70 | Melody dan Arissa

4.3K 471 57
                                    

_______

Arissa berkerut dahi bila melihat kelibat yang berada di balik pintu bilik rawatannya. Apa pula tu? Tak akan hantu kot?

Kerutan di dahi makin jelas kelihatan bila dia melihat kepala budak perempuan terjengul dari balik pintu. Ba dia memandang, kepala itu cepat-cepat menyembunyikan diri.

Arissa gigit dalam pipi. Sepertinya dia tahu siapa yang berada di luar tu. Ditunggu juga gadis kecil itu masuk bersama Diego atau penjaganya, Ash namun hampa. Tiada kelibat yang masuk kecuali gadis kecil itu yang asyik mengintai dari balik pintu.

Mana pula Diego? Ash? Denise? Tak akanlah main tinggal saja budak kecil itu sendirian dekat hospital ni?

Ragu-ragu pula Arissa jadinya. Perlu ke dia menjemput gadis kecil itu masuk? Ah, Arissa sendiri serba tak kena.

"Melody."

Arissa ketap bibir. Dalam memikirkan keputusan yang dia ingin buat, boleh pula dia memanggil anak kekasihnya tu.

Melody tersentak. Takut-takut dia menjenguk ke dalam. Dipandang wajah mamanya tu. Kedua-dua belah tangannya masih memegang pada pintu. Kaki masih terasa dipaku ke lantai.

Mahu saja dia mendekati Arissa dari tadi tapi dia tahu yang mana dia tak suka dia jadi dia takut untuk masuk. Dia takut kalau kehadirannya hanya akan buat mamanya tu marah.

Melody telan liur berkali-kali bila Arissa hanya diam memandangnya. Tadi dia dengar mama dia panggil... Adakah dia akan dimarahi lagi?

"Masuklah." Ajak Arissa.

Dia sendiri tak tahu sama ada tindakannya tu betul atau tidak tapi tak akanlah dia nak biarkan Melody bersendirian dekat luar?

Lagipun Arissa ingin belajar untuk terima Melody jadi sebahagian dari keluarganya. Mungkin seperti anak saudara?

Anak saudara? Arissa sendiri rasa nak jerit saja sekarang ni. Macam mana kalau Melody akan jadi anaknya nanti?

"Ma-mama tak marah Melody?" Tanya Melody takut-takut tapi kaki dipaksakan juga melangkah mendekati Arissa.

Arissa telan liur yang rasa pahit tiba-tiba. Panggilan mama tu benar-benar buat dia tak sedap hati tapi dia tahu yang Melody akan tetap memanggil dia dengan panggilan tu walau macam mana sekalipun dia menghalang.

Lambat-lambat Arissa menggeleng.

"Masuklah, duduk dekat sofa tu. Buat apa duduk dekat luar? Mana papa?"

Melody patuh. Terkedek-kedek langkah dia menuju ke sofa dan duduk diam menghadap namanya tu. Walaupun dia teruja bila Arissa menjemputnya masuk tapi dia masih menjaga jarak dengan mamanya tu. Takut kalau keterujaannya hanya akan buat mama dia marah.

"Papa ada kerja dengan Doktor. Daddy pun ada kerja. Tadi Melody baru keluar dari jumpa doktor dengan abang Ash tapi abang Ash pergi tandas. Dia suruh Melody tunggu dekat luar sekejap tapi Melody takut sebab itulah Melody datang bilik mama." Panjang lebar Melody menerangkan.

Rasanya mesti Ash sedang mencari Melody saat ini tapi apa lah yang gadis kecil itu peduli? Matanya masih memandang Arissa dengan senang hati.

"Oh..." Arissa mengangguk kecil. Dia mengalihkan pandangannya ke tingkap kaca yang bersaiz besar itu.

Diluar sana hujan turun menggila disertakan dengan bunyi petir yang menyambar.

Arissa kalihkan pandangan pada sofa bila telinganya menangkap bunyi orang melompat turun dari situ.

Melody sudah salah tingkah. Perlahan-lahan dia mendekati Arissa. Dia takut duduk bersendirian di sofa tapi dia tak berani untuk memberitahu mamanya tu jadi dia hanya berdiri dekat dengan katil Arissa dengan mulut yang terkunci.

Diego D Angelo | Wattpad Version Where stories live. Discover now