16 | Good Girl

8.1K 541 29
                                    

Jeda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeda.

Sepanjang perjalanan Diego hanya mendiamkan diri dan Arissa pun hanya kunci mulut memeluk pinggang Diego dari belakang. Motorbike milik lelaki itu meluncur laju membelah malam.

Tak ada jawapan yang Diego berikan pada soalan Arissa tadi . Lelaki itu hanya mengarahkan untuk Arissa makan dan dia terus menghantar gadis itu pulang ke rumah.

Arissa rasa, mungkin buat masa sekarang ni dia perlu kurung saja niat untuk mengetahui semua benda yang berlaku dalam masa 13 tahun Diego tinggalkan dia.

Kalau terus terusan macam ni boleh beri kesan buruk pada hubungan mereka berdua.

Sampai saja di hadapan rumah keluarga Hajah Fatini. Arissa segera turun dan memandang kekasihnya. Bibir bawah dia gigit seketika, rasa serba salah pula dia dengan Diego mengenai hal tadi.

Sudahlah Diego tengah kesal dengan sikap Ethan, dia pula yang terus mendesak Diego untuk menceritakan hal yang sebenar. Sudah macam dia tak faham keadaan Diego saja.

"Diego..." Aku seru namanya sebaik saja dia menanggalkan topi keledar yang aku pakai. Tangannya membetulkan rambutnya.

"Diego..." Panggil Arissa lagi bila Diego tidak menyahut. Yalah, mana tahu lelaki itu tak dengar panggilan pertama dia tadi.

"Hm?" Mata kelabu milik Diego pandang Arissa lama buatkan gadis tak keruan seketika.

Jantung Arissa tak boleh duduk tenang kalau Diego tatap dia macam tu.

Arissa kemam bibir seketika. Biasalah, bila dah buat salah semuanya rasa tak kena tapi nak tak nak dia terpaksa juga katakan agar dia tidak terus menerus dihimpit rasa bersalah.

"Saya minta maaf sebab desak awak untuk cerita apa yang jadi." Kata Arissa senafas. Kening Diego ternaik sedikit mendengar permohonan maaf yang gadis itu luahkan.

Tiba-tiba saja minta maaf ni? Ada buat salah ke?

"Saya tahu yang saya tak sepatutnya desak awak dan hancurkan mood awak tad sedangkan masa tu awak dah kesal dengan apa yang Uncle Ethan dan buat. Saya minta maaf. Saya janji yang saya tak akan tanya lagi pasal apa yang jadi dulu hingga awal betul-betul dah sedia untuk cerita pada saya." Panjang lebar Arissa berbicara dan dka lihat hujung bibir Diego ternaik sedikit.

Diego cuba menyembunyikan senyuman indahnya dari Arissa. Dia tidak mahu gadis itu lihat dia yang terlalu senang hati dengan permohonan maafnya.

"Really? Kau tak akan overthinking dengan apa yang jadi dulu?" Duga Diego dan dengan yakin Arissa mengangguk.

"Saya janji dan saya cuba untuk tak overthinking. Saya pasti apa yang jadi mesti ada sebabnya dan bila dah tiba masanya, mesti awak akan ceritakan pada saya."

Arissa lihat akhirnya Diego tarik senyuman kecil. Matanya memandang ke arah Arissa lama. Dia tahu yang dia buat keputusan yang tepat dengan memilih Arissa. Dia tahu yang Arissa akan faham dia seperti dulu.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now