36 | Toxic

5K 495 33
                                    

2 hari berlalu sejak Arissa keluar dari hospital dan 2 hari itu jugalah Diego lihat kekasih hatinya tu macam mayat hidup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2 hari berlalu sejak Arissa keluar dari hospital dan 2 hari itu jugalah Diego lihat kekasih hatinya tu macam mayat hidup.

Gadis itu hanya termenung memandang ke luar balkoni. Tidak mahu makan dan tidak juga mahu bercakap dengan sesiapa.

Makanan yang dia sudah siap masak itu dia bawa mendekati Arissa. Bukannya dekat mansion D Angelo ni tiada tukang masak tapi Diego tahu yang Arissa suka air tangan dia.

Diego mendekati Arissa yang berada di atas katil. Gadis itu bersandar dikepala katil dengan tatapan wajah yang tampak kosong.

Mata Arissa bengkak dan sedikit merah. Pastinya gadis itu baru saja lepas menangis.

"Arissa, makan sikit?" Diego duduk di sebelah Arissa. Steak yang sudah dipotong kecil dalam pinggan dia pegang dengan tangan kirinya.

"Tak nak." Arissa palingkan wajahnya. Dengan apa yang jadi, ingat dia ada selera lagi nak makan? Apatah lagi makanan itu dari orang yang sudah mengkhianati dia!

"Makanlah sikit, dah dua hari kau tak makam. Minum air je, macam mana nak dapat tenaga?"

"Makan sikit..." Diego suakan sudu pada Arissa namun cepat saja gadis itu menepis tangannya dan menepis pinggan makanan yang lelaki itu pegang hingga berkecai ke lantai.

Prang!

"Kau tak faham bahasa ke aku cakap yang aku tak nak makan?" Arissa pandang tajam pada Diego.

Dia peduli dengan apa yang dia buat tadi. Biar Diego sakit hati dengan dia, biar Diego benci dengan dia dan biar Diego lepaskan dia pergi dari sini.

Diego keluh kecil. Nafasnya ditarik dalam-dalam cuba menenangkan diri. Dia tahu yang dia tak boleh cepat melatah sekarang ni.

Dia tahu yang Arissa masih marahkan dia. Dia tahu yang gadis itu sedang terluka sekarang ni.

"Tak apa, nanti aku bawa makanan yang lain." Balas Diego. Dia tunduk mengutip serpihan kaca lalu diletakkan ke dalam dulang. Makanan yang ada di situ pun dia kutip satu per satu.

"Jangan turun, nanti terpijak kaca. Biar aku bersihkan dulu." Pesan Diego sebelum dia bangun melangkah keluar dari bilik Arissa

Gadis itu hela nafas berat. Ada rasa bersalah bila dia buat Diego macam tu tapi dia cuba keraskan hati untuk tidak pedulikan tentang perasaan lelaki itu.

Untuk apa dia peduli dengan perasaan Diego kalau lelaki itu sendiri tidak peduli dengan perasaan dia?

Diego sakiti dia lebih dari apa yang dia buat!

Beberapa minit kemudian Diego muncul dengan Floria yang merupakan pembantu di mansion D Angelo.

Arissa kekal diam hinggalah Floria selesai membersihkan sisa kaca yang masih berada di atas lantai, sebaik saja Floria keluar dari bilik meninggalkan mereka berdua, Diego terus mendekati Arissa.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now