32 | Date

4.2K 375 27
                                    

Denise memandang saja kelibat Arissa dan Diego yang menaiki motorbike keluar dari kawasan mansion D Angelo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Denise memandang saja kelibat Arissa dan Diego yang menaiki motorbike keluar dari kawasan mansion D Angelo.

Bibirnya diketap. Tak, dia tak cemburu Arissa bersama dengan kembarnya. Dia cuma sakit hati melihat kebahagiaan kembarnya tu.

Tergamak Diego mengkhianati dia dulu dan sekarang, kembarnya tu mempermainkan hati Arissa pula.

"Bahagia mereka, kan?" Satu suara yang kedengaran menyentakkan Denise. Dipandang wajah wanita paruh baya yang tersenyum lembut memandang ke arah luar.

"Bahagia yang tak akan lama, mummy." Getus Denise.

Ya, buat masa sekarang, biarkan saja mereka bahagia hingga Arissa sendiri tahu rahsia yang Diego simpan. Dia tak akan pecahkan rahsia itu, dia tak nak Arissa nampak dia lelaki yang jahat.

Denise rasa bahunya disentuh lembut oleh perempuan yang melahirkan dia ke dunia ni.

"Denise, janganlah macam tu. Tak gembira ke tengok abang kembar sendiri tengah bahagia?" Lembut Dyla memujuk. Dia tak nak Denise terus membenci Diego macam ni.

Dia tahu Diego salah tapi tak akanlah sampai perlu putus tali persaudaraan?

"Tak. Dia dah rosakkan kebahagiaan Denise jadi kenapa Denise tak boleh buat benda yang sama?"

"Itu cerita lama, Denise."

Denise merengus. Wajah Dyla dipandang tak puas hati. Mummynya ni suka sangat menangkan Diego hingga dalam keadaan macam ni pun masih mahu dia memaafkan Diego.

"Memang cerita lama tapi sakit masih lagi terasa. Dia rampas kekasih hati Denise dan sekarang dia miliki Arissa pula. Mummy nak Denise lupakan macam tu je apa yang dia dah buat?" Soal Denise tak puas hati.

"He's your twins."

"Dia pun tahu yang Denise kembar dia tapi apa yang dia buat? Dia tikam Denise dari belakang. Dia satu-satunya perempuan yang Denise cinta. Dia ambil semua dari Denise." Getus Denise geram. Cuba dikawal nada suaranya. Dia tidak mahu kedengaran biadap mahupun berkasar dengan mummynya tu.

"Kalau Denise tak kesiankan Diego, kesiankan Arissa. Denise tahu kan yang dia sayang sangat pada Diego. Almost 13 years dia tunggu, tak akan Denise sanggup hancurkan harapan dia macam tu je?" Pujuk Dyla lagi.

Kesian Arissa, dia yang tak tahu apa-apa ni pula yang jadi mangsa. Kalau dia di tempat Arissa pun pasti akan terluka dengan apa yang berlaku apatah lagi bila tahu tentang hubungan Diego dan Melody.

"Denise tak hancurkan harapan dia. Denise cuma tak nak dia dipermainkan oleh Diego. She's a good girl, she doesn't deserve a piece of shit like him. Lebih baik dia telan pahitnya kebenaran dari dia dibuai manisnya penipuan. Denise tak akan benarkan Diego jadikan Arissa sebagai mangsa dia macam mana dia buat pada perempuan yang Denise cinta dulu." Tegas Denise.

"Denise..." Dyla hela nafas berat. Tak sempat dia nak menghalang Denise dari melangkah keluar.

Kepala yang berdenyut dia usap perlahan. Sakit kepala betul nak melayan kerenah anak-anaknya ni. Ini belum termasuk dengan Ethan yang tidak sukakan Arissa lagi.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now