BAB 19

27 9 0
                                    

      BAM-BAM!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      BAM-BAM!

"Ada orang tak dekat luar?!"

"Sesiapa?! Tolong buka pintu ni!"

BAM! BAM! BAM!

"Siapa pula yang buat jahat ni..."

Ketukan kuat mereka dari dalam tandas pelajar perempuan kian berhenti. Lelah , hingga merah tangan mereka.

Mereka bersandar pada dinding yang menghadap sinki-sinki tandas.

Nafas mereka tidak terkawal , kerisauan dan ketakutan bercampur.

Ria membawa keluar telefon bimbitnya dari dalam poket skirt labuhnya.

"Ada signal ke weh? Tak silap aku , tandas kita mana boleh dapat signal." Rin melihat gerak-geri Ria yang membuat panggilan ke nombor Lya.

Ria tidak menjawab malah masih tidak putus asa menghubungi nombor Aina , Lya dan Zera silih berganti.

Syu dan Rin berdiri di sisi Ria , berharap panggilan yang dilakukan dapat disambungkan. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan telefon mereka berdua telah mereka simpan di dalam loker.

"We're sorry , the person you call is..."

Tut!

"Tak ada ke ruang yang mampu buat kita keluar?" Mata Syu bergerak memandang setiap sudut tandas pelajar itu.

"Weh , tu..." Kata Rin menunjuk ke arah tingkat berbentuk segi empat sama yang bersaiz sederhana besar.

Melihatkan dari saiz ukuran tingkap itu , mungkin akan muat sekiranya individu bertubuh kurus yang cuba melaluinya. Mungkin...

Mereka bertiga berbalas tatapan.

      "MANA tiga ekor ni? Diorang pergi toilet ke tolong renovate toilet?" Zera mengetuk jari telunjuknya di atas meja dengan kening yang berkerut.

"Itulah , makanan dah nak sejuk. Diorangnya tak muncul-muncul juga." Arif memandang makanan-makanan milik Ria , Syu dan Rin yang sudah mereka pesankan bersama makanan mereka.

Sudah hilang asap makanan itu kerana telah dingin. Ais di dalam minuman mereka turut mencair.

"Diorang melencong tempat lain ni...pergi koperasi ke apa ke. Kejap lagi sampailah tu." Ujar Adrie sambil menyuap nasi goreng USA yang hanya tinggal separuh di dalam pinggannya.

Aina mengangguk.

"Boleh jadi juga sebab haritu Rin kata dia belum beli buku latihan Matematik lagi." Aina menyebut kembali perkara yang pernah Rin beritahu padanya beberapa hari lepas.

"Kalau aku tahu , aku ikut je tadi. Buku aku banyak lagi tak beli." Lya membuat mimik muka. Sampai hati mereka tidak ajak dia sekali.

"Dah , kau nak beli buku lepas makan. Aku boleh aje teman. Kalau nak penemanlah." Sampuk Deeb menjeling halus Lya dihadapannya.

 THE A3NS'S [OG]Where stories live. Discover now