19 | Tak ada hak

5.4K 435 20
                                    

Aeriena mundar mandir dalam biliknya sendirian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aeriena mundar mandir dalam biliknya sendirian. Lelaki yang dia jumpa tadi bukanlah lelaki yang biasa. Dia tak sangka yang teman lelaki Arissa bernama Diego tu merupakan lelaki yang sama dia kenali.

"Kalau Diego adalah teman lelaki Arissa dan Arissa mesti ada kaitan dengan Tuan Elvis juga..." Tangan mencapai telefon bimbitnya, nama Elvis Adriano King ditaip dan dicari.

"Medina Haura..." Dahi Aeriena berkerut seketika. Arissa ada kaitan ke dengan Medina Haura?

Dicari lagi di maklumat yang dihantar oleh orang yang dia upah. Untuk seketika kemudian, wajah gadis itu jelas terkejut.

"Macam mana aku boleh tak tahu yang Arissa adalah adik tiri Medina Haura?!" Aeriena rasa macam satu tamparan besar padanya.

Dia tak salah tengok, kan?!

Berkali-kali dia baca perenggan yang ditulis dan dibaca pula sejarah hidup dua gadis itu.

"Matilah aku macam ni." Aeriena terduduk seketika. Kenapalah dia terlalu bodoh? Kenapa dia tidak mencari tahu siapa Arissa yang sebenarnya dari awal sedangkan mereka sudah bertahun-tahun berkawan.

Dia fikir Arissa bukan siapa-siapa memandangkan nama ayah gadis itu juga tiada dalam rekod yang dia simpan tapi ternyata, ada kaitan lain yang terhubung.

"Jadi mereka bertemu dari kecil tapi... Arissa mesti tak tahu apa yang berlaku sebenarnya sekarang ni." Aeriena picit kepalanya yang terasa berdenyut.

Dia sayangkan Arissa. Dia dah anggap Arissa macam keluarga dia sendiri. Tak akanlah dia nak benci Arissa atas apa yang berlaku dulu sedangkan Arissa tak tahu apa-apa?

"Aku kena jumpa dengan Arissa." Aeriena capai beg tangannya sebelum berlari anak ke bawah. Dia masuk ke kereta dan kereta mewah miliknya meluncur laju meninggalkan kawasan rumahnya.

×××

Arissa berkerut hairan bila melihat kereta Aeriena di halaman rumahnya. Matanya naik mengerling ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 10 malam.

"Dah lewat macam ni Aeriena buat apa dekat sini?" Arissa bermonolog sendirian. Dia segera turun dari katil menuju ke tingkat bawah.

Ibunya pula mesti dah tidur waktu macam ni. Maklumlah yang ibunya sudah semakin tua jadi tak hairanlah kalau Hajah Fatini tu selalu saja kepenatan.

"Arissa!"

"Aeriena, kenapa ni?" Arissa terpinga-pinga bila Aeriena berlari mendapatkannya. Nampak gaya macam tergesa-gesa saja.

"Kau kena putus dengan Diego."

Arissa tercengang. Ha?

"Apa maksud kau ni? Kenapa aku kena putus dengan Diego?" Tanya Arissa hairan. Dia mula tak sedap hati.

Yalah, sudahlah Aeriena macam serba tak kena saja bila bertemu Diego siang tadi dan sekarang Arissa datang ke rumah dia lewat malam macam ni hanya untuk meminta dia putus dengan Diego?

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now