BAB 23🍂

55 3 0
                                    

Dia mengetap rahangnya mendengar kata Syed. Dia memandang kerusi di sebelahnya yang kosong. Hatinya sedikit gusar. Dia risau dengan keadaan Wawa,lagi2 gadis itu masih tidak sihat.

Dia terlampau emosi mendengar kata-kata dari gadis itu. Tidak habis-habis dengan perkataan mati itu. Baru sahaja dia menegur kemarin,tapi masih juga gadis itu mengulanginya.

Dia mengeluh berat. Petang yang sepatutnya dia pergi training bola, dia memboloskan diri. Dia ada urusan lagi penting dari itu. Dia harus pergi ke rumah gadis itu.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu yang diketuk akhirnya dibuka. Kelibat Mak Una terjenggah di depan muka pintu.

"Ya Allah Zul. Apa ketuk pintu rumah Mak Una macam nak roboh nih"

Dia tersengih. Dia risau.

"Wawa ada Mak Una?"

Mak Una mengangguk.

"Masuklah dulu Zul. Ada benda sedikit Mak Una nak cakap dengan kamu nih"

Tangkai hati Zul mula merasa kecut. Pandangan tajam dari Mak Una sahaja dah membuat dia pasti yang Mak Una marah akan dirinya. Kecut segala uratnya. Haishh ini mesti tentang kes Wawa lah ni.

Dia akhirnya duduk di kerusi ruang tamu yang kecil itu. Tanggannya dimainkan. Dirinya gusar menanti kata dari mulut Mak Una.

"Kamu gaduh dengan Wawa ker?"

Dia terdiam. Dia bergaduh ker? Mungkin? Apa dia harus jawab kepada Mak Una? Dia menengking Wawa kerana Wawa asyik bercakap tentang mati? Apa itu yang dia harus katakan?

"Zul, Mak Una tanya nih. Kamu gaduh dengan Wawa ker?"

Dia akhirnya mengangguk. Tidak berani menentang mata wanita yang sebaya ibunya itu. Dia mendengar keluh dari mulut Mak Una.

Kenapa? Besar sangatkah kesalahan dirinya ini? Apa dia tak boleh marah? Dia pun punya perasaan. Adakah perasaannya ini hanya perlu dikotak-katikkan oleh orang lain? Perih terasa hatinya.

"Kamu tahu apa yang berlaku dekat sekolah tadi?"

Apa yang berlaku di sekolah? Yang mana? Saat dia bergaduh dengan Wawa kah? Atau dia tahu tentang gadis itu demam?

"Selepas Zul gaduh dengan Wawa. Kitaorang terus pergi. Seorang ke hulu, seorang ke hilir. Selepas itu, Zul tak tahu apa-apa yang berlaku dekat Wawa."

Mak Una mengeluh untuk kesekian kalinya. Kenapa? Apa yang berlaku sebenarnya.

"Tak apalah, kamu pergilah tenggok Wawa. Mak Una nak ke dapur masak bubur untuk Wawa"

Dia tercenggang seorang diri. Dia masih tidak tahu apa yang terjadi dengan Wawa.

Dia akhirnya pasrah. Kakinya melangkah masuk ke bilik gadis itu. Terlihat gadis itu terbaring lemah dia atas katilnya. Dengan bibir pucatnya dan terdapat peluh jernih di dahi gadis itu.

Dia meminta kain dan besen kecil dengan Mak Una. Besen kecil ditadah dengan air. Dia perah kain yang basah itu. Muka gadis itu dilap lembut olehnya. Terbit rasa bersalah kerana memarahi gadis itu.

Tangan gadis itu digapai. Belum sempat tangan itu dilap, matanya tertancap dengan luka di tangan gadis itu. Dia berkerut. Dari mana gadis ini mendapatkan luka itu? Sebelum bergaduh tadi,sudah ada ke luka itu? Sebab itukan gadis itu menyuruh dirinya untuk menyuapnya?

Dia bangun. Dia mengambil kotak first aid di dalam laci meja gadis itu. Dia mengelap tangan gadis itu nenggunakan kain basah. Gadis itu mendesis dalam tidurnya. Ubat terus disapu di tangan mulus gadis itu. Dia simpan kembali first aid kit itu.

MY BOY MY LOVEWhere stories live. Discover now