54 | Masa Silam pt2

3.1K 305 29
                                    

Sicily, Italy [ 9 tahun sebelumnya.]

Gambar ditangan dipandang lama. Senyum kecil terbit di bibirnya bila melihat gambar gadis yang menginjak remaja. Comel!

"Bukan main lagi tenung gambar tu, ada nampak gambar tu senyum semula kat Diego ke?"

Teguran dari belakang menyentakkan Diego. Dia tarik sengih memandang Elvis yang dari tadi lagi memerhatikan tingkahnya.

Lelaki itu duduk bersandar di meja kerja dengan kedua belah tangan memeluk tubuh. Senyum kecil terbit di wajah lelaki itu.

"She's pretty." Balas Diego. Sempat matanya melirik pada beberapa keping gambar Arissa yang diberikan oleh Elvis tadi.

Papanya datang melawat dia di tempat latihan The King. Usianya yang kini sudah 16 tahun dan Arissa kini berumur 13 tahun. Gadis itu masih lagi comel di matanya.

"Dia memang cantik tapi Diego, tak nak balik jumpa dia ke? Haritu kata nak balik jumpa Arissa tapi kenapa tak balik? Call pun tak angkat, mesej tak reply?" Tanya Elvis mengundang keluhan berat Diego.

Gambar Arissa diletakkan ke atas meja. Wajah Elvis dipandang lama.

"Mummy tak bagi jumpa dengan Arissa. Papa tahu yang mummy tak suka Arissa, Kan? Dia tak bagi Diego ada kaitan langsung dengan Arissa." Balas Diego.

Hakikatnya selama ini pun dia tidak pulang ke Malaysia hanyalah untuk menjaga gadis itu dari jauh dan dalam pada masa yang sama dia cuba menjaga kesihatan mental mummynya sendiri.

"Diego tak rindukan Arissa? Arissa rindukan Diego sangat-sangat tu. Dia masih berharap yang Diego akan tunaikan janji untuk balik jumpa dia."

Diego jeda.

Rindu? Memang dia rindu setengah mati dengan budak perempuan yang sudah lama dia sukai tu tapi apa yang dia boleh buat? Untuk masa sekarang ni dia memang benar-benar tak mampu.

Sejujurnya, dia hanya menanti masa yang sesuai untuk berjumpa Arissa. Nantilah, bila dia sudah ada kuasanya sendiri dan dia benar-benar berharap yang Arissa boleh tunggu dia hingga ke saat itu.

Tak, Arissa mesti tunggu dia. Harus! Wajib!

"I miss her really bad tapi Diego tak nak kacau jiwa mummy. Just tell her yang Diego akan balik tahun ni. I'll try my best untuk keluar senyap-senyap dari sini." Ujar Diego berserta dengan keluhan kecil.

Baru saja Elvis ingin membalas, mereka berdua dikejutkan dengan jeritan seseorang dari muka pintu.

"What the hell?!" Suara Dyla memetir. Dia yang mencuri dengar perbualan antara Diego dan Elvis itu sudah memandang tajam pada anaknya.

"Mummy!" Diego kaget bila Dyla meluru ke arahnya. Gambar Arissa yang ada diatas mejanya terus dirampas. Tak sempat untuk dia menghalang, Dyla sudah mengoyakkan kepingan gambar Arissa itu menjadi serpihan kecil lali dicampak ke muka Diego.

"I'm fucking told you, Diego! I tak nak you ada kaitan apa-apa dengan Arissa lagi! Apa yang tak faham bahasa sangat ni?!" Tengking Dyla.

Tangannya diangkat tinggi ingin menampar wajah Diego tapi tangan Elvis terlebih dahulu menyambar pergelangan tangan gadis itu.

"What is fucking wrong with you, Dyla?!" Jerkah Elvis kesal. Gadis ini benar-benar melampau!

Dyla merengus. Ditarik kasar tangannya dari cengkaman tangan Elvis. Matanya memandang tajam pada Elvis dengan penuh amarah. Sakit hati bila mengenangkan yang lelaki itu menjadi punca Diego tak dapat lupakan Arissa.

