Air matanya bercucuran. Darah merah yang mengalir dari tubuh itu membuat dia lemah. Penat dirinya menjerit supaya perlakuan gadis itu dihentikan tetapi diendahkan.
"Berhenti... Tolong Sya... Jangan sakitkan dia..." Rayuan demi rayuan meniti di bibir itu.
Syahirah terus-terusan memukul tubuh lelaki itu dengan bongkah batu. Tubuh yang tidak berkutik itu membuat tubuhnya terasa menggeletar.
"Zul...Zulll!!"
Dia terus tersedar dari mimpi ngeri itu. Dia terus mengucap. Jantungnya berdetak sangat kuat. Peluh sudah membasahi tubuh. Pipinya basah dengan air mata. Dia menekup matanya di lengan.
Air matanya terus menitis kembali. Dia menghambur segala tangisannya merindui lelaki itu. Mimpi itu kerap menyinggah ke dalam tidurnya. Mungkin kerana perasaan bersalah terhadap Zul dan ibu. Sudah 3 minggu ibu dan Zul pergi meninggalkan bumi Malaysia. Puan Hajah pula tidak lekang berkongsi perkembangan Zul.
Dia memandang dirinya di dalam cermin bilik air. Matanya yang sembab itu dipandang. Kantoi dengan Mama nanti macam mana.
Dia mengeluh sendiri. Dia terus mandi lalu bersiap memakai uniform sekolah. Dia keluar dari biliknya dan berjalan ke arah dapur. Dia melihat Mamanya sedang memasak nasi goreng di dapur.
Dia terus memeluk tubuh itu. Mak Una terkejut bila ada yang menyentuhnya. Tetapi tidak pula dia menegah tubuh itu untuk menjauh darinya. Dia menutup api dapurnya.
Dia membalas pelukkan itu sambil dielus kepala yang beralaskan tudung itu. Esakan kecil mula kedengaran. Bahu anaknya ditepuk-tepuk tanda memujuk.
Dia tahu anaknya itu perlukan dorongang yang kuat sekarang ini. Dia hanya mampu menenangkan anaknya itu sahaja.
...
Wawa berjalan memasuki perkarangan pejabat itu. Beberapa orang menyapa dirinya. Dia dilayan seperti orang atasan sedangkan dia hanya kuli seperti mereka. Pandangan hormat diberi kerana keakraban dirinya dengan Puan Hajah.
Dia duduk di mejanya. Sekarang mejanya betul-betul berada di depan bilik lelaki itu. Bibirnya tersenyum bila mengenangkan lelaki itu.
"Eherm" deheman garau itu menyentak dirinya yang sedang berangan jauh itu.
"Yang kau dari tadi tersengih-sengih dah kenapa?"
Dia memandang wajah lelaki itu. Bibirnya mengutum senyuman yang lebih lebar.
"Saya teringatkan Tuan" jawabnya malu-malu.
Lelaki itu memandangnya tidak percaya.
"Don't think naughty in my office Wawa"
Mukanya terus memerah mendengar ayat lelaki itu.
"Ma..Mana ada saya fikir naughty dengan Tuan" pangkasnya.
"Dah tuh yang tergagap-gagap nih dah kenapa?" Usiknya lagi. Makin merah wajah itu dibuatnya.
"Betul Tuan, saya tak tipu"
"So betullah you fikir naughty pasal I"
Terkejut dirinya bila ayatnya diputar belitkan oleh lelaki itu.
"Tuannn" rengeknya.
"Apa?" Lelaki itu memandangnya serius.
Dia menunduk. Jari jemarinya dipintal.
"Saya tak fikir benda-benda macam tu dekat Tuan" ucapnya pelan.
"Aku tahuuu. Aku gurau jelah"
Lelaki itu terus masuk kedalam biliknya. Wawa hanya memandang langkah itu. Dia terus duduk di kerusinya dan kepalanya disembamkan ke atas meja. Dia memusingkan kepalanya melihat lelaki itu yang sedang menyusun file diatas mejanya.
YOU ARE READING
MY BOY MY LOVE
RomanceSelepas herdikan dari crushnya. Elisya Wardah membawa diri. Dia bencikan lelaki itu. Dia berjanji dia takkan mudah jatuh cinta lagi atau mencrushkan mana-mana lelaki lagi. Syed Zulhilmi, budak pang di kelasnya. Pang bukan sebarang pang ya, Lelaki it...