Kakinya membuntuti langkah wanita berusia itu. Kalau diikutkan hatinya, tidak hingin dia datang kemari. Tapi memikirkan ibunya membawa kereta sendirian dan perjalan jauh, dia akhirnya pasrah untuk menemani ibunya.
Dia memandang ke arah ibunya yang sedang bercakap dengan seorang lelaki. Air mata ibunya tak henti2 mengalir. Dia memandang lelaki itu dengan pandangan benci.
Sudah berbulan dia tidak pulang ke rumah ibunya atas dasar dia tidak ingin terserempak dengan abangnya itu. Puas dipujuk ibunya untuk pulang, tetap juga dia menegah.
"Fur, kenapa boleh jadi macam nih. Apa kamu fikir nih Fur" rintih ibunya.
Lelaki itu hanya diam tidak berbicara. Kecik besar kecik besar dia melihat lelaki itu sekarang ini.
"Kau langsung tak rasa bersalahkan. Ingat dah besar makin bijak rupanya makin bodoh"
"Sya!" Ibunya tegas.
"Ibu masih nak mempertahankan lelaki macam nih. Tak habis dengan kes Elis, sekarang apa pulak, nak bunuh orang pula" Dia memandang sinis ke arah lelaki itu.
Bamm!!
" Kau jangan sampai Aku bunuh kau pulak, Sya!"
"Sekarang kau nak bunuh aku pulak? Huh! Abang jenis apa kau ni hah!"
"Abang? Kau anggap Aku abang kau ke?"
"Dah! cukup! Korang tuh adik beradik, patutnya korang nasihat satu sama lain. Apa nak jadi dengan korang dua nih"
Mereka berdua terdiam apabila dijerkah ibu mereka.
**********
Wawa mengeluh berat. Zul dan mamanya berdiri disampingnya. Disebabkan kes semalam, dia diminta guru bola Zul, Cikgu Azman untuk membuat laporan lebih lanjut.
Mamanya memegang tangannya.
"Wa kamu okey kan?"
Dia mengangguk. Dia tersenyum ke arah Mamanya. Dia harus kuat kerana sekarang Mamanya dah berubah demi dirinya. Jadi dia harus hadap masa silamnya ini.
Kaki mereka melangkah masuk pintu balai itu. Mereka memandang petugas di situ.
"Assalamualaikum, kami datang atas urusan Cikgu Muhammad Aziq Furqan"
"Waalaikumsalam. Duduk dulu Cik"
Mereka terus duduk. Zul hanya diam berdiri di belakang Mak Una dan Wawa.
"Boleh sye tau nama Cik?"
"Elisya Wardah"
Wawa terus membuat laporan polis tersebut. Segala kejadian semalam diceritakan seperinci mungkin. Dia mengetap giginya. Hatinya panas mendegar laporan Wawa.
"Elisss"
Badannya terkaku apabila namanya dipanggil. Sudah lama dia tidak dipanggil sebegitu. Dia terus memusingkan tubuhnya. Dia terpana bila badannya dipeluk erat.
"Elis, aku rindukan kau sangat2 tau. Kau tak rindukan aku ker? Sampai hati kau tinggalkan aku macam tuh jer"
Wawa hanya diam tanpa secalit senyuman. Dia terus tolak pelukan gadis muda itu. Dia memandang perempuan muda dan wanita 50an itu.
"Mama, jom kita balik. Urusan kita dah selesai dekat sini" tegas Wawa berbicara.
"Eliss, Elis, tolonggg. Mak Cik minta ampun atas apa yang Fur buat dekat kamu. Tolonglah maafkan dia Elis"
YOU ARE READING
MY BOY MY LOVE
RomanceSelepas herdikan dari crushnya. Elisya Wardah membawa diri. Dia bencikan lelaki itu. Dia berjanji dia takkan mudah jatuh cinta lagi atau mencrushkan mana-mana lelaki lagi. Syed Zulhilmi, budak pang di kelasnya. Pang bukan sebarang pang ya, Lelaki it...