Setiap kali Elvis datang melawat Diego, pasti Elvis membawa khabar yang anaknya tu namtikan. Khabar apa lagi kalau bukan khabar tentang budak perempuan yang dia tak suka tu? Ugh! Bencinya!

"Elvis! I told you yang I tak nak Diego ada kaitan dengan Arissa lagi! Apa yang you tak faham ni?!"

"Kau tak ada hak nak sekat hubungan dia dengan sesiapa! Sampai bila kau nak dera hati dan perasaan dia hah?!" Marah Elvis pula.

Dia tak suka cara Dyla mendidik anak-anak. Tiada kelembutan, tiada kasih sayang melainkan ugutan dan kekasaran. Buat anak sendiri macam musuh! Buat anak sendiri macam macam orang bawahan yang perlu mendengar kata!

"Shut up! He's my son! He's mine! Not yours! I berhak tentukan hidup dia kalau I rasa ianya baik! Arissa is nothing than a piece of garbage! Dia tak ada kepentingan pada D Angelo mahupun The King! Just like your fucking wife! Useless!" Tengking Dyla geram.

Sudah lama dia sakit hati dengan kehadiran Medina Haura di mansion The King. Entah apa kepentingan gadis itu di situ pun dia tak tahulah. Dan disebabkan Medina juga dia sudah tak boleh masuk sewenang-wenangnya ke dalam mansion The King tanpa izin. Menyampah!

Padahal selama ni, dia bebas buat apa saja tapi sejak Elvis kahwin dengan Medina, semuanya sudah berubah! Apa yang pernah jadi miliknya dulu dirampas sekelip mata oleh gadis itu!

"Watch your mouth Dyla! Aku ambil Medina jadi isteri aku sebab cintakan dia bukan sebab lain dan Diego berhak buat benda yang sama! Kau patut pentingkan kebahagiaan anak kau bukannya kuasa Dyla!"

"Diam! Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari kau, Elvis! Kalau kau masih nak Diego jadi anak kau, kau jangan pandai-pandai aturkan hidup dia! You have to listen to me!" Bentak Dyla. Dia menolak-nolak kasar tubuh Elvis namun terhenti saat Elvis mencengkam lengannya.

"No! You have to listen to me Dyla! You're nothing without D Angelo and D Angelo is nothing without The King! And I am your King!" Suara Elvis meninggi membuatkan Dyla terdiam seribu bahasa.

Dia jatuhkan pandangan ke arah lain. Tidak berani bertatapan dengan mata beriris hijau milik Elvis. Kaku terus dia dalam cengkaman Elvis.

Diego dapat rasakan aura dominan dan kekuasaan Elvis saat ini membuatkan Dyla menikus di hadapan papanya tu. Diego masih membisu. Apa yang dia boleh katakan? Dia tak nak burukan lagi keadaan.

"This boy is mine and your kids is mine. Kalau kau tak nak aku ambil mereka semua dari kau, fucking behave yourself! Cukuplah kau dah pisahkan dia dengan keluarga dan orang yang dia sayang. I warn you to put your nose out of The King's business. He's one of the King now. He's not yours anymore." Tegas Elvis lagi dan Dyla hanya mampu membisu. Tak berani membuka suara.

Dengan kasar Elvis lepaskan Dyla yang sudah membisu. Pandangan dingin dia lemparkan pada kawan masa kecilnya tu.

"You're better than this, Dyla. Apa yang kau buat sekarang ni tak akan buat kau dapat hati anak-anak kau. You will just end up making them hate you even more." Suara Elvis mengendur.

"Diego." Seru Elvis membuatkan remaja lelaki itu angkat kepala memandang papanya. Sempat dikerling mummynya yang hanya mampu membisukan diri.

"Mulai hari ni, do whatever you want. You are already a part of The King. You get my permission untuk jumpa Arissa jika itu yang kamu mahu and no one can stop you." Tegas Elvis dan dihujung-hujung ayat itu, sengaja dia tekankan seraya mengerling ke arah Dyla yang masih lagi membisu.

Diego tersenyum kecil.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now