Dia keluar dari sekolah itu terlebih dahulu sementara Zul menukar pakaiannya. Matanya tertancap pada seorang perempuan yang dirinya kenal. Dia terus melangkah laju melepasi gadis itu. Dia yang bukan atlet nih memang mudahlah disaingi oleh gadis itu.
"Elis we need to talk"
"Tak ada apa yang aku nak bercakap dengan kau"
"Please Elis. Aku nak bercakap dengan kau sekejap jer" Rayu gadis itu lagi.
"Baliklah Sya"
Dia menolak tangan gadis itu yang memegang dirinya. Dia tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan gadis itu lagi. Dia terus berlalu pergi.
Syahirah yang ingin menahan Wawa dari terus pergi ditahan. Zul memandang wajah itu.
"Aku tak tahu apa masalah Wawa dengan kau tapi Aku tak nak Wawa sedih disebabkan kau. Benarkan dia untuk pergi dari masa silam dia."
"Kau tak faham. Elis penting untuk Aku. Dia selalu ada dengan Aku " rintihnya dengan sayu.
"Then sampai bila dia kena ada dekat samping kau? Kau kata dia penting, then kenapa kau tak boleh bagi dia peluang untuk bahagia sekarang?" Pangkas Zul.
Gadis itu terkelu. Matanya yang berkaca akhirnya menitis. Dadanya terasa seperti dicucuk-cucuk oleh perasaan hibanya.
Elis tidak bahagiakah berada di sampingnya selama ini? Gadis itu terpaksakah? Hatinya begelodak dengan pelbagai perasaan.
"Balik. Tempat kau bukan dekat sini"
Syahirah yang sedari tadi terduduk menekur jalan beralih memandang lelaki itu tajam. Perasaan marah membuak-buak dalam dirinya. Tangisan itu terhenti serta merta.
Dia terus bangun dan berlari ke arah Zul. Zul terjatuh bila gadis itu menerpa dirinya secara tiba-tiba. Tangan itu mencengkam lehernya sehingga terasa kuku gadis itu terbenam di kulit tengkuknya.
Kesukaran bernafas membuat dirinya sedikit lelah untuk menolak gadis yang jauh lagi kecil dari dirinya. Dia bukannya lemah untuk bersaing dengan gadis itu. Tetapi kudratnya sudah tidak seberapa.
"Kau kan yang hasut Elis untuk benci Aku!! Kau memang tak guna. Mati kau!! Hahahaha"
Syahirah ketawa terbahak-bahak melihat lelaki itu sudah nyawa-nyawa ikan ditangannya. Tanpa bersalah dia mengcekik lagi kuat batang leher itu.
Badan gadis itu ditolak sekuat tenaga oleh Zul. Cengkaman terlepas. Gadis itu terjatuh di sebelah Zul. Zul mengesok tubuhnya supaya berjauhan dari gadis itu. Syahirah berang melihat lelaki itu terlepas dari cengkaman dirinya.
Syahirah memandang sekeliling. Matanya tertancap memandang bongkah-bongkah batu yang bertimbun di tepi kawad besi sekolah itu. Dia tersenyum lalu bangun menggapai batu itu.
Dia melihat lelaki itu yang merangkak ingin pergi dari situ. Laungan tolong serak-serak basah itu membuat dia ingin ketawa.
"Kau nak ke mana!!!!" Jeritnya
Tangannya yang memegang sebongkah batu itu terus dihayun ke belakang kepala lelaki itu. Zul jatuh terjelupuk. Syahirah pusingkan tubuh Zul yang sudah tidak sedarkan diri. Pipi itu ditampar perlahan olehnya berkali-kali.
"Oi.. Oii, dah mati ke? Hehehe Dah matiiiii" dia tersenyum gembira kerana lelaki itu sudah tak bergerak.
Dia menggenggam batu itu kuat. Sekali lagi ia hayunkan batu itu dikepala lelaki itu. Percikan darah yang mengenai dirinya hanya membuat dirinya tersenyum senang.Badan gadis itu ditarik kuat oleh sepasang tangan. Gadis itu ditarik jauh dari tubuh Zul yang terlantar itu. Kumpulan bola sepak mula mengngerumuni tempat kejadian. Jurulatih mereka juga telah dipanggil. Laporan telah dibuat.
Syahirah meronta-ronta ingin dilepaskan. Tangan yang memegang dirinya digigit. Badannya terus dipegang oleh ahli bola sepak yang lain.
"Arggghhh Lepaskan akulah bodoh"
"Kau senyaplah perempuan!!" Marah Syed. Dia memandang tubuh Zul yang sedang diangkat oleh paramedic ke dalam ambulance. Setelah beberapa minit terdengar pula siren polis yang mendekati perkarangan sekolah itu.
Syahirah diserahkan pada pihak polis. Beberapa orang mengikuti jurulatih mereka untuk memberi keterangan lanjut tentang kejadian tersebut.
Syed memandang ahli-ahli bola sepak itu. Dia menyuruh ahli bola sepak untuk berkumpul mendekati dirinya.
"Aku nak kejadian hari nih jangan sampai tersebar. Aku tak nak Wawa tahu pasal nih. Kalau Wawa tahu biarlah daripada mulut mak Zul sendiri. Korang faham tak?"
"Fahammm" jawab kumpulan bola sepak itu.
Zul terus menghidupkan enjin motonya. Dia terus bergerak ke perhentian bas. Terlihat Wawa sedang menantikan Zul di situ.
"Wa!"
Wawa mendongak memandang wajah lelaki itu. Dia mendekati Syed yang berada di atas moto
"Mana Zul?"
"Zul dia ada hal dengan jurulatih. Dia takut dia lambat so dia suruh Aku hantar Kau dulu" autanya.
"Ok" Wawa mengangguk faham. Dia mengambil huluran helmet dari lelaki itu.
"Syed, tadi kenapa Aku nampak ada ambulance dengan kereta polis datang?"
"Huh? Entahlah, Aku pun tak tahu" jawabnya sedikit gugup. Wawa mengangguk dan menerima jawapan lelaki itu. Dia terus membonceng moto itu. Begnya diletakkan ditenggah diantara dia dan Syed.
Syed terus meluncur laju membawa dirinya pulang ke rumah. Dia turun dari moto itu apabila dirinya telah sampai ke destinasinya.
"Thanks sebab hantarkan Aku"
"Ur welcome"
Syed terus berlalu pergi dengan moto Ysukunya.
*Sorry dapat buat 2 chapter jer. Idea ada cuma nak jadikan penulisan tuh payah. Nanti Author update lagi but tak tau bila. Yg pasti takkan ambil masa yg lama macam sebelum nih.
YOU ARE READING
MY BOY MY LOVE
Storie d'amoreSelepas herdikan dari crushnya. Elisya Wardah membawa diri. Dia bencikan lelaki itu. Dia berjanji dia takkan mudah jatuh cinta lagi atau mencrushkan mana-mana lelaki lagi. Syed Zulhilmi, budak pang di kelasnya. Pang bukan sebarang pang ya, Lelaki it...