BAB 28🍂

22 2 2
                                    

Wawa meneliti satu persatu file diatas mejanya. Kalau ikutkan boleh sahaja dia ambil ringkasan yang pernah dibuat oleh pembantu projek-projek itu. Tetapi setelah dia meneliti ringkasan yang ada, dia membuat keputusan untuk membuat ringkasan yang lebih detail.

Satu persatu projek dia taip ke dalam Microsoft. Sesekali dia merenggang tubuh badannya itu kerana lenguh. Matanya memandang jam dinding. Angka 1.30 itu membuat dia terbangun. Ruangan pejabat itu sudah mula kosong kerana waktu jam rehat. Dia memandang pejabat Zul. Pintu itu di ketuk.

"Tuan"

"Erm" sahut lelaki itu tanpa memandang dirinya. Dia berdiri di sebelah meja lelaki itu.

"Tuan dah waktu rehat nih. Tuan tak nak keluar makan ker?"

"It's okey. I tak lapar"

"Tapi Tuan..."

Zul terus memandang Wawa tajam. Wawa terus menutup mulutnya. Nanti tak pasal-pasal dia disembur lagi oleh lelaki itu. Wawa akhirnya keluar. Nak buat baik pun salah. Dia akhirnya keluar pergi membeli makanan.

Wawa kembali dengan bungkusan makanan. Dia mengetuk pintu bilik Zul sekali lagi. Dia masuk setelah diberi kebenaran.

"What now Elisya?"

Elisya lagi... Dia kalau boleh nak buang nama tuh dari ICnya. Sabar wahai hati... Perkara kecil je kan. Dia memberi senyuman kecil kepada lelaki itu.

"Saya beli makanan untuk Tuan" dia menunjukkan plastik di tangannya.

Tanpa menunggu kata putus lelaki itu, dia terus menghidangkannya di atas meja tamu di bilik itu.

"Jom makan Tuan. Nanti selepas makan boleh solat zohor pulak"

Zul bangun dari duduknya. Dia menghampiri sofa itu. Dia menghenyakkan tubuhnya berhadapan gadis itu.

"Why ada dua bungkus makanan?"

"Satu untuk Tuan and satu untuk saya" jawabnya sambil sengihan di bibir. Lelaki itu mengeluh. Wawa hanya memandang diam. Bibir munggilnya itu berhenti tersenyum. Terasa dengan keluhan lelaki itu.

"Kenapa ehh kau kena makan dengan aku? Semak tau 24 jam nak kena tengok muka kau nih" ujarnya tanpa bertapis.

Dia memandang lantai. Air mata yang ingin mengalir terus ditahan sebaik mungkin. Dia menutup bungkusan makanannya. Dia berlalu keluar tanpa sepatah perkataan pun keluar dari bibirnya itu.

Wawa masuk ke biliknya. Dia memandang sepi bungkusan makanan itu. Seleranya mati. Wawa menatap wajah Zul di dalam gambar diatas mejanya itu.

"Kenapa susah sangat nak senyum dekat aku Zul. Aku rindu nak kau manjakan aku" rintihnya. Air matanya menitik melihat wajah tersenyum itu.

Dia menekup wajahnya ke atas meja. Dia menangis semahunya. Kenapa benci sangat lelaki itu padanya. Dia menghapus air mata yang masih bersisa di tubir mata. Bungkusan makanan itu dibiarkan tanpa di sentuh. Dia terus bangun untuk menunaikan solat zohor di surau pejabat.

Pergerakannya terhenti bila terlihat Zul memandang dirinya. Kenapa kena terserempak dengan mamat ni dekat sini. Harap dia tak tau aku baru lepas nangis. Dia melintasi tubuh itu tanpa menyapa bosnya itu.

Zul mengeluh melihat gadis itu menghiraukan dirinya. Terasa bersalah melihat mata sembab itu. Sepatutnya dia berterima kasih pada gadis itu kerana sudah bersusah payah membelikannya makanan tapi lain pula jadinya.

Teruk sangat ke aku nih? Kejap. Apahal aku nak kisah sekarang nih? Selama nih aku sound minah-minah lain tak ada pulak aku nak serba salah. Zul please it's not worth it kau fikir lama-lama pasal perempuan.

MY BOY MY LOVEWhere stories live. Discover now