7| Jawapan bodoh

11.8K 926 54
                                    

Arissa terpisat-pisat bangun dari tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Arissa terpisat-pisat bangun dari tidurnya. Dia tak tahu berapa lama dia tertidur tapi bila dia buka mata saja dia berada di sebuah bilik yang begitu asing bagi dia.

Bila dia pandang tingkap diluar, hari masih lagi gelap tapi dia yakin sekarang ni sudah pagi.

"Pukul 3..." Bisik Arissa perlahan bila terpandangkan jam dinding. Pukul 3 pagi... Tapi dia dekat mana sekarang ni?

Dahi Arissa berkerut seribu. Kepala yang berdenyut dia urut perlahan.

"Aku mimpi jumpa Diego ke? Kalau mimpi kenapa aku dapat lihat muka dia? Itu Diego ke? Muka dia sama macam mimpi aku sebelum ni." Arissa bermonolog sendirian. Tangan naik memicit dahi. Memang sebelum ni dia selalu mimpikan Diego tapi semalam masih juga mimpi?

Mimpi kerana dia terlampau rindukan dia?

"Pasti aku mimpi." Bisiknya perlahan, baru saja dia nak turun dari katil, Arissa rasa pinggang dia dirangkul dari belakang mengundang jeritan kecilnya.

Tak sempat dia menghalang, lelaki itu naik mengepung dia di bawah, menindih separuh tubuhnya, senyum senget dia lemparkan pada Arissa.

"It's not a dream."

"Diego?" Arissa kaget. Masih lagi keliru sama ada dia perlu percaya atau tidak tapi melihatkan wajah dan mata cantik lelaki tu hati dia mengatakan yang lelaki adalah Diego dia.

Lelaki ini sana macam lelaki yang dia mimpikan semalam?

"Yes, my dear Arissa?" Sebelah keningnya terangkat. Kedua tangannya menahan di sisi badan Arissa, menampung berat tubuhnya sendiri.

"Ma-macam mana awak ada dekat sini? And apa bukti awak Diego?" Soal Arissa serius. Wajah lelaki yang berada diatas nya sekarang ni dia perhatikan.

Cik jantung dah mula tak tenang.

"Siapa yang berani buat macam ni dekat kau selain aku tanpa buat kau rasa takut?" Bibir lelaki naik mencium pipinya dan bergerak ke lehernya buatkan gadis menggeliat geli, tubuhnya Arissa tolak.

"Turunlah, berat!" Rengek Arissa Tangan dia tolak dada Diego yang tak berbaju dan saat itu mata dia terpaku pada ukiran tatu pada badan Diego.

Sejak bila pula Diego ada tatu ni?

Tak sempat Arissa amati setiap ukiran di badan Diego, lelaki itu tarik tubuhnya ke tepi tapi dalam pada masa yang sama tangannya tarik pinggang Arissa, mengangkat gadis untuk bergerak bersamanya dan sekelip mata saja mereka sudah berubah posisi.

Arissa rasa wajah dia memanas bila Diego betulkan duduknya, menyandarkan tubuhnya pada kepala katil dan menarik Arissa rapat padanya.

"How about now? I don't mind for you to sitting on me." Bisik lelaki itu.

Kedudukan mereka berubah, kini Arissa yang duduk di atas pahanya. Tangan Arissa naik menahan di dada Diego, menghalang Diego dari terus menarik dia rapat padannya.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now