BAB 55

13 5 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   A3NS'S dan The Prince's duduk bersantai di tangga padang sambil menonton pelajar lain yang sedang bermain bebas di tengah-tengah alam.

Ada yang bermain bola sepak, ada juga yang bermain badminton dan bola jaring. Sungguh bebas mereka bermain ibarat dunia ini mereka yang punya.

"Kau tak nak join main bola, Deeb? Kau kan pemain bola sepak terhandal dekat Emerald International dulu," soal Lya sambil mencuci mata melihat semua pelajar lelaki yang bermain bola.

Deeb berkerut lalu pandangan hairan diberi pada Lya.

"Mana kau tahu aku pemain bola dekat sekolah lama?" Soalan berbalas soalan.

"Tahulah, dekat fail pelajar kau ada tulis sukan yang kau ceburi. Siap dapat markah tertinggi lagi," ujar Lya, bayangan fail pelajar milik Deeb kembali bermain di fikiran.

Deeb mengangguk faham.

"Rasa macam nak join dia orang main tapi aku pakai uniform sekolah, nanti kotor pula baju," tolak Deeb. Kalau ikutkan hati memang dia dah tumpang main bola sekali dari tadi.

"Pergi ajelah, setakat baju kau tu kalau kotor boleh basuh," paksa Riq.  Tahu sangat dengan perangai Deeb yang memang pantang bila nampak bola. Dia kalau nampak bola terbang di udara, silap-silap dengan Deeb sekali ikut naik ke udara semata-mata nak tangkap bola tu.

Deeb pandang A3NS'S dan The Prince's, ragu-ragu untuk pergi atau tidak.

Setelah berfikir lama, akhirnya Deeb kalah dengan nafsunya sendiri. Blazer dibuka lalu dihulur pada Lya.

"Tolong pegangkan," katanya. Lya akur saja dan membiarkan kelibat Deeb yang laju hilang dari pandangan mereka.

Masuk saja Deeb ke padang terus pemain bola yang lain bersorak hebat.  Deeb menyinsing lengan bajunya lalu terus memulakan permainan.

"Balik ni nak buat apa eh?" Soal Riq tiba-tiba.

Senyap. Tak ada balasan dari sesiapa. Yang ada di situ cuma Riq, Syu, Lya, Rin dan Qeyla. Arief dan Zera? Ada tapi mereka berdua buat hal sendiri. Entah apa yang mereka berdua gosipkan di hujung anak tangga.

"Kau orang ada plan nak pergi mana-mana ke hari ni?" Soal Riq lagi bila soalan tadi direspon.

"Tak, nak pergi mana aje dekat kawasan sini? Bukannya ada apa sangat pun," kata Syu. Memang di persekitaran mereka tiada tempat menarik. Setakat mall? Takkan mereka nak tawaf mall yang dah berapa kali mereka pergi tu. Bosan!

"Aku bosanlah duduk dorm, kalau diikutkan boleh mereput aku duduk sana. Kau orang fikirlah satu tempat untuk kita pergi berseronok. Esok pun tak apa, lagipun esok cuti," ajak Riq separa merayu. Dia nak pilih tempat, dia sendiri pun tak tahu. Harapkan orang ajelah.

 THE A3NS'S [OG]Where stories live. Discover now