Wawa memandang disebalik cermin. Tubuh yang dipenuhi dengan wayar dipandang sayu.
"Please bangun Zul. Jangan tinggalkan Aku" bisiknya.
Sudah 2 minggu dia berulang-alik ke hospital. Zul masih berada dalam koma. Prestasi Zul dalam membaik juga tidak terlihat.
"Wawa" Dia memandang Puan Hajah yang baru balik dari berjumpa dengan doktor.
"Macam mana Bu? Doktor cakap apa?"
Puan Hajah menggeleng dan mengeluh. Dia memandang sayu. Puan Hajah menggenggam tangan Wawa. Gusar mahu mengutarakan perkara ini kepada gadis itu.
"Kenapa Bu?" tanyanya melihat wanita tua itu resah.
"Ibu dah bincang dengan doktor. Doktor pun dah setuju" berkerut Wawa memandang Puan Hajah. Apa yang disetujui oleh ibu dan doktor.
"Ibu... Nak bawa Zul berubat dekat luar negara" terngadah Wawa mendengarnya. Wawa cuba mengumpul semangatnya yang ada. Genggaman tangan ia kemaskan.
"Tak apa Bu. Wawa faham. Kalau itu boleh buat Zul bangun, Ibu pergilah" Dia faham Puan Hajah takut dirinya rasa lebih kehilangan jika mereka berdua pergi. Dia tersenyum manis ke arah Puan Hajah. Puan Hajah turut membalas senyuman si gadis itu.
" Ibu nak buat satu permintaan dekat Wawa"
"Apa dia Ibu?" Wawa menanti bicara Ibu Zul itu.
"Ibu nak Wawa belajar tentang business"
Terangkat kening gadis itu dengan permintaan puan Hajah.
" Andai kata Zul takkan bangun, Ibu nak kamu ambil alih syarikat Papa Zul"
" Ibu... Apa cakap macam ni..." Ucapnya sayu. Dia masih belum bersedia mahu kehilangan lelaki itu.
" Ibu dah anggap Wawa nih macam anak sendiri dah. Andai kata Zul tak dapat diselamatkan , Ibu nak Wawa yang ambil alih syarikat tuh. Tapi kalau Zul bangun, Ibu still nak Wawa ada dalam syarikat tuh. Stay by his side, and grow the company together. Ibu yakin Wawa mampu buat."
Menitis air matanya. Terharu. Sedih. Takut. Semuanya bercampur. Dia terharu dia tidak dianggap orang asing di dalam keluarga itu. Pada masa yang sama dia sedih dan takut kehilangan lelaki itu.
"Wawa janji Wawa akan berusaha sungguh-sungguh. Ibu kena ingat Wawa selalu doakan Zul dekat sini. Jangan lupa contact Wawa. Update keadaan Zul. Wawa akan setia tunggu ibu dengan Zul dekat sini"
Puan Hajah tersenyum lembut persis seorang ibu melihat anaknya. Dia mengusap kepala gadis itu.
...
7 tahun kemudian...
Dia melangkah masuk ke ruangan pejabat itu. Bibirnya tidak lekang dari senyum. Dia memandang gambar di atas meja kerjanya. Terlihat dirinya dan seorang lelaki tersenyum mesra. Dia mengusap gambar itu lembut.
"I miss you" ucapnya.
Dia melihat sedikit keriuhan di luar pejabatnya melalui cermin lutsinar itu. Dia bangun dan melangkah dengan penuh karisma. Mendengar bunyi tumit kasutnya terus keriuhan itu mula reda.
Dia memandang semua pekerja yang sedang berkerumun di sekeliling seorang lelaki tinggi lampai. Dia memandang lelaki itu tanpa secalit senyuman. Dirinya yang serba hitam itu menambahkan lagi karismanya.
YOU ARE READING
MY BOY MY LOVE
RomanceSelepas herdikan dari crushnya. Elisya Wardah membawa diri. Dia bencikan lelaki itu. Dia berjanji dia takkan mudah jatuh cinta lagi atau mencrushkan mana-mana lelaki lagi. Syed Zulhilmi, budak pang di kelasnya. Pang bukan sebarang pang ya, Lelaki it...