27 | Perlu bawa

4.7K 453 44
                                    

"Perlu ke sampai bawa Kak Arissa ke sana?" Diane mendekati Diego yang sedang membelek maklumat diri kekasihnya tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Perlu ke sampai bawa Kak Arissa ke sana?" Diane mendekati Diego yang sedang membelek maklumat diri kekasihnya tu.

Diego hela nafas berat. Wajah adik bongsunya tu dipandang. Kepalanya dipicit perlahan. Memikirkan Arissa saja sudah buat dia tertekan.

Bukan kerana tertekan dengan sikap gadis itu tapi tertekan memikirkan bagaimana dia harus memastikan Arissa selamat tanpa melibatkan apa yang berlaku dulu.

"Perlu. Dia akan selamat dekat sana." Balas Diego. Kedua tangannya mengemas file-file yang ada di atas meja. Keluhan kecil dia lepaskan.

"Tak takut kalau dia bertemu dengan Melody nanti?" Tanya Diane lagi. Dia risau juga akan hal itu. Dia takut kalau berlaku pergaduhan yang akan melibatkan Arissa dan Diego disebabkan

"You tell her?" Dahi Diego berkerut serius memandang Diane. Belum sempat Diane menjawab, satu suara kedengaran dari muka pintu bilik bacaan itu.

"I did." Denise melangkah dengan senyum sinis pada abang dan adiknya.

Diego merengus kecil. Dia bangun membawa filemnya bersama. Wajah Denise yang langsung tak menunjukkan riak bersalah itu dia pandang.

"Apa masalah kau, Denise?"

Denise angkat bahu. Kedua-dua mata kelabu itu bertatapan antara satu sama lain. Yang membezakan mata mereka hanyalah, Diego mempunyai warna mata kelabu yang sedikit gelap berbanding Denise.

"Apa masalah aku? Apa masalah kau, Diego? Semua perempuan atas dunia ni kau nak sapu ke? Tak cukup dengan Arissa, kekasih aku pun kau nak, dan sekarang kau tak nak Arissa tahu hal yang sebenar? Sekarang kau nak dapatkan Arissa pula selepas kau puas dengan orang yang aku sayang?" Soal Denise. Jelas ada nada tak puas hati dalam suaranya.

Macam mana nak puas hati kalau abang kembarnya ni memang sengaja nak cari pasal dengan dia? Bukan ke apa yang Diego lakukan sekarang ni hanyalah menyakiti hati semua orang disekelilingnya.

"Bukan urusan kau." Getus Diego. Baru saja dia ingin melangkah keluar, Denise tolak bahu abang kembarnya tu dengan kasar.

"Bukan urusan aku?! Aku kehilangan orang yang aku sayang sebab kau!"

"Jadi kau nak aku hilang Arissa?" Soal Diego. Matanya memandang tajam pada Denise yang jelas bengang dengan pertanyaannya.

"Yes! Itu yang aku nak! Sakit yang aku rasa, kau pun perlu rasakan yang sama, Diego. Abang kembar jenis apa kau ni sanggup tengok adik kembar sendiri menderita kerana sikap pentingkan diri kau tu?!" Suara Denise meninggi.

Diane yang melihat hanya mampu kunci mulut. Dah kalau dua-dua tegang bertekak macam ni, memang tak ada sesiapa yang nak dengar apa yang dia katakan. Tengok sajalah abang-abangnya ni bergaduh sampai hancur bilik bacaan ni.

" Suka hati kaulah nak cakap apapun. Benda dah pun berlalu dan aku akan mulakan hidup baru dengan Arissa." Ringkas Diego membalas.

Tak ada apa yang harus dia katakan pada Denise sekarang. Apa yang berlaku dulu memang satu kesilapan, dia tak berniat untuk rampas kekasih adiknya tapi andai takdir sudah tertulis begitu, apa lagi yang harus dia lakukan?

Denise merengus. Tak puas hati dengan jawapan Diego. Hidup baru tengkorak dia!

"Hidup baru? Semudah tu? Kau rasa bila Arissa tahu tentang Melody, dia akan maafkan kau? Kalau dia tahu apa yang jadi pada keluarga dia ni ada kaitan dengan kau, kau rasa dia akan maafkan kau?" Soal Denise sinis menghentikan langkah Diego yang ingin berlalu.

