Zul memandang Wawa yang sedang mengelamun di kerusi mejanya itu. Kerusi gadis itu disebelahnya sahaja, yang dia duk menyibuk di kerusinya kenapa?
Tangannya yang memegang aiskrim itu dipandang gadis itu.
" Terima kasih, buat susah2 jer beli untuk aku" tangan gadis itu lincah mengambil aiskrim Cornetto itu.
Selamba badak jer minah nih. Kalau bab makanan laju sahaja kerjanya. Dia terus mengambil tempat duduk gadis itu.
" Wa "
"Errm"
" Kau busy tak petang nih?"
" Aku free jer, why? Kau nak ajak ikut training bola ker?"
" Bukan lah. Petang nih aku nak ajak kau tengok wayang"
" Tengok wayang!? Aku?! Kau ajak aku?"
Wawa memasang muka terkejut kepadanya.
" Yalah wayang! Kau nih dah kenapa!"
"Kau alone ehh, tuh sebab kau ajak aku"
" Ehh kesitu pula kau nih. Kau ingat kau tuh tak alone kee. Aku ajak kau yang alone nih pun mujur. Kau nak pergi tak nih?"
" Cis, macam lah dia ade cikaro nak kata kita alone"
" Banyak pula membebel minah nih. Nak ikut ke tidakk"
" Ya2 aku ikut tapi kau minta izin dengan mak aku dulu."
"Ya yang tuh aku tahulah. Kang kalau aku tak bagitahu nak bawa anak dara dia nih keluar, mahu aku kena flying kick dengan Mak Una"
Gadis itu gelak mendengar balasan Zul.
" Siapa jer yang pergi?"
" Semua geng aku pergi. Takpe ker kau sorang jer perempuan? Itulah kau, datang sekolah tak cari kawan perempuan. Kerja melepak dengan aku aje."
" Aku kesian tengok kau alone, so aku kawanlah dengan kau"
"Kuang asam punya perempuan"
Nak jer dia hempuk minah sorang nih. Nasib kau kawan aku.
Dia sengaja mengusik gadis itu dengan hal kawan. Dia tahu sangat banyak perempuan dekat dengan Wawa hanya semata-mata untuk dekat dengan dirinya. Kerana Wawa tahu aku tak selesa dengan kawan2 perempuannya, dia lebih memilih untuk tiada kawan perempuan.
" Zul, kau ambik aku kan?"
" Yalah aku ambik kan. Kenapa,kau nak naik moto sendiri ker?"
Gadis itu hanya mengeleng.
" Malas"
Dia tahu sangat dengan sikap malas gadis itu. Macam2 alasan.
"Dah berambus kau dari tempat aku"
"Alaaa kau duduk jelah dekat situ. Aku malaslah nak bangun. Itu pun nak kecoh."
Kecik besar kecik besar jer dia tengok minah nih. Ada sahaja dia punya ragam. Esok lusa memang aku lipat, buang dalam tong sampah budak nih.
*************
Rumah flat dihadapannya itu menggamit pemandangan matanya. Flat baru, masih kelihatan cantik umumnya. Dia memandang sekitar parking itu. Batang hidung Wawa masih belum muncul. Dia yang lengkap memakai baju kemeja checkers, berbaju putih serta seluar jean itu terlihat lebih tampan dengan gaya santainya.
YOU ARE READING
MY BOY MY LOVE
RomanceSelepas herdikan dari crushnya. Elisya Wardah membawa diri. Dia bencikan lelaki itu. Dia berjanji dia takkan mudah jatuh cinta lagi atau mencrushkan mana-mana lelaki lagi. Syed Zulhilmi, budak pang di kelasnya. Pang bukan sebarang pang ya, Lelaki it...