57 | Masa silam pt 5

3.8K 342 65
                                    

Mansion D Angelo, 5 tahun yang lepas.

"Denise tak boleh balik." Jawab si gadis cantik yang sudah melepaskan keluhan di koridor. Matanya mengerling ke arah kembar kekasihnya yang berada tak jauh dari dia.

Ah, dia rindukan Denise.

"Nanti dia baliklah tu." Balas Diego. Dia berada dengan Melinda di koridor tingkat 3 mansion D Angelo. Rimas nak duduk beramai-ramai dengan tetamu yang hadir di bawah.

"Diego, kenapa you tak nak I keluar dari mansion ni? You know I can take care of myself." Ujar Melinda.

"Denise beri aku amanah untuk jaga kau."

Melinda hela nafas berat. Memang dia tahu yang Denise meminta Diego untuk menjaganya tapi sekarang ni, dia pula yang rasa rimas sebab

"Tapi ni bukan jaga, ni macam dah mengongkong hidup I. I pergi mana-mana mesti you ada, you suka I ke?" Duga Melinda. Dahinya berkerut tak suka.

Dia tak sukakan Diego dan dia akan setia dengan Denise tapi tak akanlah Diego sanggup rampas kekasih kembar sendiri?

Diego lepaskan tawa sinis. He chuckled.

"Jangan berangan. Kekasih aku Arissa jauh lebih cantik dari kau." Balas Diego tenang buat Melinda terdiam seketika. Termalu sendiri dia jadinya.

"Ish, I tanya je sebab you macam selalu ikut I dekat mana je I pergi. I pun tak suka you Diego. Beku semacam. Denise lagi buat hati I terhibur berbanding you." Melinda mencebik bibir.

Bukannya dia ada niat nak suka pada Diego pun. Denise jauh lebih baik dari Diego yang asyik serius saja. Denise suka buat dia tersenyum. Argh. Makin dia fikir pasal Denise, makin dia rindukan lelaki itu.

"Haih, bilalah Denise nak balik. Rindunya." Keluh Melinda sendirian. Matanya memandang ke arah tetamu-tetamu yang hadir. Semuanya tampak mewah, elegan dan membahaya.

Ya, dia tahu siapa keluarga D Angelo yang sebenarnya. Keluarga yang merbahaya sedangkan dia hanyalah berasal dari keluarga yang biasa dan sederhana. Dia tahu dia tak sepatut libatkan diri dia dengan keluarga ni. Dia tak akan tahu apa yang akan jadi ke depan.

But... Don't blame her. Love makes her crazy. Dia ingin berdepan dengan bahaya itu kalau itu boleh buat dia bersama dengan Denise.

Bunyi troli ditolak menyentakkan mereka berdua. Ada seorang pelayan mendekati bersama dengan minuman yang ada di dalam troli hidangan tu.

"Tuan Diego. Ini wine yang Tuan Diego minta." Ujar seorang pelayan seragam menghulurkan dulang yang ada segelas wine dan air limau.

"Thanks."

"I nak minum juga!" Melinda sudah mendekatkan dirinya namun Diego pantas menghalang.

"No, Denise said you can't handle alcohol so aku dah sediakan limau ais untuk kau." Ujarnya buat Melinda tercekik bibir.

Tak setuju!

"Ugh, boring." Getus dia bosan. Ingat kalau tak ada Denise, bolehlah dia cuba sikit apa yang kekasihnya tu larang tapi rupanya sama je!

Nak harapkan apa? Nama pun kembar dan mestilah Diego akan dengar permintaan Denise dari dia sendiri! Huh!

"Sama ada kau minum atau kau mati kehausan. Ikut suka kau." Balas Diego tak peduli.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now