1| Prolog

12.6K 605 18
                                    

Diego hela nafas berat bila melihat kanak-kanak berambut panjang itu sedang duduk di tangga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Diego hela nafas berat bila melihat kanak-kanak berambut panjang itu sedang duduk di tangga. Langkah dibuka mendekati gadis kecil itu dan duduk di sebelahnya.

"Arissa, janganlah merajuk. Marilah makan." Ajak Diego.

Dari pagi tadi lagi Arissa larikan diri dari dia sampai dia balik sekolah pun gadis itu masih lagi merajuk sampai tak pergi sekolah.

"Tak nak! Diego tipu Arissa!" Bentak Arissa kesal. Tangan kecilnya naik mengelap air matanya yang mencemarkan pipi.

Rasa sebak dan sedih menyeliputi hati saat ni bila dia sedar yang dia ditipu. Sakit tahu tak?

"Mana ada tipu. Aku-" kata-kata Diego terhenti bila Arissa menjeling dia tajam. Mata gadis itu tajam menikamnya.

"Jangan nak membongak! Tadi Arissa dengar yang Aunty Dyla nak balik ke Itali dan Diego kena ikut sama, kan?" Soal Arissa.

Satu berita yang dia tak harapkan dan bila dia tanya Medina Haura, kakak tirinya memberitahu yang Diego akan berpindah ke Itali kerana keluarganya ada urusan kerja di sana.

Membayangkan saja dia akan kehilangan kawan baik dia sudah cukup buat menangis. Dia tak sanggup untuk kehilangan Diego.

"Diego janji dengan Arissa yang Diego tak akan tinggalkan Arissa tapi Diego tipu." Arissa palingkan wajahnya dari Diego bila matanya kembali berair.

Malaslah nak kawan dengan Diego lagi!

Diego hela nafas berat. Dia main dengan jemarinya seketika sebelum dia pandang Arissa. Belakang kepalanya digaru.

Macam mana dia nak pujuk budak kecil ni?

"Aku dah 4 tahun aku teman kau dekat sini. Aku kena balik rumah aku dekat sana." Lembut saja suara Diego memujuk.

"Tapi Arissa tak boleh pergi ke sana. Mama tak bagi. Diego janganlah tinggalkan Arissa." Bibir Arissa mencebik sedih memandang Diego dengan matanya yang berkaca-kaca.

Selama ni hanya Diego yang ingin berkawan dengan dia. Dekat sekolah pun dia tak ramai kawan, hanya Diego yang layan semua karenah dia.

"Arissa dah tak ada kawan lain selain Diego. Pleaselah..." Arissa pegang tangan Diego. Tangan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu dia goyangkan.

Diego kemam bibir mungilnya. Tangannya naik mengelap air mata di pipi Arissa.

"I really want to stay with you, Arissa but I can't. I have to go... I-" tak sempat Diego ingin habiskan ayatnya, Arissa merengus.

"Orang kata jangan cakap bahasa Alien tu! Nak kena lempang ke?!" Marah Arissa. Tangannya sudah naik ke udara memberi amaran pada Diego.

Dia tak faham apa yang Diego katakan. Memang dia ada belajar bahasa tu tapi dia masih lagi tak fasih macam Diego.

Diego garu belakang kepalanya tak gatal. Wajah Arissa yang jelas berkerut tak suka itu dia pandang lama.

"Aku balik Itali sekejap je. Nanti aku datang lagi." Katanya.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now