BAB 59

15 5 0
                                    

A3NS'S dan The Prince's duduk di dalam bilik mesyuarat ketika waktu rehat untuk membincangkan tentang persediaan mereka sebelum hari kem menjelma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A3NS'S dan The Prince's duduk di dalam bilik mesyuarat ketika waktu rehat untuk membincangkan tentang persediaan mereka sebelum hari kem menjelma.

"Sehari sebelum wakil sana hadir ke sekolah kita, kita hias dewan dan periksa semua alatan elektronik yang akan digunakan," arah Ria. Anak mata memandang ke arah Raz yang mengendalikan komputer riba. Seperti yang diarahkan oleh Ria, Raz membuat jadual persediaan mereka dan membahagikan tugas.

"Aina, Nurin, Adeeb dan Harriq, survey makanan yang akan kita jamu pada pihak sana dan makanan yang kita akan sediakan pada semua pelajar sebelum bertolak ke kawasan kem," arah Ria mula membahagikan tugas.

"Survey makanan dari restoran mana?" Dengan penuh polos Riq mengajukan pertanyaan. Deeb, Rin dan Aina melepaskan keluhan ringan. Tak salah untuk bertanya tapi Riq pergi tanya soalan yang tak perlu dipersoalkan.

"Dekat kafe Kak Ari je, makanan dekat situ pun dah cukup mewah untuk dihidangkan pada pelawat," jawab Rin mewakili Ria.

Riq mengangguk berulang kali dengan perlahan.

"Ok, noted,"

"Next. Arqeyla, Alya, Fieraz dan Arief, periksa semua peralatan elektronik such as mikrofon, komputer, projektor dan selebihnya. Asingkan yang mana tidak berfungsi dengan baik," Ria menyambung membahagikan tugas-tugas A3NS'S dan The Prince's.

"Alright,"

"Noted,"

Sahut mereka serentak seraya mengangguk faham.

"Last group, Edria, Azra, Syuhaidra, Adrie dan Arhan, hias dan pastikan kebersihan dewan terjaga,"

"Baik," arahan diterima dengan baik oleh mereka semua.

"Dah?" Soal Ria pada Raz yang tekun menyusun jadual seperti yang disebutkan tadi.

Raz mengangkat pandangan ke arah Ria. Anggukan diberikan.

"Done,"

"Jadi, sebelum kita bincang soal lain, ada sebarang bantahan? Kalau nak tukar posisi, beritahu sekarang," Ria meminta kepastian buat kali terakhir.

"Tiada bantahan, Yang Arif!" Seloroh mereka serentak sebelum menghamburkan tawa yang menghangatkan setiap ruang bilik mesyuarat. Ria hanya memgangguk sementara Raz tersenyum kecil.

Mereka beralih ke perbincangan seterusnya berkaitan cara untuk menyambut tetamu dan sebagainya.

Sambil mereka bertukar-tukar soalan dan berkongsi idea, perbualan mereka diganggu oleh satu kekecohan yang kedengaran kuat hingga ke bilik mesyuarat.

 THE A3NS'S [OG]Where stories live. Discover now