55 | Masa Silam Pt 3

3K 311 34
                                    

Diego bersiul kecil seraya tangannya memasukkan pakaian ke dalam beg. Senang hati bila dia dapat tahu yang Elvis sudah mengatur perjalanannya untuk pulang ke Malaysia.

Dia sudah boleh bayangkan betapa gadis comel itu terkejut dengan kepulangannya nanti. Ah! Tak sabar!

Sudah 2 minggu sejak pergaduhan antara papanya dan mummynya mengenai Arissa. Dyla langsung tidak datang menjenguknya lagi dan dia pun tidak mengharapkan Dyla untuk datang.

Dia tidak mahu membuat mummynya tu tertekan lagi bila mummynya tu tahu yang dua akan balik ke Malaysia untuk bertemu dengan Arissa.

Bukan niat dia nak membelakangkan Dyla tapi kali ni je, dia tak nak mungkir janjinya pada Arissa. Selama ni dia beritahu mama Medina supaya sampaikan pada Arissa yang dia akan balik kerana dia memang berharap yang dia akan balik bertemu gadis itu.

Untuk kali ni je dia tak nak hampakan Arissa yang sedang menunggu dia. Kali ni je... dia akan jelaskan pada Arissa semuanya agar gadis itu mengerti mengapa dia tidak dapat hubungi gadis itu.

Bunyi pintu biliknya yang dibuka dari luar menyentakkan Diego. Hilang terus senyumannya tadi bila melihat wajah wanita yang tersenyum memandangnya.

"Mummy? Mummy buat apa dekat sini?" Tanya Diego hairan. Tak akanlah mummy dia gembira sebab dia nak balik jumpa Arissa kot? Ianya sangatlah mustahil!

Dyla tidak membalas. Hanya senyuman saja yang dia lemparkan. Kedua-dua belah tangannya berasa di belakang seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu.

"Sebelum Diego pergi, mummy ada hadiah untuk Diego. Boleh beri pada Arissa sekali." Balas Dyla. Tanpa pelawaan, dia duduk di birai katil anaknya tu.

Kalau kata hadiah itu dari Elvis mahupun Medina, mungkin Diego rasa teruja tapi bila perkataan itu datangnya dari mummy dia sendiri, Diego jadi was-was. Mood mummy dia tengah baik ke apa?

Diego paksa diri untuk ukirkan senyuman walaupun dalam hati dia sudah berbaur curiga. Dia senyum sebab dia tak nak mood mummy dia tu tiba-tiba jadi kacau semula.

"Here!" Dyla bawa kedua belah tangan ke depan. Ada sepasang dress berwarna hitam dengan corak rama-rama kecil elok terlipat cantik.

"Wah, it's beautiful! Mummy nak Diego berikan ni pada Arissa?" Tanya Diego teruja. Dia tak nafikan yang dress itu cantik sangat di matanya. Laju saja tangan dia ambil dan dibelek-belek. Dia sudah boleh bayangkan betapa cantiknya kekasih hati dia tu pakai dress ni.

"Ya, mummy rasa mesti cantik dia pakai baju tu." Senyuman manis Dyla lemparkan. Tak dinafikan langsung, dia juga rasa Arissa akan nampak cantik bila memakai dress pemberiannya tu.

"Thank you di much, mummy! Arissa mesti sukakan hadiah ni."

"Diego jangan lupa pakai baju warna sama bila pergi sana. Tak elok kalau pakai baju warna lain selain hitam." Pesan Dyla seraya bangun dari duduknya. Dia hanya tersenyum saja bila mata Diego memandangnya hairan saat dia melangkah ke pintu.

"Kenapa?"

"Sebab Arissa pakai baju warna hitam. Semua orang pakai warna hitam. Tak akanlah Diego nak pergi majlis pengebumian pakai warna merah pula." Tawa Dyla terlepas. Tawa yang jelas dibuat-buat.

"Apa maksud mummy?" Dahi Diego berkerut. Hatinya kembali gusar. Ianya bukanlan satu jenaka seandaianya ia keluar dari mulut mummynya.

"Tak ada apalah tapi Arissa memang nampak cantik kalau pakai pakaian warna hitam. Macam ni." Dyla sua beberapa keping gambar pada Diego. Dia hanya tersenyum senang bila Diego sudah berubah riak.

"Dia menangis pakai baju warna hitam tu tak cantik sangat jadi mummy belikan baju yang lagi cantik. Harapnya dia nampak lebih cantik bila pakai baju tu saat menangis sampai keluar air mata darah." Ujar Dyla bila dia lihat Diego seolah-olah tergamam di memandang kepingan gambar yang dia berikan.

