BAB 26🍂

26 2 0
                                    

Wawa masuk ke dalam biliknya. Telefonnya digapai. Dia menekan nombor Zul dan mendail. Puas dia menunggu panggillannya bersambung tetapi tiada tanda2 untuk bersambung.

"Dia tak balik lagi kut" bisiknya mengatakan pada dirinya.

Dia akhirnya menghantar mesej kepada lelaki itu bahawa dia selamat sampai ke rumahnya.

Dia mengambil kain tuala dan masuk ke dalam bilik air. Dia mandi dan solat. Selesai menunaikan solat terus dia turun ke dapur. Kebiasaan jika shift Mamanya sehingga larut malam, dia yang akan ditugaskan untuk masak. Dia terus selongkar peti ais dan mengeluarkan ayam, tomato dan beberapa bahan lagi.

Dia berpuas hati apabila lauk dimasaknya selesai. Dia hidangkan dahulu untuk dirinya.

Dia melihat layar henponnya yang masih kosong tanpa notification. Jam menunjukkan pukul 7. Mana pula si Zul nih. Tak tengok telefon ker. Dia menelefon Zul tapi tidak bersahut.

"Mana pergi Zul nih, tak pernah tak jawab call aku."

Hatinya terbit rasa risau. Nak kena call ibu ker tak. Nanti ibu ingat aku gaduh dengan Zul macam mana. Ishh stresslah macam nih.

Dia membasuh pinggan mangkuknya lalu dia tunaikan solat maghrib. Dia menyiapkan kerja sekolah. Dia memandang telefonnya yang masih sunyi itu. Jam sudah menunjukkan pukul 12. Geram pula dia bila Zul tidak membalas mesej dia. Dia terus pergi tidur dengan rasa sakit hati.

Seperti biasa pukul 7 dia sudah berada di sekolah. Dia berjalan melepasi sebuah grup junior-junior perempuan di sebuah gazebo sekolah.

"Series ngeri gila weh. Darah mencurat-curat keluar. Ngeri kalau aku dapat jumpa perempuan gila macam tuh"

Dapat dia dengar perbualan mereka. Suara satu-satu lantang memang sampailah ke pendengarannya.

"Dah tu kapten bola tuh selamat tak?"

"Selamat lah kut. Polis ambulance semua datang. Perempuan tuh pun dah kena tangkap dah" ujar gadis itu.

Langkahnya terhenti. Kapten bola? Dia terus melangkah menghampiri kumpulan itu.

"Nisa cerita apa tadi?" tanyanya tanpa basa basi.

"Akak tak tahu? Abang Zul kena serang semalam. Perempuan tuh pukul Abang Zul pakai batu bata. Terkejut juga Nisa masa balik semalam. Tiba-tiba ramai geng2 bola semua berkumpul dekat situ."

"Siapa perempuan tuh?"

Nisa mengangkat bahu. Dia mengucap terima kasih pada Nisa. Dia terus berjalan laju. Dia pasti Syed tahu tentang ini. Matanya meliar di dalam ruangan kelas. Dia terus pergi ke meja  Syed. Syed sedikit terkejut bila dia tiba2 menerpa begitu.

"Syed, Zul mana?"

Syed sedikit gelabah. Dia harus kelentong apa pada Wawa.

" Entah. Aku pun tak nampak batang hidung dia lagi hari nih"

"Syed!!" Tempiknya. "Kenapa nak kena tipu Aku! Aku berhak tahu apa yang jadi dekat Zul "

"Wawa aku bukan tak nak bagitahu kau. Tapi Aku takut kau tak boleh terima"

Dia terdiam. Air matanya mengalir deras. Zul dah tak ada ker? Dia cuba berfikiran positif.

"Aku rasa better kau tanya ibu Zul. Aku sendiri tak sure keadaan Zul macam mana"

Terasa sedikit lega dirinya apabila mengetahui lelaki itu masih bernyawa. Sepanjang di persekolahan itu dia sedikit pun tak dapat fokuskan dirinya. Syed menghampiri Wawa.

"Kau nak aku hantar kau balik tak?"

"Kau bawa aku ke hospital boleh?"

Syed mengaru kepala. Dia tahu gadis itu pasti akan risau dengan keadaan Zul. Syed mengangguk. Dalam perjalanan ke motosikal Syed mereka berbual kecil.

"Macam mana kau boleh tahu Zul kena serang?" Dia bertanya. Dia sudah suruh pasukan bole untuk diamkan diri tetapi perkara itu masih sampai ke telinga gadis itu.

"Ada budak junior yang aku kenal nampak" jawabnya. "Siapa yang serang Zul?" Tanya Wawa pula.

"Aku tak tau. Tapi yang aku pasti kau tahu"

"Huh? Aku?" Dia memandang lelaki itu hairan.

"Yes. Sebab perempuan tuh panggil kau Elis"

Jantungnya seakan terhenti. Tak mungkin syahirah sanggup buat perkara sedemikian tapi... Tak mustahil kalau gadis itu betul-betul memukul Zul kerana penyakitnya.

"Jadi kau tahu siapa perempuan tuh?"

Dia mengangguk.

"Apa aku dah buat nih Syed. Kenapa orang sekeliling aku kena jadi mangsa" dia terbungkam. Di tengah-tengah susur gajah itu dia terduduk menekur lantai batu itu.

Syed sedikit gelabah apabila gadis itu melemah dihadapannya. Dia sendiri bukan pandai untuk pujuk memujuk nih.

"Wawa ni bukan salah kau. Kalau nak ditakdirkan dia hari nih terluka, dia akan terluka jugak. Cuma hari nih dia terluka sebab orang yang kau kenal. Takkan di setiap yang dah ditakdirkan kau nak salahkan diri kau? " Dia cuba memujuk hati gadis itu.

"Dah kesat air mata tuh"

Wawa terus mengesat air matanya. Dia terus membonceng moto Syed. Syed terus meluncur laju membawa mereka ke hospital.

Wawa berjalan bersama Syed. Dia ternampak kelibat ibu Zul.

"Ibu" panggilnya. Dia terus berjalan mendekati ibu Zul. Dia terus memeluk tubuh tua itu. Dia menangis di bahu ibu Zul. Ibu Zul hanya memujuk dirinya.

"Ibu... Maafkan Wawa. Sebab Wawa, Zul jadi mangsa macam ni"

"Isshh apa cakap macam tuh." Serba sebanyak dia sudah tahu ceritanya. Syed juga dah beritahu Wawa dan gadis itu mungkin adalah kenalan. Tapi itu tak bermakna dia akan salahkan Wawa. Wawa sendiri pun tak pernah fikir kejadian macam ni akan terjadi.

Dia sedih satu-satunya anaknya mengalami musibah ini.

"Ibu marahlah Wawa. Ibu pukul jer Wawa. Semua nih salah Wawa." Rintih gadis itu.

"Ibu tak pernah salahkan Wawa. Wawa doa banyak-banyak supaya Zul sedar ya"

Puan.Hajah memeluk gadis itu. Dia menggosok pungguk gadis itu.

MY BOY MY LOVEWhere stories live. Discover now