25 | Pergaduhan

4.7K 460 14
                                    

"Saya tanya awak ni? Awak bukan dari dunia gelap, kan?" Tanya Arissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya tanya awak ni? Awak bukan dari dunia gelap, kan?" Tanya Arissa. Dia berundur beberapa langkah ke belakang menjauhi Diego.

"Arissa..." Diego cuba capai tangan Arissa tapi gadis itu terlebih dahulu menepisnya.

"No! Don't touch me! Cakap betul-betul!" Marah Arissa. Sakit kepala betul dengan sikap Diego yang suka berahsia dengan dia ni!

Semuanya nak rahsia! Rimas!

"Macam mana awak boleh kenal dengan Matteo? Ma-macam mana awak boleh cakap apa yang awak cakap pada Matteo tadi macam awak dah kenal dia?! Cakap! Janganlah diam!" Desak Arissa.

Hal yang dia takutkan adalah bila orang luar mengenai Matteo dan sekarang, orang yang dia sayang mengenali Matteo lebih dari dia. Pasti ada sesuatu yang dia tidak tahu!

Kalau Diego bukan dari dunia gelap, macam mana Diego boleh tahu semuanya tentang Matteo?!

Diego hela nafas berat. Wajah Arissa yang sudah ingin menangis itu dia pandang lama.

"Fine, aku dari dunia gelap sama macam Matteo. Bezanya, I'm not interested at very first place. Aku cuma terlibat sebab keluarga aku berada di bawah salah satu organisasi mafia yang terbesar di Itali. Itu je." Terang Diego dan dia jelas dapat lihat wajah Arissa yang kaget dan keliru.

"What? Aw-awak sama je dengan Matteo?"

"Aku tak sama side dengan dia. I'm under The King's. It's doesn't matter, Arissa." Diego tarik tangan Arissa. Dia tahu, saat ini dia harus berhati-hati dan menerangkan satu per satu pada gadis itu agar Arissa tidak turut membenci dia.

Arissa rentap tangannya kasar.

"It does! Awak bukan lelaki yang baik! Awak sendiri tahu saya benci lelaki jahat! Saya benci orang yang macam Matteo!"

"Jadi sekarang kau nak benci aku? Nak samakan aku dengan Matteo? Nak samakan aku dengan lelaki-lelaki jahat yang pernah sakitkan kau dulu?" Soal Diego tak puas hati.

Bengang bila Arissa jelas cuba menyamakan dia dengan orang-orang dari masa lalu gadis itu.

"Saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan seseorang yang ada kaitan dengan dunia gelap. I hate it. Menjijikkan." Getus Arissa. Dia pandang Diego bila lelaki itu lepaskan tawa sinis yang singkat tapi jelas menahan amarah.

"Jijik? Tak nak ada apa-apa hubungan? So now what? Kau nak putuskan hubungan kau dengan aku?"

"Saya takkan kahwin dengan lelaki yang jahat." Balas Arissa. Air matanya tiba-tiba saja tumpah.

"Betul kata ibu. Awak bukan lelaki yang baik. Saya tak akan jumpa dengan awak lagi lepas ni. Hubungan kita sampai sini je, Diego. Saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan lelaki jahat yang ada kaitan dengan masa lalu saya." Tegas Arissa.

Dia terus memusingkan tubuh untuk berlalu namun baru beberapa langkah, Diego rentap tangan dia hingga tubuh Arissa berlanggar dengan tubuh Diego.

"Tinggalkan aku? Putuskan hubungan ni?! Siapa kau nak buat keputusan?!" Suara Diego meninggi. Bengang bila Arissa senang-senang saja memutuskan hubungan mereka.

Mata Arissa dipandang dan Arissa telan liur yang terasa kesat tiba-tiba. Pandangan tajam mata kelabu milik Diego tiba-tiba saja buat dia gerun.

"Aku jahat di mata kau? Apa aku buat dekat kau? Apa yang buat kau yakin aku buat jahat pada orang?" Soal Diego serius mematikan kata Arissa.

