28 | Itali

4.8K 456 16
                                    

Arissa tutup majalah yang dia baca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arissa tutup majalah yang dia baca. Matanya memandang ke luar balkoni bilik. Baru 2 hari dia berada di mansion D Angelo di Itali tapi dia sudah rasa macam bosan nak mati.

Nak melawat Hajah Fatini pun, pihak hospital hanya membenarkan dia melawat sampai petang saja dan Medina Haura masih lagi belum ada apa-apa khabar berita.

"Arissa."

Arissa palingkan wajah ke arah lelaki yang berada di muka pintu biliknya. Dia ingatkan Diego tadi dek kerana hanya Diego saja yang selalu keluar masuk biliknya.

"Denise. Apa awak buat dekat sini?" Tanya Arissa hairan bila adik kembar kekasihnya tu duduk di kerusi berhadapan dengannya.

"Kenapa aku tak boleh ada dekat sini? Ini mansion aku juga." Selamba saja Denise menjawab. Senyum manis dia lemparkan pada Arissa.

"I know. Maksud saya, apa awak buat dalam bilik saya ni?"

"Saja. Nak temankan cik Arissa yang nampak macam tengah kesunyian je." Kata Denise. Masih lagi dengan senyuman dia. Kalau tak dikenangkan yang Arissa lebih jatuh hati pada Diego, dia tak nafikan yang kekacakan Denise.

"Tak adalah. Saya bosan je dekat sini. Kalau dekat Malaysia, saya boleh keluar jalan-jalan dengan kawan saya." Beritahu Arissa.

Rindu pula pada kawan-kawannya. Terutamanya Aeriena. Rindu nak keluar bersama-sama.

"Dekat sini pun boleh keluar jalan-jalan. Nak pergi? Aku boleh bawa kan?" Tawar Denise.

Ah, sengaja betul nak cari pasal dengan abang kembarnya ni. Bukannya dia tak tahu yang Diego tidak membenarkan sesiapa pun membawa Arissa keluar kecuali jika Diego ada bersama.

"Betul ke ni?" Mata Arissa bersinar teruja. Lagi teruja jadinya bila Denise mengangguk.

"Sure. Anything for you." Denise hulurkan tangannya pada Arissa untuk membantu gadis itu bangun namun baru saja Arissa ingin menyambutnya, tangan Denise tiba-tiba saja ditepis.

"No, kau tak boleh keluar." Diego tolak Denise menjauh dari kekasihnya membuatkan Arissa tarik muka tak puas hati.

"Kenapa pula?"

"Aku tak benarkan. Denise, keluar." Halau Diego. Dia memandang tajam pada Denise memberi amaran.

Dia tahu apa niat Denise. Sudah semestinya Denise mahu Arissa memandang kembarnya itu lebih baik dari dia untuk mencuri hati gadis itu.

"Apa masalah awak ni? Suka hati sayalah nak keluar dengan siapa pun!" Bentak Arissa. Dia sudah berdiri memandang Diego tak puas hati.

"Aku cakap tak boleh. Kau tak faham ke?"

"Tak akanlah kau nak kurung dia dekat sampai bila-bila Diego? Dia bukannya haiwan yang kau nak kena kurung dia." Sampuk Denise.

Sengaja ingin memanaskan lagi keadaan antara pasangan kekasih itu. Diego merengus.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now