15 | Punca pergaduhan

7.9K 552 47
                                    

Arissa turun dari motorbike Diego saat lelaki itu memberhentikan motorbikenya di hadapan mansion

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arissa turun dari motorbike Diego saat lelaki itu memberhentikan motorbikenya di hadapan mansion.

Bukan mansion The King tapi mansion Diego sendiri. Tidak sebesar mansion The King tapi besarlah juga mengalahkan rumah banglo mewah tiga tingkat Arissa.

Senang cerita, Diego ni jauh lebih kaya dari Arissa. Itulah yang Arissa rasakan. Lagipun dia mana kaya?

Semua harta yang ada sekarang ni semuanya dari keluarga Medina Haura dan semuanya Medina Haura tanggung dia sekeluarga dari hujung rambut ke hujung kaki.

Dia hanya bersyukur kerana Medina Haura sudah terlalu baik melayan keluarganya dan Aida seperti keluarga sendiri. Apa yang mereka mahukan, semua Medina Haura berikan cuma satu saja syaratnya, Kak Medina mahu aku dan Aida belajar cari duit sendiri.

Aida sekarang jadi cikgu untuk golongan kurang upaya. Mengajar bahasa isyarat kepada mereka dan Arissa baru saja ingin menyambung pembelajaranya dalam jurusan guaman.

"I'm sorry for whatever happens tadi." Suara Diego kedengaran memecahkan lamunan Arissa. Dia biarkan saja Diego menanggalkan topi keledar dari kepalanya.

Wajah kacak lelaki itu jelas-jelas menunjukkan riak kesalnya. Arissa gigit bibir bawah. Nak kata dia tak terasa dengan apa yang jadi tadi memang menipu lah jawabnya.

"Kenapa Uncle Ethan tak suka saya? Sebelum ni dia layan saya baik je?"

Pelik juga Arissa jadinya. Dia ingatkan keluarga Diego boleh terima dia tapi rupanya tak. Mungkin mereka boleh terima dja sebagai adik Medina Haura dan bukannya kekasih pada Diego.

"Kau tak payah fikir pasal dia. Abaikan sajalah." Keluh Diego. Topi keledar diletakkan ke atas motorbike miliknya.

Tapi bukan Arissa Dania lah namanya kalau dia biarkan benda-benda macam tu berlalu. Dia tak nak menjadi punca pergaduhan Diego dan keluarganya.

Tangan Diego dia capai dan wajah lelaki itu dipandang lama.

"Mana boleh macam tu, saya tak nak jadi punca pergaduhan awak dengan keluarga awak." Arissa pandang mata kelabu indah milik jejaka hadapannya nya yang turut memandangnya.

Ada riak tak senang di wajah lelaki itu.

"Kalau mereka tak suka saya. Kita kena-" kata-kata Arissa terhenti bila Diego memintas.

"Kena apa? Kena putuskan hubungan kita? No way! Aku tak akan putuskan hubungan kita hanya kerana daddy tak suka kau jadi kekasih aku!" Bentak Diego tak puas hati.

Dia tak akan lepaskan Arissa hanya kerana keluarganya tak sukakan gadis itu. Yang mahu terus hidup adalah dia jadi biarlah dia buat keputusan sendiri walau terpaksa membelakangkan keluarganya lagipun Arissa tidak salah apa-apa.

Hanya kerana Arissa bukan datang dari keluarga yang berkuasa di dunia gelap, dia harus melepaskan gadis itu pergi? No! Never!

"Tapi dia daddy awak..."

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now