65 | It's too late to apologize

4.1K 441 52
                                    

___

"Daddy, are you okey?" Tegur Melody bila dia perasan yang Denise banyak mendiamkan diri sepanjang mereka dalam perjalanan pulang hinggalah sampai ke rumah dan bersiap untuk tidur:

Sikat rambut yang dia guna dia letak ke atas meja sebelum menapak ke arah Denise yang termenung di sofa bilik.

"I'm okey beastie." Denise paksa diri untuk ukirkan senyuman buat Melody, wajah Melody dipandang lama.

"You're pretty just like your mother." Tangan Denise mengusap kepala Melody yang sudah tersenyum sipu padanya.

"Which mother? Mama atau mummy?"

Sebelah kening Denise ternaik. Dia tak salah dengar, kan?

"You know your mummy?"

Melody mengangguk dengan senyuman. Mestilah dia kenal dengan mummy kandung dia. Dia pun tahu yang Arissa bukan mama sebenar dia cuma disebabkan Diego sentiasa bercerita tentang Arissa, dia anggap Arissa sebagai sosok ibu yang dia rindui.

"Mestilah. Papa selalu cerita pasal mama... Pasal mummy... Pasal daddy..."

"Pasal daddy?"

Melody mengangguk.

"Ya tapi Melody tak pernah nampak gambar daddy jadi bila Melody jumpa Daddy Denise, Melody rasa daddy Denise lah Daddy Melody sebab papa cakap muka daddy tu sama macam muka papa." Terang Melody.

Waktu pertama kali dia jumpa Denise, memang gadis kecil itu hairan sebab muka lelaki itu sama dengan papanya.

"Apa yang papa cakap pasal daddy dan mummy?"

Melody buat muka seolah-olah sedang berfikir seketika.

"Daddy kena kerja jauh sebab tu Melody tak pernah jumpa daddy dan mummy..."

"Mummy?" Tanya Denise lagi. Dia tak sangka yang Diego akan menceritakan perihal dia pada Melody padahal dia bencikan Melody dulu hingga dia langsung tidak mahu bertemu dengan Melody waktu bayi.

"Mummy dah tak ada sebab Tuhan lebih sayangkan mummy. Papa cakap mummy meninggal sebab selamatkan Melody. Mummy sayang sangat dekat Melody sebab tu mummy selamatkan Melody dan Tuhan selamatkan mummy. Mummy dah bahagia dekat syurga." Balas Melody.

Denise tarik senyum pahit. Matanya masih memandang wajah Melody yang begitu gembira bercerita.

"Tapi papa cakap satu hari nanti daddy akan sayang Melody macam daddy sayang mummy dan Melody akan jumpa dengan mama Melody. Sekarang Melody dah jumpa mama dan daddy! Yay!" Melody tersorak riang tapi hati Denise pula yang tersentuh.

Dia rasa sesak dada seketika saat rasa sebak itu merasuk dirinya. Dia rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Semua ni tak akan terjadi kalau dia percayakan Melinda dan Diego dulu.

Denise duduk melutut di hadapan Melody menyamakan ketinggian mereka. Wajah anak kekasihnya itu direnung lama hinggalah mata kelabu miliknya mula bergenang dengan air mata.

"Daddy? Why are you crying?" Tanya Melody kehairanan. Tangan kecilnya naik menyeka air mata Denise yang jatuh ke pipi.

"I'm sorry beastie... I'm sorry... I'm so sorry Melinda... I.... It's all my fault... I'm sorry... I-" kata-kata Denise tersekat bila tangisannya pecah.

Dia tak kesah kalau sesiapa kata dia lemah sekarang ni sebab hakikatnya dia tak mampu untuk kuat lagi. Semuanya terasa menyakitkan.

"Daddy, don't cry... Are you sick? Daddy... Are you Okey?" Melody sudah tercebik bibir ingin menangis. Dia turut rasa sedih bila daddy dia menangis di hadapannya.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now