"PAPA sudah nampak progress kamu semua. Teruskan." Ujar seorang lelaki yang hanya berkaki satu dihadapan anak-anak lelakinya.
Anak-anak lelakinya dipandang seorang demi seorang. Masing-masing sibuk bermain dengan senjata tajam bersepah di atas meja. Satu dari senjata itu yang berupa pisau mempunyai kesan darah padanya. Darah yang masih segar.
"Papa bunuh apa tadi? Manusia?" Soal salah seorang dari mereka. Darah pada bilah pisau itu dicalit dengan jari lalu jari itu dihisap.
"Tak adalah. Papa lapar tunggu kamu semua sampai tadi, jadinya papa bunuh seekor anak kancil yang berkeliaran. Papa buat masak kari, kalau kamu nak masih ada sisanya di belakang sana." Ujar lelaki itu menunding ke arah satu bilik yang menjadi tempat mereka memasak dan menyimpan makanan.
"Terlupa pula yang kita dah berhenti bunuh manusia..." seorang lagi dari mereka menayangkan wajah hampa. Sedih kerana tiada lagi manusia yang akan menjadi korban mereka.
"Untuk sementara waktu. Selepas kita berjaya heret A3NS'S ke sini, kita akan 'rasmikan' mereka sebagai mangsa terakhir." Celah seorang lagi dengan senyuman kejam.
Mereka tersenyum. Tidak sabar menantikan harinya.
"Untung besar. Dapat korbankan sekali 6 orang. Tamat saja riwayat mereka tu..." dia menggantung ayatnya. Pandangan tersirat dihantar pada adik-beradiknya yang lain.
"Kita kaya!"
Suara garau mereka yang melaungkan tawa kejam membuatkan kilang itu bergema. Si ayah tersenyum saat melihat kesepakatan anak-anak lelakinya.
Tiba-tiba, mereka terdiam saat mendengar bunyi telapak kaki seseorang yang berada di luar kilang itu berjalan memijak daun-daun kering serta ranting yang berada di atas tanah.
Dengan perlahan, mereka bangun dari duduk. Senjata tajam berupa parang, pisau dan sabit kekal berada di dalam genggaman.
Mereka memandang ayah mereka yang baru selesai menyarungkan kaki palsunya.
Lampu kilang dimatikan.
"Kita terpaksa langgar janji kita dari membunuh manusia.."
"Bunuh dia.." Bisik si ayah menekankan bisikan terakhirnya.
Dan disaat itu, pintu kilang tersebut terbuka. Seorang lelaki bersama sebuah lampu suluh kecil melangkah masuk ke dalam.
Pintu yang dibiar terbuka tiba-tiba dihempas kuat oleh seseorang. Lampu suluh di tangan lelaki itu disepak hingga terpelanting jauh.
Dan sekelip mata, dia telah menjadi korban 'mereka'.
"ARGHH!"
Burung-burung yang hinggap di dalam hutan berterbangan melarikan diri kerana ketakutan.
_____
Sambil membungkus organ-organ mangsa mereka yang masih segar, ayah mereka mendekati dari belakang.
YOU ARE READING
THE A3NS'S [OG]
Ficção Adolescente📌1st Novel (On Going + Slow Updated) "Prepare yourself because A3NS'S will conquer this entire Wolfin's" A3NS'S , bersekolah di sebuah sekolah elit yang diberi nama Wolfin Private High School. Dibenci , dicaci. Itulah yang mereka hadap setiap hari...