34| Diculik

5.3K 518 37
                                    

Arissa pandang kawasan taman yang berada di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arissa pandang kawasan taman yang berada di hadapannya. Sesekali tangannya naik mengelap air mata yang masih mengalir. Mata dia terasa pedih dan bengkak. Menangis macam orang gila dekat sini sendirian.

Dah malam macam ni tapi dia masih di taman yang tidak biasa bagi dia. Sendirian. Entah kenapa malam ni tak ada rasa takut pula.

Mungkin sebab rasa sedih lebih mengusai diri tika ni. Rasa sakit hati, rasa terluka, rasa kecewa, semuanya bercampur baur.

"Aku tahu ianya berat pada kau."

Arissa tersentak bila ada seorang lelaki yang duduk di sebelahnya. Dia yang baru saja ingin berlalu terus membatalkan niatnya bila yang duduk di sebelahnya sekarang ni adalah Denise dan bukan Diego.

"Kenapa awak tak beritahu saya lebih awal, Denise?" Arissa pandang Denise dengan wajah yang bersememeh dengan air mata.

"How? Kalau aku beritahu kau, kau akan percayakan aku kalau kau tak nampak dengan mata kepala kau sendiri? Do you remembered apa yang kau cakap sebelum ni? Kau tak akan percaya selagi Diego sendiri mengaku."

Arissa ketap bibirnya kuat. Sia-sia saja dia pertahankan Diego selama ni. Memaksa diri menolak semua rasa curiga hanya kerana ingin terus percaya pada orang yang dia cinta tapi apa yang dia dapat?

Bahu Arissa terhinjut-hinjut menahan tangisannya. Denise yang duduk di sebelah Arissa sudah hela nafas berat. Tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukan.

"It's okey. I know it's hard... But ugly truth is always better than beautiful lies isn't?" Pujuk Denise dan dalam tangisan Arissa mengangguk.

"Sampai hati dia buat saya macam ni. Saya sayang dia, saya percaya dia tapi... Tapi... Tapi dia..." Esakan gadis itu lembu kedengaran.

Tangan Denise usap belakang Arissa perlahan-lahan. Cuba menenangkan gadis itu. Dia faham perasaan Arissa bila dikhianati kerana dia juga pernah dah sedang rasakan hal yang sama.

Kekasihnya, Melinda curang dengan abang kembarnya sendiri. Tipulah dia tak rasa sakit. Dua orang yang dia percaya, tikam dia dari belakang.

"Shhh... Aku faham. Kau tak perlu terangkan pada aku, Arissa. Jangan menangis." Pujuk Denise. Dia mengelap air mata Arissa di pipi gadis itu saat Arissa merenggangkan pelukan.

"Kita balik dulu? Sekarang ni dah malam. Kalau kau tak nak balik pun, aku boleh bawa kau pergi hotel. Kau rehat dekat sana."

Arissa hanya mengangguk. Entah mengangguk bersetuju untuk balik atau untuk pergi ke hotel, dia sendiri tak tahu tapi apa yang dia tahu sekarang ni, dia tak nak jumpa Diego.

Kecewa sangat-sangat.

Baru saja Arissa ingin bangun, tangan Denise menahannya. Wajah lelaki itu jelas tampak serba salah ingin berkata sesuatu.

"Arissa, maaf sebab aku dedahkan semua ni pada kau. Aku tak nak Diego terus tipu orang yang cintakan dia. Aku pernah berada di tempat kau jadi aku faham rasa sakit yang kau rasakan."

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now