74 | Tembakan

4.2K 474 73
                                    

____

Arissa mengerang kesakitan saat tubuhnya dihumban ke satu tempat yang begitu asing padanya. Di sebuah bangunan terbengkalai.

Dia cepat-cepat peluk Melody yang sudah menangis saat ditolak kasar padanya. Tubuh kanak-kanak perempuan itu sudah menggeletar ketakutan.

Mata Arissa pandang sekeliling hinggalah jatuh pada lelaki yang duduk di hadapannya. Lelaki itu menyeringai padanya.

"Apa kau nak dari aku hah?!"

"Apa aku nak dari kau? Kau rasa? Aku nak kau tapi kau jual mahal dengan aku sampai keluarga teman lelaki kau yang tak guna tu dah musnahkan tempat aku tahu tak?!" Suara Matteo meninggi.

Nasib baik saja waktu The King Dan D Angelo menyerang dia dan Dyla sewaktu menculik Arissa dulu, dia sempat melarikan diri.

Tapi sayang, Elvis mengarahkan agar kumpulannya dihapuskan dan dek kerana tindakannya yang bodoh bersepakat dengan Dyla dan ayah kandung Arissa, dia dibuang oleh keluarga dan kumpulan dia sendiri atas alasan jika mereka tidak berbuat sedemikian, The King akan menghapuskan semua kumpulannya tanpa seorang pun tersisa.

Dan keluarganya memilih untuk membuang dia dan sekarang dia sendiri diburu untuk dibawa menghadap D Angelo dan The King. Sama saja kalau dia melarikan diri atau tidak kerana Matteo tahu yang hanya kematian yang menanti dia.

Arissa merengus. Apahal pula dia yang salah sedangkan dia mangsa keadaan?

"Salah aku ke, Matteo?! Kau yang cari pasal! Kalau kau tak mencabar mereka, kau tak akan hilang semua yang kau ada jadi kau jangan nak salahkan aku! Lepaskan aku dan anak aku sekarang!"

"Anak? Pft, Arissa... Arissa... Kau dah kena tikam dari belakang oleh teman lelaki kau pun kau masih mahukan dia sampai kau nak terima anak dia pula? Wow, amazing!" Matteo tepuk tangan dengan tawa yang jelas dibuat-buat untuk menyakitkan hati Arissa.

Bukannya dia tak tahu kisah Arissa dan Diego. Sewaktu dia bersubahat dengan Dyla dulu, wanita itu sudah menceritakan semuanya pada dia.

Kesian. Padahal gadis itu akan lebih bahagia jika memilih dia.

"Diamlah! Apa yang jadi antara aku dengan dia tak ada kena mengena dengan kau! Kalau kau tak nak mati, lebih baik kau hantar kiteorang balik sekarang!" Bentak Arissa kesal.

Tak sangka yang Matteo sebenarnya belum ditangkap. Kalau dia tahu, memang dia tak akan berada jauh dari biliknya. Kenapa tiada seorang pun yang beritahu dia yang Matteo masih ada diluar sana?

"Semudah tu?! Lepas aku dah hilang semuanya sebab kau, kau ingat aku akan lepaskan kau semudah tu?! Aku akan pastikan yang Diego menyesal sebab dah kacau kerja aku!" Tengking Matteo dan tangannya naik menampar kuat pipi Arissa hingga gadis itu terjelupuk ke lantai.

"Mama! Janganlah pukul mama Melody! Jangan!" Melody makin kuat menangis. Dia memeluk mamanya kuat dengan badan kecilnya yang menggeletar ketakutan.

"Hey budak! Kau ingat mama kau ni sayang kau ke?! Dia nak baik dengan kau sebab papa kau je! Kau tak payah nak rasa dia tu sayang kau!" Getus Matteo menyampah. Ditunjal kasar kepala kanak-kanak perempuan itu.

Terkulat-kulat Melody jadinya. Tangisannya makin kuat. Arissa yang melihat segera menepis tangan Matteo dan menarik Melody ke dalam pelukannya.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now