Arissa kemam ni bibirnya. Memang dia tak ada apa-apa bukti yang Diego jahat tapi lelaki itu jelas berada di bawah naungan orang-orang jahat yang kejam. Bukankah itu sudah cukup untuk dia jauhkan diri?

Arissa tolak tubuh Diego menjauh, menjarakkan diri mereka.

"Awak tak jujur dengan saya. Kalau betul awak lelaki yang baik, kenapa awak pulang ke Itali semula? You didn't even bother to tell me about that! You just left!" Bentak Arissa memberi alasan.

Memandangkan dia pun masih belum dapat jawapan untuk hal itu, tak ada salahnya dia membangkitkan isu ini.

"I don't have a choice. Aku ada hal dekat sana minggu lepas and then," tak sempat Diego ingin menghabiskan ayatnya, Arissa pantas memotong kesal.

"You just don't care about me! Seminggu tu, saya telefon awak, saya mesej awak, ada ke awak balas semula? Awak buat saya macam anak patung! Masa awak nak, awak cari! Macam tak nak, awak biarkan! Jadi buat apa teruskan hubungan ni?! Putus jelah!"

Seminggu dia tunggu Diego untuk luahkan perasaan sedihnya tapi lelaki itu bagaikan ditelan bumi dan dengan apa yang jadi sekarang ni, Arissa rasa hati dia sudah mulai tawar dengan cinta yang dia rasakan sebelum ni.

Atau mungkin, tak pernah ada rasa cinta pun sebenarnya.

"Tell me, awak balik ke sini pada saya hanya sebab awak kesian pada saya, kan? Awak dah ada kekasih hati dekat sana?" Soal Arissa berani. Dia pandang mata kelabu Diego tajam.

"Apa kau merepek ni? Jangan cakap benda yang mengarut boleh tak?"

Mengarut?! Nafas Arissa berombak menahan amarah. Masih lagi nak mengelak!

"Fine! Siapa Melody?!" Soal Arissa lagi dan kali ni soalannya jelas mengejutkan Diego.

"Mana kau tahu pasal Melody?" Soal Diego serius. Selama ini dia kunci rapat mengenai Melody, macam mana pula hal ni boleh sampai pada Arissa?

"Tak kesahlah saya tahu dari siapa! Kalau betul awak jujur dengan saya, tell me, siapa Melody?" Desak Arissa lagi.

Bila melihatkan Diego yang masih mendiamkan diri, Arissa rasa hatinya bagaikan ditikam dengan belati. Jadi betullah sangkaan dia yang Melody itu adalah kekasih Diego?

"Kenapa diam? Jawablah! Dia kekasih awak, kan? Sebab tu awak tinggalkan saya dekat sini dan balik ke Itali sebab dia?" Bergetar suara Arissa. Entah kenapa dia rasa ingin menangis pula. Dia sendiri tak faham dengan perasaan dia sekarang ni.

Dia tidak mahu berpisah dengan Diego tapi dengan kenyataan yang Diego juga terlibat dengan dunia gelap, ada rasa benci dan jijik dalam hatinya tapi dalam pada masa yang sama, bila dia tahu Diego ada perempuan lain, hati dia rasa luka dan kecewa.

"Dia..." Kata-kata Diego terhenti bila telefon pintarnya berbunyi. Dahi dia berkerut bila melihat nama papanya di skrin telefon.

"Hello?"

Arissa merengus kecil. Masa tengah bergaduh macam inilah nak jawab telefon! Orang yang menelefon pun, macam tak ada masa lain nak telefon!

"Arissa ada dengan Diego." Kata Diego menjawab soalan dari Papanya. Dia tampak kaget seketika, matanya memandang Arissa yang sudah berkerut memandangnya. Sempat gadis itu mengelap sisa air mata di pipi sendiri.

"Okey. I'll take her there." Panggilan ditutup. Diego pandang Arissa lama.

"Arissa, ibu dan kakak kau kemalangan." Senafas Diego bersuara mengejutkan Arissa.

"Hah?!"

"Dorang keluar cari kau tapi dorang kemalangan. Sekarang mereka berdua ada dekat hospital. Keadaan kritikal." Jelas Diego membuatkan Arissa rasa dunianya gelap.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now