Puas hati dia!

"Ap-apa yang mummy dah buat ni? Ke... kenapa Arissa?" Tergagap-gagap Diego menyoal. Mana taknya, gambar Arissa ditangan menunjukkan gadis itu menangis sambil memangku seorang kanak-kanak kecil di tepi jalan dan tidak jauh dari gadis itu ada kereta yang sudah terbalik dan terbakar.

Darah membasahi waja Arissa dan di kepingan gambar yang lainnya, Arissa memangku ibunya yang juga tidak sedarkan diri. Hanya gadis itu saja yang selamat.

"Kenapa dia menangis di sebelah kereta yang dah musnah tu? Oh, jawapan dia mudah saja... Mereka Accident dan adik dia mati. Ibu dia cedera teruk. Dia je yang sempat diselamatkan. I... keep her safe." Sinis suara.

"Apa mummy dah buat?!" Suara Diego meninggi. Matanya memandang Dyla tak percaya. Dia tak salah dengar dengan apanyang Dyla kata, kan?

"Apa yang you dah buat, Diego? Apa you nak jawab pada Arissa kalau dia tahu adik dia mati kena bunuh sebab kekasih hati dia nak balik jumpa dia?"

"Mummy... kenap-" tak sempat Diego ingin habiskan ayat dia, Dyla terus menengking.

"You choose this way! Mummy dah beritahu Diego sebelum ni tapi Diego pilih untuk ikut keras kepala Diego! Don't blame me, honey... Diego yang bunuh orang yang Arissa sayang." Tawa Dyla terlepas lagi.

Sedikit pun dia tak rasa bersalah dengan apa yang dia lakukan. Bagi dia, ini adalah hukuman yang perlu gadis kecil itu dapat kerana berani merampas Diego darinya dan ini juga adalah hukuman buat Diego kerana melanggar arahannya.

Memang Elvis tidak tahu pasal hal ni dan kalau tahu pun dia peduli apa? Bukannya dia boleh hidupkan balik orang yang dah mati.

"Cuba bayangkan... kalau dia tahu you penyebab orang yang dia sayang mati... you think she will love you? Don't test me honey... I can kill her as well..." sinis Dyla bersuara jelas berbaur ugutan.

Kalau ini yang dapat buat Diego ikut apa uang dia mahukan, dia akan buat. Dia tahu apa yang terbaik buat anak-anaknya.

"Fine! Diego ikut apa yang mummy nak! Tapi jangan sentuh Arissa! Please..." Diego memandnag Dyla separuh merayu. Dia tahu dia tak ada pilihan lain sekarang ni. Dia tak akan boleh selamatkan Arissa dari mummynya. Tak boleh buat masa sekarang. Dia tidak sekuat tu...

"Good boy... mummy love you..." Dyla bersuara teruja. Terus dia menarik Diego ke dalam pelukannya. Rambut anak lelakinya tu dielus-elus penuh kasih sayang.

"Diego, Denise jatuh cinta dengan Melinda." Dyla bersuara tiba-tiba menyentakkan Diego. Terus dia menolak tubuh Dyla agar pelukan direnggangkan.

"I don't like her."

"Mummy tolong jangan buat benda yang bukan-bukan! Mereka cuma berkawan dan bukannya bercinta! Itu masalah Denise kalau dia jatuh hati pada Melinda, bukan salah Melinda!" Tegas Diego. Suaranya sedikit meninggi.

Terbayang terus wajah gadis yang sering bermain dengan Denise sebelum ni. Kalau dari dulu dia ada Arissa, Denise ada Melinda. Tak akanlah mummy dia nak buat hal yang serupa pada adik dia?

Dyla angkat bahu dengan wajah tak peduli.

"I know that's why she still alive." Selamba saja Dyla membalas seolah-olah apa yang Diego katakan sudah dia ketahui.

Dia tidak menyakiti Melinda sekarang disebabkan Denise masih lagi dalam fasa berteman dengan Melinda.

"Tapi kalau dia berani rampas Denise dari I, I will kill her." Tenang Dyla menyambung kata.

"Mummy dah janji yang mummy tak akan sentuh adik-adik Diego!" Jerit Diego separuh membentak. Wajah lelaki itu merah padam.

"I janji takkan sentuh adik-adik you. Melinda bukan adik you Diego." Balas Dyla tanpa perasaan dan tanpa sepatah kata lagi, terus kaki dilangkahkan keluar dari bilik Diego.

Dyla hanya mengukir senyuman saat dia mendengar jeritan kesal Diego. Puas hati dia!

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now