61 | Kisah Silam pt 9

2.7K 278 78
                                    

Korang nak Melody anak Diego ke anak Denise?

__________

Hidup bagaikan berubah 180 darjah!

Denise tidak lagi pulang ke mansion D Angelo setelah mengetahui hal pengkhianatan yang dicipta oleh Dyla tentang kekasih dan kembarnya.

Lelaki itu terus mengurung diri di New Zealand hingga D Angelo terpaksa menghantar pelatih peribadi pada Denise di sana untuk memastikan yang lelaki itu tetap meneruskan latihan D Angelo.

"Melinda, kalau kau tak makan nanti kau masuk hospital lagi." Diego hela nafas berat bila Melinda hanya termenung. Perut gadis itu sudah jelas kelihatan. Lebih kurang dua bulan lagi bayi dalam kandungan gadis itu akan keluar melihat dunia.

"I tak lapar. I Okey." Balas Melinda. Dia senyum kecil pada Diego sebelum kembali memandang balkoni.

Terkesan? Sudah tentu. Denise terus saja tinggalkan dia tanpa memberi dia peluang untuk membela diri. Lelaki itu terus saja membuang dia. Dia masih ada di mansion D Angelo pun kerana Diego berkeras untuk dia tinggal di sini.

Dia tidak lagi tinggal dalam bilik Denise sebaliknya dia tinggal dalam bilik Diego. Lelaki itu yang menjaganya dengan baik hingga dia hanya menanti masa untuk bersalin sekarang.

Mereka tidak tidur sekatil, Diego membenarkan dia tidur di katil tapi lelaki itu akan tidur di bilik lain atau pun di sofa bila dia jatuh sakit disebabkan alahan mengandung.

"Terima kasih."

"Terima kasih untuk apa?" Diego berkerut dahi bila Melinda memandangnya dengan senyum tipis. Dia dapat lihat kesedihan dan kekecewaan yang gadis itu alami sepanjang dia menjaga Melinda.

Bukannya dia tak cuba memujuk atau menghubungi Denise tapi kembarnya tu langsung tak nak dengar sepatah pun kata yang keluar dari mulutnya hingga Denise buat keputusan untuk tidak lagi pulang menjenguk keluarga mereka di sini.

Dia tahu Denise kecewa dan dia tahu yang dia tak boleh nak salahkan Denise kerana lelaki itu juga mangsa keadaan.

"Terima kasih sebab jaga I dengan baik. Terima kasih sebab sanggup bersengkang mata untuk jaga I sepanjang I mengandung. I hargai sangat. You akan jadi papa yang baik untuk baby ni." Kata Melinda seraya tangannya mengusap perutnya.

Hari demi hari dia makin sayang dengan kandungannya. Dia tak peduli lagi siapa ayah pada anaknya. Yang penting bayi dalam perutnya ni adalah anak dia sendiri.

Anak kesayangan dia.

"Aku akan jadi papa yang terbaik untuk dia. You nak jadi apa?" Diego tarik senyuman. Terkadang dia melayan saja perbualan Melinda untuk buat gadis itu gembira.

Dia tahu yang Melinda sudah cukup terseksa berpisah dengan orang yang dia cinta jadi sekurang-kurangnya dia boleh buat Melinda tersenyum. Dia dan Melinda sama-sama masih remaja tapi terpaksa pikul tanggungjawab yang besar ni.

"I nak jadi mummy. Dulu, I selalu cakap pada Denise yang I nak ada anak yang comel dan cantik. I nak anak I panggil I mummy dan Denise sebagai daddy. Comel kan?" Melinda sudah tersenyum-senyum sendirian mengingatkan memorinya dengan Denise.

Kalaulah Denise ada sekarang ni, mesti dia akan lebih gembira.

"Comel sangat. Kau dah ada nama untuk baby ni?"

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now