64 | Hospital

3.9K 431 80
                                    

_____

Arissa terpisat-pisat bangun dari lenanya. Matanya terus memandang ke sekeliling bilik yang berwarna putih ni sebelum matanya jatuh pada lelaki yang meletakkan kepala di birai katilnya.

Kedua-dua belah tangan lelaki itu dijadikan bantal kepalanya. Tak perlu tanya siapa, Arissa sudah tahu itu adalah kekasihnya, Diego.

Helaan nafas lega keluar dari mulutnya. Lega kerana Diego masih ada di sisinya. Kali terakhir dia ingat adalah Diego membawanya ke hospital dan dia diberikan suntikan sebelum dibawa ke bilik pembedahan untuk mengeluarkan peluru.

Sakitnya masih terasa. Arissa benar-benar tidak menyangka dengan semua kebenaran yang terungkap. Dia pandang Diego lama sebelum perlahan-lahan tangannya mengusap rambut lelaki itu.

"I'm sorry." Katanya perlahan. Tak sangka yang Diego lalui hal yang begitu perit hanya untuk terus mempertahankan dia. Andai saja dia tahu semua ni, mesti dia akan lebih faham keadaan Diego.

Diego tersedar. Terus saja dia bangun memandang Arissa yang memandangnya.

"Kau tak apa-apa?" Diego pegang kedua-dua belah pipi Arissa. Jelas terlakar riak risau di wajah lelaki itu.

"Saya okey. Macam mana keadaan awak, Diego? Awak Okey?" Tanya Arissa kembali. Dia juga risaukan keadaan Diego.

Diego hela nagas lega. Dia pegang tangan Arissa san dia usap peelahan. Masih lagi rasa bersalah. Kerana dialah Arissa perlu lalui semua ni.

"Aku okey. Jangan risau dengan keadaan aku. Risaukan keadaan kau. Aku minta maaf atas apa yang berlaku pada kau disebabkan mummy. Aku dah cuba yang terbaik untuk pastikan kau selamat tapi-" Kata-kata Diego terhenti bila Arissa letak jari telunjuknya di bibir lelaki itu.

Dia tarik Diego ke dalam pelukan. Memeluk kekasihnya tu lama. Rindu.

"Terima kasih untuk semuanya, Diego. Saya minta maaf sebab banyak lukakan awak. Andai saja saya tahu semua ni, saya tak akan salahkan awak." Sebak Arissa bersuara tanpa melepaskan Diego.

Kalaulah dia percayakan Diego dulu mesti dia tak akan sakitkan Diego dengan apa yang pernah dia buat dulu. Andai saja kalau Diego berterus terang dengannya.

"Arissa..." Diego renggangkan pelukan. Senyum pahit dia lemparkan buat kekasihnya tu. Jarinya mengelap air mata Arissa yang mengalir.

"Saya minta maaf Diego. Saya minta maaf disebabkan saya, awak kena lalui semua ni. Kalau awak tahu yang D Angelo tidak mahu awak bersama saya, kenapa awak masih nak pertahankan saya? Kalau awak lepaskan saya mesti awak tak perlu lalui perit ni. Denise tak akan benci awak." Kata Arissa lagi.

Dia rasa semua ni salah dia. Hubungan Diego dan Denise retak pun kerana Diego mahu terus melindungi diri dia hingga lelaki itu sanggup dibenci oleh orang yang dia rapat.

"Aku cuma nak kau selamat. Aku dah janji yang aku akan balik jumpa kau, kan?" Lembut Diego membalas buat Arissa makin dihimpit rasa bersalah.

Hampir 13 tahun dia terluka kerana menanti kepulangam Diego tanpa dia sedar yang lelaki itu juga terluka begitu lama hanya untuk mempertahankan dia.

"Tapi bukan dengan cara macam ni, Diego. Awak korbankan kebahagiaan awak demi orang lain, apa yang awak dapat? Semua orang salah faham dengan awak dan benci awak hanya disebabkan awak nak lindungi saya... Dan saya pun..." Kata-kata Arissa terhenti bila esakkan keluar dari mulutnya.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now