52 | Hakikat sebenar

4.8K 461 98
                                    


Arissa meringis sakit bila tubuhnya ditolak kasar ke dinding. Tak sempat dia cuba mempertahankan dirinya, satu tamparan kuat mengenai pipinya. Rambutnya ditarik kasar supaya mendongak.

"Semua salah kau tahu tak?!" Suara Dyla menengking kuat. Tangannya sekali lagi menampar kuat wajah Arissa hingga gadis itu terjelupuk ke lantai.

"Aunty dah gila ke apa?!" Marah Arissa. Pipinya jelas terasa perit. Matanya memandang Dyla tajam.

Dari hospital lagi, dia sudah tahu yang Dyla punca semua ni. Hal ni pun disebabkan Ethan yang ingin membawa dia jauh dari Dyla hingga berlaku perdebatan dan pergaduhan antara Dyla dan Ethan hinggalah dia tak sedarkan diri.

Dyla merengus. Habis rosak rancangan dia disebabkan Arissa!

"Memang aku dah gila! Sebab kau, Diego nak tinggalkan aku! Dia nak tinggalkan D Angelo disebabkan perempuan tak guna macam kau ni! Kau memang patut mati! Sepatutnya aku bunuh je kau macam aku bunuh adik kau tu!" Tengking Dyla mengejutkan Arissa.

Bunuh adik dia?

"Ap-apa?"

Dyla lepaskan tawa jahat. Dia ketawa-ketawa seolah-olah apa yang dia katakan tadi adalah sesuatu yang kelakar. Pandangan sinis dia berikan pada Arissa.

Arissa terjerit kecil bila rambutnya ditarik kasar supaya mendongak memandang ibu kekasihnya tu.

"Terkejut? Hey, kau ingat aku suka kau ke? Untuk terima kau sebagai adik Medina, mungkin aku boleh terima tapi untuk terima kau sebagai keluarga aku, jangan harap! Kau tak layak untuk anak aku! Anak aku tak sepatutnya ada kelemahan! Sepatutnya aku bunuh je kau!" Satu tamparan kuat diberikan pada Arissa hingga bibir gadis itu pecah.

Baru saja Dyla ingin menarik rambut Arissa sekali lagi, tangannya ditarik kasar dan tubuhnya turut ditarik menjauh dari Arissa.

"Dyla! Kau dah gila ke?! Kau jangan berani nak sakitkan dia!" Suara Metteo memetir.

Sakit hati bila Dyla sesuka hati saja memukul orang yang dia suka. Sedangkan dia pun tidak mahu Ariss tercedera, perempuan ni siapa nak sakitkan orang yang dia suka?!

Dyla merengus! Direntap kasar tangannya agar terlepas dari cengkaman Matteo.

"Lepaskan aku, Matteo! Aku tak akan lepaskan perempuan ni! Disebabkan dialah semua rancangan aku gagal! Aku dah susah payah aturkan semuanya untuk Diego rampas takhta The King tapi disebabkan perempuan ni, dia rosakkan semuanya!" Bentak Dyla.

Sakit hati bila disebabkan Arissa saja rancangan yang selama ni dia atur musnah begitu saja. Dia sudah rancang untuk bunuh anak-anak Elvis tapi disebabkan lelaki itu dapat hidu rancangan dia, dia tak ada pilihan lain selain menggunakan Diego untuk dapatkan apa yang dia nak!

Ugh! Semuanya dah rosak!

Dyla cuba ingin menyerang Arissa sekali lagi tapi Matteo cepat saja menangkap pergelangan tangan wanita itu. Ugh, perempuan tua ini memang menyusahkan dia betul!

"Hei Dyla! Aku cuma tolong kau untuk aku dapatkan Arissa bukannya untuk kau sakitkan dia!"

"Lepaskan! Kau ingat aku tak boleh bunuh kau?!" Ugut Dyla. Matanya memandang Matteo tajam. Sedikitpun dia tak rasa gementar bila berhadapan dengan Matteo walaupun dia tahu Matteo boleh saja membunuhnya di sini memandangkan dia berada jauh dari The Ming.

"Cubalah. Kau cuma sendirian dekat sini, Dyla. Bila-bila masa je aku boleh hapuskan kau!" Balas Matteo kasar. Jelas rasa tercabar. Lagi tercabar bila Dyla tiba-tiba saja lepaskan tawa jahat.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now