BAB 28

31 9 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   "WEH, Adeeb." Panggil Lya sambil meluncur bersebelahan Deeb namun masih berjarak dan tidak terlalu dekat.

Deeb menaikkan dagunya sekali tanda 'apa?'. Matanya masih tidak mahu memandang Lya.

"Deeb."

"Adeeb."

"Oh, Adeeb."

"Deeb..."

"Haih kau ni, apa dia?" Soal Deeb yang geram kerana Lya berterusan memanggilnya tetapi tidak beritahu apa yang dia mahu katakan.

Nasib baik Lya perempuan, kalau lelaki memang dah kena smackdown dengan Deeb. Elok-elok digelar gelanggang meluncur ais terus berubah menjadi gelanggang gusti.

Lya tersengih-sengih apabila Deeb menjawab panggilannya.

"Janganlah marah, weh. Aku dengan Riq gurau je tadi. Lagipun siapa sangka yang si Coco tu nak ikut cakap kitaorang. Kau pun tak expect kan? Samalah, kitaorang pun tak expect juga." Panjang Lya berfalsafah. Sampai berkerut-kerut dahi dibuatnya.

"Tak expect, tapi kau suka kan aku kena terajang dengan Coco tu?" Soal Deeb masih dalam mood merajuk.

"Suka." Jawab Lya bersahaja. Deeb berdecit lalu meluncur laju meninggalkan Lya.

Tetapi Lya tidak mengalah, dia turut melajukan kakinya untuk meluncur. Dia terus-menerus membuatkan Deeb terasa annoying dengan suaranya.

"Deeb, laju-laju nak pergi mana?"

"Deeb, ada penguin melintas!"

"Deeb, muka pola bear tu macam kau lah."

"Deeb-"

"Haih, Lya!! Kau nak apa sebenarnya ni?" Soal Deeb lagi. Dengan serta-mertanya dia berhenti meluncur membuatkan hakisan ais tercipta akibat bilah pisau kasut yang dipakainya bergesel pada pentas ais tersebut.

"Nak minta maaf. Tapi..."

"Kalau kau tak nak maafkan tak apalah. Aku baru ingat kalau kau terima maaf aku nanti aku nak belanja biskut Famous Amos." Suara Lya mengendur, dia mula meluncur menjauhi Deeb.

"Lya."

"Ya saya?"

"Berapa banyak kau nak belanja aku?" Tanya Deeb, mahu tahu bilangan kepingan biskut yang akan dia dapat. Tetapi wajahnya masih dibuat-buat seolah-olah tidak peduli dengan kata maaf dari Lya.

"Berapa banyak yang kau nak. Tapi tak jadilah, kau bukan nak maafkan aku pun." Ujar Lya seperti sudah putus asa.

Deeb menggumam bibir.

"Tak apalah, tak jadilah nak merajuk. Kitakan kawan, tak baik merajuk lama-lama." Deeb berpatah balik dan meluncur ke arah Lya.

Kali ini bibirnya kembali tersenyum. Lya menaikkan kedua belah keningnya. Matanya melihat ke arah Han dan Adrie yang berada agak jauh darinya.

 THE A3NS'S [OG]Where stories live. Discover now