Zul memberi senyuman kepada jejaka muda itu. Mereka bersalaman antara satu sama lain.
"Arayan"
"Zulhilmi"
Perkenalan secara ringkas diberi. Arayan memandang gadis di sebelah lelaki itu. Senyuman diberi dan turut dibalas oleh Wawa.
Meeting itu berlansung selama 2 jam setengah. Sesekali Arayan memandang Wawa yang sedang sibuk menaip setiap detail meeting. Zul perasan perlakuan Arayan yang sentiasa mengerling PAnya itu tetapi diendahkan.
"Kalau macam tuh Encik Arayan, we can end this meeting. If anything changes I will confirm with you back"
"Yeah sure. If you don't mind can I take your PA time sekejap?" Tanyanya sambil melihat gadis itu.
Wawa yang mendengar permintaan itu sedikit terkejut. Dia memandang pelik kearah client baru mereka itu.
"Ermm yeah sure" Zul memberikan kebenaran. Wawa memandang Zul pula. Suka suki sahaja mamat ni menentukan. Dia sendiri masih tidak bersetuju.
"I'm quite sad if you look so forget about me Elis" ujar lelaki itu.
Zul yang mendengar ayat itu mula merasakan tidak enak. Bagaikan sesuatu menjentik tangkai hatinya.
Wawa sudah berkerut memandang wajah jejaka 30an itu. Sumpah dia tidak ingat.
"Seriously you tak ingat I?" tanyanya sedikit terkejut dan hampa.
Kepalanya diperah supaya memori tentang lelaki itu muncul di benaknya. Dia menggaru pipi. Macam dia pernah tengok tapi dekat mana ya.
"Nik?"
Lelaki itu tersenyum senang namanya meniti di bibir mungil itu lagi.
"Ingat punnn."
"Seriously you look so different." Ucapnya teruja melihat anak bosnya semasa dia bekerja sebagai orang gaji dulu.
"I look so old huh? Sampai you dah tak ingat"
Wawa ketawa mendengar seloroh lelaki itu.
"Maybe"
"Jahatnyaaa mulut tuh. Terasa tau. But I'm really glad to see you again Elis"
Zul yang sedari tadi hanya jadi pemerhati terasa cemburu melihat kemesraan yang terjalin. Kenapa dia tidak boleh panggil gadis itu Elis sedangkan lelaki itu diperbolehkan? Panggilan manja mereka kah? Sebab itukah dirinya tidak dibenarkan memanggil gadis itu begitu.
"Ecehhh Rindu I lah nih?" Usik Wawa.
"Kind of. Lagi-lagi masakan you"
Tawa mereka bersemi. Zul berdehem memecah perbicaraan mereka. Wawa memandang Zul. Zul menunjukkan jam ditangannya. Wawa mengangguk.
"Nik i think i need to go. We have some event tonight. I hope we can talk again"
"Ahhh did you mean party at San Fransisco hotel?"
"Yes.. Did you got invited too?"
"Yeah. So... see you tonight?"
"Yes of course"
Akhirnya mereka menukar nombor telefon mereka dan membawa haluan masing-masing.
Zul hanya membontoti langkah gadis itu. Mereka memasuki bmw hitam itu. Zul hanya senyap dengan pemanduannya. Wawa mengerling lelaki itu, kekok kerana kesunyian di dalam kereta itu.
"Tuan okey?"
"Erm"
Jawapan pendek lelaki itu membuat dirinya yakin lelaki itu tidak okey. Sangat-sangat tak okey.
YOU ARE READING
MY BOY MY LOVE
RomanceSelepas herdikan dari crushnya. Elisya Wardah membawa diri. Dia bencikan lelaki itu. Dia berjanji dia takkan mudah jatuh cinta lagi atau mencrushkan mana-mana lelaki lagi. Syed Zulhilmi, budak pang di kelasnya. Pang bukan sebarang pang ya, Lelaki it...