43 | Tenat

4.4K 446 13
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Arissa lap air mata yang tak henti-henti mengalir. Tangannya menggenggam erat tangan Hajah Fatini.

Dia takut sangat sekarang ni. Dia takut yang dia akan kehilangan ibunya. Satu-satunya harta yang paling berharga dalam hidup dia.

"Ibu... Ibu kena kuat ya? Arissa minta maaf sebab Arissa tak boleh jaga ibu dengan baik..." Tangis Arissa. Dia betul-betul rasa terkilan dengan apa yang berlaku dan semua ni berlaku kerana dia!

Dia punca semua masalah ni berlaku! Dia punca Warren, ayahnya yang tak berguna tu tega menyakiti ibunya lagi.

"Arissa.... Arissa tak salah." Kata Hajah Fatini perlahan. Wajah tua itu jelas kelihatan pucat, kelelahan dan tak bermaya. Dia hanya mampu bertahan dengan alat bantuan pernafasan saja.

Bila dia diculik, tiada rawatan yang diberikan tapi sebaliknya, tekanan dan seksaan yang dia dapat. Semua itu membuatkan kesihatan Hajah Fatini semakin merosot.

"Maafkan Arissa."

Hajah Fatini yang tampak lemah itu menarik senyum tawar. Tangannya mengusap pipi anak kesayangannya dengan lembut.

"Arissa... Penuhi permintaan ibu..." Ujar Hajah Fatini perlahan. Perlahan hingga Arissa terpaksa mendekatkan dirinya ke mulut wanita itu untuk mendengar dengan jelas kata-kata yang diucapkan.

"Apa? Ibu cakap ke apapun yang ibu nak, Arissa akan tunaikan." Arissa membalas. Hingus yang keluar disedut masuk, tangan naik mengelap air mata yang mengalir.

Sejak akhir-akhir ni memang dia asyik menangis saja. Mata pun masih bengkak. Terus menerus dia di uji dengan kehilangan orang yang dia sayang. Sama ada dikhianati atau ditinggalkan. Dua-dua terasa begitu menyakitkan.

"Walau apapun yang jadi, Arissa kena sentiasa ada bersama Diego." Kata Hajah Fatini lagi membuatkan Arissa tersentak.

"Ibu..." Arissa ingin menolak. Dia tidak percayakan Diego lagi apatah lagi bila dia tahu yang Diego menjadi punca adiknya meninggal beberapa tahun yang lalu.

Dia tidak sempat mendapatkan penjelasan dari Diego kerana keadaan Hajah Fatini tika tu memang sedang tenat. Mereka hanya bergegas membawa Hajah Fatini ke hospital dan pahitnya kenyataan itu dibiarkan berlalu saja.

"Hanya Diego yang boleh selamatkan Arissa. Ibu percayakan Diego dapat jaga Arissa dengan baik... Jangan benci dia..." Pujuk Hajah Fatini.

Sekarang ni, hanya Diego yang dia boleh harapkan untuk jaga anak dia. Memang lelaki itu ada buat silap tapi dia yakin yang Diego benar-benar menyayangi Arissa. Dia sudah tidak percayakan sesiapa lagi.

Nak atau tak nak, dia terpaksa lupakan kenyataan bahawa Diego yang menjadi punca anak bongsunya meninggal suatu masa dahulu kerana sekarang, Arissa lebih penting dari luka yang ada dalam dirinya.

"Arissa-" Arissa ketap bibir bawahnya. Ingin saja dia meluahkan apa yang dia tahu semalam. Ingin saja dia beritahu yang Diego terlibat dalam kemalangan bertahun dulu tu tapi bibirnya terkunci rapat. Dia tak nak buat ibunya makin susah hati.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now