Diego hela nafas berat. Tidak menjawab soalan yang Denise lemparkan, dia terus melangkah meninggalkan bilik bacaan.

×××

Arissa tarik muka saat Diego mendekatinya. Untuk masa sekarang, dia langsung tak rasa gembira untuk bertemu dengan Diego. Sikap lelaki itu benar-benar jauh dari apa yang dia sangkakan.

"Aku dah siapkan semuanya. Sekejap lagi kita berangkat." Ujar Diego. Mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berangkat keluar dari Malaysia.

Itu pun hanya mereka berdua yang pergi lambat memandangkan Arissa berkeras tak nak ikut lepas diberitahu yang Hajah Fatini dan Medina Haura akan dirawat di sana barulah Arissa setuju.

Boleh mati tertekan Diego dengan perangai keras kepala Arissa ni.

"Perlu ke sampai ke Itali? Dalam Malaysia ni memang dah tak ada undang-undang ke sampai nak ke sana?" Soal Arissa tak puas hati.

Tak pasal-pasal disebabkan keluarga Diego dari dunia gelap, dia terpaksa pindah keluar dari negara tercinta. Dia sudahlah ada beberapa tahun lagi nak habiskan pengajian tapi sekarang dia terpaksa berhenti di tempat yang dia selesa hanya atas arahan Elvis.

Benci betul!

"Kalau pakai undang-undang pun, kau mungkin akan kena bunuh dulu. Dekat sana, kau lagi selamat dari kau berada dekat sini. Kakak dan ibu kau pun dah dipindahkan ke sana." Ujar Diego. Dia hulur tangannya pada Arissa namun gadis itu hanya pandang sepi saja huluran tangannya

Arissa tidak sambut hulurkan tangan Diego, sebaliknya dia terus saja bangun dengan hati yang sebal. Karang kalau dia tak ikut, mesti dia tak ada dapat jumpa dengan mama dia lagi.

Hanya beberapa langkah dari Diego, Arissa pusing badan memandang Diego yang berada di belakangnya.

"Awak nak bawa saya ke sana, tak takut kalau kekasih awak dekat sana tu marah ke? Saya tak nak kena tuduh cuba rampas teman lelaki orang." Sindir Arissa sambil berpeluk tubuh memandang Diego.

Diego cuba capai tangan Arissa tapi gadis itu pantas saja menepisnya.

"Arissa, aku tak ada apa-apa hubungan dengan perempuan lain. Hanya kau kekasih aku." Tegas Diego namun Arissa hanya tarik senyum sinis.

"Jadi siapa Melody? Scandal? Isteri? Tunang? Cakaplah! Awak langsung tak nak jujur dengan saya!" Bentak Arissa kesal.

"Bukan. Aku tak nak cakap pasal hal ni. Aku dah cakap dengan kau sebelum ni, bila tiba waktunya, aku akan ceritakan semua yang berlaku sepanjang kehilangan aku."

"Kalau setakat awak nak tambah lagi rahsia yang ada, lupakan sajalah. Saya tak berminat nak tahu. Apa yang saya tahu, lepas saya balik ke sini nanti, saya dah tak nak tengok muka awak dan kita buat urusan masing-masing." Tegas Arissa sebelum melangkah laju meninggalkan Diego menuju ke balai berlepas.

Diego keluh kecil. Dia sendiri tak tahu sampai bila dia kena hadap semua ni. Apa yang jadi dulu benar-benar beri kesan pada hubungannya dengan Arissa.

Ibarat diluah mati bapa, ditelan mati emak. Bawa Arissa ke rumahnya di Itali bagaikan membuka pintu pada pepecahan hubungan mereka dan apa yang dia harapkan hanyalah Arissa dapat terima apa yang bakal gadis itu hadapi di Itali nanti.

"Hanya untuk sementara waktu, My Arissa. Aku janji aku akan selesaikan semua ni secepat mungkin." Bisiknya perlahan. Langkah dibuka menuju ke balai berlepas mendekati Arissa.

Harap saja yang rahsianya tidak terbongkar sebelum tiba waktu yang tepat.






×××

Saya cuma nak cakap yang mungkin cerita ni tak se-toxic Gadis Dambaan Setan sebab cerita cinta Elvis dan Medina tu paling toxic yang pernah saya tulis and rasanya Diego dan Arissa tak boleh lawan cinta toxic Elvis dan Medina😭

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now