Dia berdiri memandang pintu putih itu. Dia mengeluh. Akhirnya dia ketuk juga pintu itu. Pintu di buka. Mak Una terjengul dari dalam rumah itu.
"Assalamualaikum Mak Una"
"Waalaikumsalam, hah Zul, tak ada latihan ke kamu hari nih? Habis solat jumaat terus terjah rumah Mak Una nih"
" Ada Mak Una tapi yang tuh nanti2 sahajalah. Boleh Zul nak jengguk Wawa"
" Baguslah kamu datang Zul. Pergi pujuk anak Mak Una tuh, dari tadi tak mahu makannya. Apa nak jadilah dengan kamu berdua nih. Asyik bergaduh kerjanya."
Dia hanya diam mendegar bebelan yang keluar dari mulut Mak Una. Dia terus masuk ke bilik Wawa. Dia melihat Wawa yang menyandar di kepala katilnya.
"Waaa" dia duduk di birai katil gadis itu. Wajah pucat itu dipandang. Gadis itu langsung tak beriak atau membalas panggilannya.
"Wa, Aku betul2 minta maaf. Aku tahu kata2 Aku kemarin dah sakitkan hati kau. Wa, kau tahukan Aku langsung tak bermaksud dengan perkataan tuh"
Gadis itu hanya diam seperti patung. Dia jadi buntu. Bagaimana kalau gadis itu tidak mahu memandangnya lagi. Bolehkah dia terima? Dia menggeleng, dia tak boleh hidup tanpa Wawa.
"Waaa, jangan diam macam nih. Kau marahlah aku, pukullah aku, sampai kau rasa puas. Tapi tolong jangan jauhkan diri kau dari aku Wa. Aku tak sanggup hilang Kau "
Esakan kecil dari Wawa terus membuat dia resah. Air mata gadis itu diseka dengan tisu.
"Waaa, Kau maafkan Aku kan? "
Akhirnya Wawa mengangguk.
"A..Aku maafkan Kau tapi dengan syarat. Kau kena belikan bekalan coklat Aku selama sebulan"
"Pffttt" Zul ketawa.
" Apahal kau ketawa? Aku tak main-main nih"
" Taklah perempuan nih simple betul ya. Bagi makanan terus okey kan"
" Mana ada. Perempuan nih complicated okey"
"Menyindir diri sendiri kerrr" ujar Zul sambil ketawa.
"Zulll!!" Wawa sudah tidak puas hati bila dikenakan oleh lelaki itu. Nih nak memujuk atau mahu menyakitkan hatinya lagi.
"Sorry²" Zul kembali serius dan akhirnya kami berdua ketawa bersama-sama.
★ ★ ★ ★ ★ ★ ★
Kami bergelak ketawa di dalam kelas itu. Semua hanya memandang biasa sahaja ke arah mereka. Kerana mereka tahu kami takkan bergaduh lama.
"Series masa tuh Syed memang marah gila dekat Aku. First time, Aku tenggok dia pertahankan perempuan macam tu"
"Tak sangka Syed sayang Aku macam tuh sekali kan." Katanya ala-ala terharu.
Nampak sahaja tubuh Syed masuk ke dalam kelas terus dia menghadiahkan lelaki itu dengan mini lovenya. Tak habis dengan mini love, dia membentuk jarinya menjadi bentuk hati.
Syed mendekati meja mereka. Pandangan menyampah dihadiahkan untuk mereka berdua.
"Kau buat kerja bodoh lagi, memang Aku tinju kau selepas ni Wa"
"Aye Aye Captain" jawab Wawa.
"Are ya ready kids?" Laung Zul di dalam kelas. Kaki kanannya dihentak dikerusi seakan-akan seorang lanun.
"AYE AYE CAPTAIN!" Jawab Wawa. Syed sudah mengaru kening melihat kejadian yang akan terjadi.
"I can't hear you!" Sambung Zul lagi. Sambil meletakkan tangannya di telinganya.
YOU ARE READING
MY BOY MY LOVE
RomanceSelepas herdikan dari crushnya. Elisya Wardah membawa diri. Dia bencikan lelaki itu. Dia berjanji dia takkan mudah jatuh cinta lagi atau mencrushkan mana-mana lelaki lagi. Syed Zulhilmi, budak pang di kelasnya. Pang bukan sebarang pang ya, Lelaki it...