41 | Kotak Hadiah

4.7K 479 38
                                    

Melody terjenguk-jenguk ke luar pagar mansion D Angelo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Melody terjenguk-jenguk ke luar pagar mansion D Angelo. Waktu-waktu tengah hari macam ni tak ramai yang berjaga, semua tengah makan tengah hari.

Dia pun bukannya dibenarkan keluar sampai ke sini tapi tadi dia ada ternampak sesuatu yang menarik perhatian dia.

"Hello honey."

Langkah Melody terkebelakang. Sedikit kaget bila melihat seorang lelaki tiba-tiba saja muncul di balik pagar.

Matanya terkebil-kebil memandang lelaki asing di hadapannya. Mulut terkunci rapat memandangkan papanya selalu melarangnya untuk berbual dengan orang yang dia tak kenal.

"I'm Matteo. Don't worry, I'm your mama's friend." Matteo tarik senyum manis pada Melody.

Dia kenal gadis kecil ini. Anak kepada Diego D Angelo dan dia yakin saat ini Arissa sudah tahu tentang kehadiran gadis ini dan tak lama lagi dia yakin yang gadis itu akan membenci musuhnya tu.

"Nama mama, Arissa Dania, kan? Mama selalu cerita pasal Melody. You're such a nice cute lil girl." Bohong Matteo. Hanya ini caranya untuk menarik perhatian gadis kecil itu.

Saat dia melihat sinar pada mata bundar itu, dia yakin yang Melody tertarik dengan Arissa. Mungkin budak kecil ini tidak pernah mendapatkan kasih sayang seorang mama hingga menyangka yang Arissa itu adalah mama kandungnya.

Hm, menarik!

"Betul ke mama cakap macam tu pasal Melody?" Tanya Melody. Tertarik saat nama mamanya disebut. Senyum teruja terus terukir di wajahnya.

"Ya, Mama selalu cakap dekat uncle yang dia rindukan Melody." Makin menarik pembohongan yang Metteo ungkapkan untuk menarik minat Melody.

Melody tarik senyuman lebar. Hati kecilnya gembira dengan kata-kata Matteo.

Jadi maknanya bukan dia seorang saja yang rindukan mamanya tu. Mama dia pun rindukan dia juga, yey!

"Marilah masuk, Uncle. Mama mesti gembira dapat jumpa Uncle." Ajak Melody. Dia cuba untuk bukakan gerbang pintu pagar tapi Matteo terus menghalang bila Melody mahu beritahu orang dalam mansion D Angelo untuk bukakan pintu gerbang.

"No need. Mama tak sihat kan? Uncle singgah sebab nak bagi hadiah ni je." Matteo hulurkan kotak berwarna merah jambu bersaiz sederhana pada Melody melalui celah pintu gerbang. Muat-muat saja kotak itu masuk.

"Hadiah ni untuk Melody?"

Matteo menggeleng dengan senyuman manis.

"Bukan, untuk mama. Untuk Melody, nanti lain kali Uncle belikan ya? Kotak ni, Melody berikan pada mama cakap hadiah Melody pada mama."

"Dalam ni ada apa?" Tanya Melody lagi. Dia goncang kan sedikit kotak itu untuk mendengar bunyi. Ringan je?

"Ada hadiah yang mama suka. Kalau Melody berikan hadiah ni pada mama, mesti mama akan sayang Melody lebih lagi." Kata Metteo membuatkan senyuman Melody melebar.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now