51 | Salah Sangka

5.2K 514 79
                                    

Tolong maklumkan kalau ada typo or kesalahan ayat.

×××

Gelap.

Itu pandangannya sekarang. Dia sendiri tak sedar macam mana dia boleh ada dekat tempat ni sekarang.

Kali terakhir yang dia ingat adalah ibu bapa Diego bergaduh dan tiba-tiba saja lehernya disuntik dari belakang hingga pandangannya gelap dan sekarang, pandangannya masih gelap walaupun dia sudah sedarkan diri.

Tangan yang terikat di belakang cuba dileraikan. Perasaan takut mula menguasai diri. Telinganya menangkap hening. Tiada bunyi yang kedengaran sama sekali.

Mulut yang cuba dibuka untuk meminta tolong terasa tersekat bila ada kain yang melingkar dari belakang dan terselit di dalam mulutnya membuatkan kain itu turut menarik kedua-dua belah hujung bibirnya ke belakang. Sakit.

Andai dia terus memaksa untuk menjerit meminta pertolongan, tak mustahil kedua-dua belah hujung mulutnya akan terkoyak.

Dalam hatinya mula merintih. Entah apa salah yang dia sudah lakukan hingga dia menerima nasib sebegini pun dia tidak tahulah.

"I can't let her go!"

"Kill her! Kill her! Kill her!"

"They will hate you!"

"She will destroy our family!"

"Diego love her!"

"I don't care! He choose her over me! He choose her over D Angelo! She have to die! I want her to die!"

Arissa beringsut ke belakang bila suara nyaring itu memecah gegendang telinganya. Suara lelaki dan perempuan yang cukup dia kenali itu berselang seli menghentam pendengaran.

Tak sangka yang semua ini akan berlaku pada dia. Dia tak sangka yang keluarga yang dia sepatutnya harapkan untuk selamatkan dia menjadi punca dia dekat sini sekarang.

Diego? Adakah Diego tahu tentang semua ni?

Bunyi tapak kaki yang mendekati itu buat Arissa paksa diri untuk pura-pura pengsan.

"Ethan! You can't do this to me! Let me go! Let me go!" Suara Dyla menjerit kesal pada suaminya.

Geram bila Ethan menggari dia di tiang besi mansion. Dia mula meronta-ronta sekuat hati tapi tindakannya itu hanya membuatkan tangannya sakit.

Sampai hati Ethan buat dia macam ni!
Tak, dia tak boleh biarkan semua ni berlaku! Dia tak boleh biarkan Ethan lakukan apa saja yang suaminya itu mahu! Ini salah! Semua ni salah!

Ethan merengus kasar. Dia buat pekak saja dengan panggilan Dyla. Malas nak layan perangai degil isterinya tu.

Makin dibiarkan makin menjadi-jadi!

Langkah dibuka mendekati Arissa namun baru saja dia duduk ingin mencapai rantai yang mengikat kaki Arissa, satu benda keras menghentam belakang kepalanya kuat.

"Argh!" Dunia Ethan rasa berpusing seketika. Dipaksakan badannya untuk memandang ke belakang melihat gerangan yang memukulnya namun pandangannya semakin samar-samar seraya dengan tubuhnya mulai lembik dan tumbang ke lantai.

Prang!

Besi ditangan dicampak ke sebelah Ethan yang sudah terbaring tu. Dyla tekup mulutnya yang ingin mengeluarkan tangisan. Ap... Apa yang dia sudah buat ni?

"Oh my god... I'm so sorry Ethan..." Tangis Dyla. Dia tunduk memegang belakang badan suaminya tu. belakang kepala Ethan mengeluarkan darah tapi dia tahu yang suaminya tu masih hidup.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now