balai polis tadi untuk beri keterangan," jelas Mr Daus membuang segala tekaan yang ada di dalam fikiran The Prince's dan Arieyan.

 THE A3NS'S [OG]Where stories live. Discover now