6 | Terlebih mabuk

9.2K 706 13
                                    

Arissa perasan yang Aeriena terus menerus mengerling ke arah dia dari tempat memandu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arissa perasan yang Aeriena terus menerus mengerling ke arah dia dari tempat memandu. Dari awal dari gadis itu jemput dia di rumah hingga kami sampai di kelab malam terkemuka di Malaysia ni pun Arissa masih lagi mendiamkan diri.

Tak tahu apa yang harus dia bicarakan. Fikiran dia masih lagi serabut dengan Diego. Memang Arissa tak nak fikirkan lelaki itu tapi bayangan Diego terus menerus masuk ke dalam ruang ingatannya.

Argh! Rimas! Sakit hati!

Untuk kesekian kalinya, Diego sakitkan hati dia dengan harapan palsu. Kalau memang dah tak nak balik tu, tak payahlah beritahu dia yang lelakk akan balik!

"Arissa, kau Okey ke ni? Aku risaulah kau ni. Kita balik sajalah." Ujar Aeriena.

Risau pula dia dengan perubahan sikap Arissa yang tiba-tiba ni. Mana taknya, lewat malam macam ni Arissa telefon dia ajak pergi kelab malam. Tak ke terkejut beruk dia jadinya?

Arissa buat kerja gila dengan ajak dia ke kelab malam untuk menenangkan fikiran. Katanya gadis itu nak lupakan sakit hati yang Diego berikan.

Untuk malam ni, Arissa tak nak menangis kerana rasa kecewa dengan harapan palsu yang Diego berikan.

"No, aku tak nak balik. Aku memang nak datang sini." Tegas Arissa dan dia terus saja keluar dari kereta Aeriena saat kereta diberhentikan. Nak tak nak, Aeriena terpaksa juga ikut gadis itu keluar.

Langkahnya laju cuba bersaing dengan langkah Arissa yang terus saja melangkah ke pintu masuk. Tangan Arissa dia tarik.

"Kau yakin ke ni Arissa? Tak takut kalau tiba-tiba pengsan macam pertama kali kau datang ke sini dulu?" Tanya Aeriena risau.

Selalu dia yang paksa Arissa untuk ke sini tapi bila dia lihat Arissa nekad macam ni, dia pula risau. Tak pernah-pernah Arissa buat kerja gila macam ni. Dek kerana sakit hati, Arissa mencemar duli ke tempat nista ni.

Arissa hela nafas berat. Wajah Aeriena, dia pandang dengan senyuman yang jelas dipaksakan.

"Dulu tu kita anggap jelah ada kawan kelas kita yang tolong aku dan aku tak nak fikir pasal hal tu. Aku cuma nak tenangkan otak aku! Aku nak lupakan pasal Diego, betul kata kau, aku kena move on!" Kata Arissa bersemangat membuatkan Aeriena tersenyum.

"That's my girl! Kita lupakan Diego, kita cari kartun lain. Jimmy Neutron ke? Danny Phantom ke? " Selorohnya sebelum dia lepaskan tawa.

Amboi Aeriena mengenakan dia pula!

"Ish! Aku serius ni kau sempat nak kenakan aku!" Arissa cubit lengannya geram. Mentanglah nama Diego tu sama macam kartun Go Diego Go.

"Aku bergurau sajalah."

Mereka berdua masuk ke dalam dan Aeriena terus saja membawa Arissa ke sebuah ruangan yang agak besar dan mewah.

Di dalamnya sudah ada dua lelaki dan dua wanita yang sedang berbual dan bermesra sesama mereka. Ugh, Arissa tak adalah nak bermesra bagai, sekadar nak duduk minum saja sebagai teman pada Aeriena.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now