35|Daddy

5.4K 480 27
                                    

Arissa terpisat-pisat bangun dari tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Arissa terpisat-pisat bangun dari tidurnya. Matanya dipejam celikkan beberapa kali cuba memfokuskan keadaan sekeliling.

Kepalanya terasa berat semacam. Dia cuba angkat tangan dia untuk urut kepala tapi tangannya seolah-olah dipegang seseorang. Segera dia menoleh ke sebelah, dilihatnya Diego sedang tidur sambil memegang tangannya dengan kepala diletakkan ke atas lengan satu lagi.

Arissa tarik nafas dalam-dalam. Apa yang berlaku tadi bermain dalam fikirannya.

"Ibu..." Arissa cuba bangun dari perbaringan. Kepalanya terasa berdenyut-denyut.

Pergerakkannya itu membuatkan Diego turut tersedar. Lelaki itu segera berdiri menghalang Arissa dari turun.

"Kau nak pergi mana ni? Kau tak sihat lagi ni." Halang Diego, tangannya yang cuba menahan Arissa ditepis kasar oleh gadis itu.

"Lepaslah! Jangan sibuk hal aku!" Marah Arissa. Dia tak suka Diego ada dekat dengan dia, tengok Diego saja sudah cukup untuk buat dia sakit hati bila mengingatkan pengkhianatan dan penipuan yang lelaki itu berikan pada dia.

"Mama ibu?! Aku nak jumpa dengan ibu!"

Diego diam. Dan sedar yang Diego hanya berdiam diri saat dia menyatakan ingin berjumpa dengan Hajah Fatini sudah cukup buat hati Arissa diburu gundah.

"Diego, aku tanya ni mana ibu?! Cakaplah!"

Diego hela nafas berat. Wajahnya jelas nampak kecewa dan agak tertekan.

"Aku minta maaf... Aku belum jumpa ibu kau dekat mana. Beri aku masa, aku akan cari ibu kau sampai dapat. Trust me."

Arissa tolak kasar tangan Diego yang cuba untuk mencapai tangannya. Tangisan gadis itu pecah lagi. Entah kerana sakit hati atau kerana kecewa dengan apa yang berlaku atau mungkin kedua-duanya sekali.

"Trust you?! After all of these things, you want me to trust you?!" Tangan Arissa naik pukul dada Diego kesal bila lelaki itu cuba memeluknya.

Dia tak suka bila Diego peluk dia! Dia tak suka lelaki itu dekat dengan dia! Mulai sekarang dia tak suka semuanya tentang Diego!

"Arissa, aku tahu aku salah. Kau boleh pukul aku sampai kau puas hati but please, don't hate me." Diego rangkul tubuh Arissa yang masih meronta.

Membiarkan gadis itu menangis dalam pelukannya. Apa yang perlu dia buat sekarang ni? Dia sendiri tak tahu.

Andai dia boleh undurkan masa, dia tak akan biarkan semua ni berlaku. Dia tak akan lukakan Arissa sampai macam ni sekali.

Entah berapa lama Arissa menangis pun dia tak pasti, bila dia tenang sedikit barulah dia menolak kasar Diego menjauhinya.

"Lepaskan aku! Aku benci kau! Aku tak nak tengok muka kau lagi, aku nak cari ibu!" Arissa kesat air matanya sebelum dia cuba turun dari katil hospital.

"Where?"

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now