40 | Percayakan aku

5.2K 496 40
                                    

"Arissa!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Arissa!"

Arissa tersentak. Terus kedua-duanya menoleh ke arah belakang. Dilihatnya Diego memandang tajam pada mereka.

Arissa bingkas bangun namun Denise hanya tarik senyum sinis. Seketika kemudian, Arissa sedikit kaget bila Denise menariknya ke dalam pelukan.

"Leave him, Arissa. I can treat you better than he can." Bisik Denise lembut.

Baru saja Arissa ingin membalas, dia rasa tubuhnya ditarik dengan kasar, jauh dari Denise.

"Apa masalah kau ni?!" Suara Diego meninggi seraya tangan kanannya menolak Denise kasar menjauhi kekasihnya.

Matanya tajam memandang Denise yang hanya tarik senyum yang jelas cuba untuk menyakitkan hatinya.

"Masalah apa? Aku cuma beritahu dia hal yang sebenar pasal Melinda." Bersahaja Denise membalas.

"Aku dah cakap pada kau jangan sebut pasal Melinda depan Arissa!" Marah Diego. Denise ni memang sengaja nak cari pasal dengan dia!

"Kalau aku sebut, kau nak buat apa?"

"Kau!" Diego cengkam kolar baju Denise. Kalau ikutkan amarah dia sekarang ni, mahu saja dia tumbuk muka kembarnya tu!

"Jadi betullah?" Soalan yang Arissa lemparkan membuat Diego tersentak. Dia pandang Arissa yang sudah memasang riak tidak percaya padanya.

"Jadi betullah yang awak buat Melinda mengandung dan awak bunuh dia?" Ulang Arissa.

Dia memandang Diego penuh berharap yang apa yang Denise katakan itu hanya pembohongan semata-mata kerana ingin balas dendam dengan apa yang Diego dah buat pada hubungan lelaki itu dengan Melinda.

"Apa kau-" Diego pandang Denise tajam bila kembarnya tu menepis tangannya kasar.

"Memang aku beritahu dia semua tentang Melinda termasuk kau bunuh dia. Kau bernasib baik sebab aku tak ungkit hal tu! Aku cuma tak nak Melody tahu papa dia yang suci ni dah bunuh mama kandung dia! Aku tak nak dia rasa yang dia ni anak pembunuh sebab tu aku pendamkan semua ni tapi Arissa berhak tahu apa yang kau dah buat! Aku benci bila dia ingat kau ni lelaki yang baik sebab hakikatnya hati kau busuk!" Bentak Denise.

"Kau tak tahu apa-apa!"

"Tapi aku tahu yang kau bunuh dia depan mata aku!" Tengking Denise geram. Masih lagi kembarnya itu ingin menafikan sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh?!

Semua orang tahulah yang Diego bunuh Melinda tapi semua hanya mendiamkan diri dan biarkan dia terseksa dengan kebenaran yang dia lihat dengan mata dan kepalanya sendiri tu!

Diego merengus. Meraup kasar wajahnya.

"Kau jangan ganggu Arissa lagi!" Katanya memberi amaran, dia terus menarik Denise yang sudah bengang sendiri.

Dia langsung tidak peduli bila adik kembarnya tu menyepak tong sampah yang masih panas itu untuk lepaskan kemarahan.

"Diego! Lepaslah! Sakit tahu tak?!" Marah Arissa. Tangannya rasa kebas dengan pegangan kuat lelaki itu mengheretnya ke bilik. Langsung tidak dipedulikan rontaanya.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now