Zul berjalan menyelusuri flat itu. Dia berhenti dipintu itu. Dia menghembuskan nafasnya perlahan. Dia mengetuk pintu putih itu.
Mak Una membuka pintu. Dia sedikit terkejut melihat Zul. Zul hanya memberi senyuman kecil kepada seorang perempuan sebaya ibunya.
"Ini rumah Elisya Wardah betul?"
" Betullah tuh. Mak Cik ni Mak dia"
"Owhh. Takut juga kalau salah ketuk tadi" Dia berjalan menggunakan derianya sahaja. Nampaknya badannya memang sudah terasa biasa di tempat itu.
" Masuklah Zul"
"Terima kasih Mak Cik"
"Panggil je Mak Una. Zul selalu panggil macam tu dulu"
"Baik Mak Una"
"Kamu tunggulah sekejap, nanti Mak Una bagitahu Wawa yang kamu dah sampai"
Dia hanya mengangguk dan tersenyum ke arah Mak Una. Dia bangun dari kerusi dan melihat deretan bingkai gambar yang tersusun.
Dia memerhati satu gambar dia dan gadis itu.
"I'm sorry, aku tak tunaikan janji aku"
"Janji apa?"
"Untuk jaga kau"
Wawa sudah berkerut memandang lelaki itu. Zul dah ingat ker? Tapi kenapa macam lelaki itu tidak sedar dengan bicaranya.
"Tuan" dia mencuit bahu bosnya itu. Zul terus memusingkan tubuhnya.
" Oh sorry I lost in my thoughts. You ready?"
Zul memandang gadis itu yang mengenakan abaya berwarna merah jambu serta tudung yang sama warna. Cantik. Makeup pink yang dipakai menaikkan lagi seri di wajah wawa yang putih itu.
Wawa mengangguk. Dia menyalam mak Muna dan Zul hanya senyum sebagai tanda hormat pada ibu wawa.
"Handsome bos malam ni" ucapnya sambil beriringan turun dari tangga flat itu.
"With this pink? Seriously Wawa, you dengan I dah kerja beberapa hari dah and sekarang baru you nampak I handsome"
Wawa tergelak. Baju dipakai lelaki itu memang sangat kena pada lelaki itu.
YOU ARE READING
MY BOY MY LOVE
RomantikSelepas herdikan dari crushnya. Elisya Wardah membawa diri. Dia bencikan lelaki itu. Dia berjanji dia takkan mudah jatuh cinta lagi atau mencrushkan mana-mana lelaki lagi. Syed Zulhilmi, budak pang di kelasnya. Pang bukan sebarang pang ya, Lelaki it...