BAB 15

206 23 28
                                    

TING!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TING!

A3NS'S menapak keluar dari lif terlebih dahulu dari The Prince's. Apabila mereka ingin berjalan terus ke unit rumah mereka , The Prince's memanggil dari belakang.

Langkah A3NS'S terhenti.

"Kenapa?"

A3NS'S berpaling memandang The Prince's.

"T-tak. Nak tanya aje , k-korang masih tak maafkan kitaorang ke?" Riq tergagap-gagap. Matanya meliar kesana sini. Itulah sikapnya bila malu , melarikan mata.

A3NS'S berbalas pandangan sesama mereka. Setelah itu mereka kembali memandang The Prince's yang tidak kelihatan tentu arah.

A3NS'S mengukir senyuman senang.

"Tak. Tapi bukan sebab korang bagi kek dengan bunga eh. Kitaorang maafkan sebab tak nak sukarkan lagi keadaan." Jujur Syu membuatkan telinga The Prince's berubah merah. Malu mengingatkan kek dan bunga yang mereka beri semalam.

Pertama kali dalam hidup mereka buat begitu.

"Lagipun , kita kena bekerjasama tak lama lagi. Kalau hubungan kita pun tak elok macam mana nak bekerjasama kan? Satu apa pun tak menjadi nanti." Tulus Lya juga menyokong ayat Syu.

The Prince's terdiam. Mereka tidak sangka A3NS'S akan berfikir sejauh itu. Mereka sendiri pun tidak berfikir seperti A3NS'S.

"Dahlah , lupakanlah. Kita fokus apa yang akan datang. Let's work together!" Celah Rin tidak mahu The Prince's membebankan kepala. Lupakanlah yang lepas , pelajar-pelajar yang ada ketika itu pun pasti sudah tidak berbicara tentangnya lagi.

The Prince's mengangguk dan membalas senyuman A3NS'S kecuali Raz.

Tanpa melengahkan masa lagi , mereka meneruskan langkah ke unit rumah mereka.

Tiba di hadapan pagar rumah mereka. A3NS'S terus membuka pagar putih itu apabila terlihat sekeping kertas bersaiz A4 dengan calitan cat berwarna merah berada di hadapan pintu mereka.

The Prince's yang berada di situ juga berhenti.

Melihat reaksi A3NS'S yang berkerut mengangkat kepingan kertas itu membuatkan The Prince's risau.

"Apa tu?" The Prince mendekati pagar A3NS'S.

A3NS'S terdiam seketika melihat tulisan tangan di atas kertas itu menggunakan marker pen hitam.

'Lepas semua yang terjadi ni , kau orang semua akan terima balasannya. Tunggu kami sekolah semula , kau orang tak akan dapat duduk senang. You gave us 'once' , we gave you 'twice'.'

"Surat ugutan..." Jawab Zera setelah mereka membaca seluruh ayat yang dituliskan.

"Siapa pengirimnya? Ada nama?" The Prince's semakin risau. Wajah mereka berubah serius.

 THE A3NS'S [OG]Where stories live. Discover now