Aku merenung pintu kelas bagai nak tembus. Jari jemarinya tak henti mengetuk mejanya. Sesekali matanya beralih ke jam dinding kelas itu. Semakin masa berlalu semakin dia gusar. Orang yang ditunggu tak kunjung-kunjung tiba.
Hari ini rekod untuknya, tak pernah dia tercegat di depan kelas seawal 6.45 pagi itu. Tidurnya semalam juga terganggu. Dia asyik teringat Wawa sahaja. Macam mana dia mahu pujuk gadis itu? Dia suka coklat ke? Dia suka bunga ker?
Semua itu menjadi persoalannya sepanjang malam. Buntu mahu diapakan. Wawa tak pernah tak datang sekolah jadi dia expect dia boleh pujuk Wawa di sekolah.
Jam sudah tepat menunjukkan angka 7.30 pagi. Dia makin resah. Telahannya benar bahawa gadis itu tidak hadir ke sekolah. Dia akhirnya berada di jurang kebuntuan.
Hari yang dilaluinya seakan sunyi. Jika Wawa ada pasti ada sahaja mereka akan gaduhkan. Sepanjang hari langsung tiada senyuman yang singgah di bibirnya.
Dia pulang lebih awal. Training bola yang ada waktu petang itu tidak dihadirinya. Dia tak boleh fokus. Dalam fikirannya hanya ada Wawa, Wawa dan Wawa.
"Zul awal balik. Tak ada training hari ni?"
Dia memandang ibunya di dapur. Kaki melangkah ke dapur dan bersalam dengan ibunya.
"Ada cuma Zul tak rasa nak pergi. Tak boleh fokus"
"Kalau macam tuh nanti ikut ibu"
"Zul tak ada mood nak keluar lah Bu"
Dia melihat muka anaknya yang cemberut itu. Ini mesti kes Wawa merajuk sebab tu tak ada mood semacam. Hailah Wawa, kamu dah buat apa dekat anak lelaki ibu sorang nih.
"Hurm tak nak ikut tak apalah. Mak Una call Ibu suruh jagakan Wawa dekat hospital tapi kamu tak nak ikut,tak apalah ibu pergi seorang jelah"
"Wawa? Wawa kenapa Ibu? Wawa okey tak Bu? Sebab Zul ke Wawa masuk hospital Bu. Bu, Zul tak sengaja Bu. Mesti Mak Una marah Zul sebab dah sakitkan Wawa"
Muka anaknya muram. Tepampang rasa bersalah di muka anaknya itu.
"Demam panas katanya. Mak Una tak kata apa-apa pun pasal kamu. Tak payah nak berdrama sangat. Ni nak ikut Ibu tak nih?"
Laju anaknya mengangguk.
"Dah tuh pergilah mandi, takkan nak pergi dengan baju sekolah tuh"
Dia melihat anaknya yang berdesup masuk ke biliknya. Tak sampai 15 minit, anaknya sudah tercegat di depan muka pintu dapur. Amboi lajunya. Mangkuk tingkat diambil.
**********
Dia memandang Wawa yang sedang terbaring lesu itu. Dia berasa ini semua salahnya. Kata Mak Una selepas Wawa balik, suhu tubuh badan Wawa meningkat drastik dan pengsan tak sedarkan diri. Sampai sekarang gadis itu masih tidak sedarkan diri.
Ibunya dan Mak Una keluar sementara dirinya menjaga Wawa. Sementara menunggu, bibirnya mula mengalunkan bacaan yasin.
Setelah selesai mengalunkan bacaan yasin, matanya kembali tertancap ke arah Wawa. Bibirnya digigit. Resah. Dia mahu Wawa berbicara dengannya. Suara Wawa sudah mula sebati dalam kehidupannya. Makin lama dia menatap Wawa, makin resah hatinya.
"Wawa, cepatlah bangun. Aku bosan tau tak? Hari nih langsung aku tak dengar suara kau. Kau bangunlah wei. Kalau kau bangun, aku janji aku akan buat apa jer kau nak. Series aku nak dengar kau membebel dekat aku. Aku nak tenggok perangai tak semengah kau tu. Hahaha mesti kalau kau dengar apa yang aku cakap sekarang nih, kau akan gelak tak ingat dunia kan? Tapi aku nak kau tahu, yang kau adalah perempuan kedua yang aku anggap penting dalam hidup aku selepas ibu aku. Aku tak rapat dengan perempuan even sepupu aku, tapi kau lain Wa. Kau kawan special in case aku. Kau gila, kau biul, kau marah and kau cute bila kau ajak bergaduh dengan aku. Sebab tuh kau jadi kawan special in case aku"
**********
Ibu memandang anaknya yang tertidur sebelah Wawa. Dia tersenyum. Anaknya banyak berubah disebabkan Wawa. Anaknya yang selalu dengan muka seriusnya sekarang sudah mudah ketawa. Pemergian suaminya dulu sangat memberi luka kepada Zul.Kemalangan suaminya 2 tahun lepas betul2 berlaku didepan anak lelakinya itu. Akibat itu, anaknya selalu tidak lekang di rumah. Kerana dia paling rapat dengan arwah ayahnya dan memori bersama ayahnya terlalu banyak di rumah agam yang didiami mereka ini.
Bila munculnya Wawa dalam hidup Zul. Tak pernah lekang dia bercerita mengenai gadis itu. Wawa perempuan yang paling gila yang dia pernah jumpalah. Wawa perempuan yang cantik dan baik yang dia pernah ada. Kadang2 dia suka bercerita tentang perangai Wawa.
Sampaikan dia terasa ingin sangat berjumpa perempuan bernama Wawa itu. Teringat lagi saat Wawa pertama kali datang ke rumahnya. Sungguh riuh rumahnya apabila mereka dua berbual. Ada sahaja keletah anaknya untuk mengusik Wawa.
Dia tidak pernah melihat anaknya sebegini. Dengan sepupu perempuannya pun dia tidak melayan tapi dengan Wawa, anaknya boleh ngam sampai macam ni sekali. Nak kata dia ada perasaan pada Wawa, tidak pernah pula dia membuka cerita perihal itu.
"Lah Jah, buat apa termenung depan pintu nih"
"Owhhh Normah, takde, aku tenggok budak berdua dia comel jer. Rapat betul persahabatan diorang"
Mama Wawa memandang bahagian katil anaknya. Dia mengangguk setuju dengan pernyataan ibu Zul itu. Mereka menjadi sahabat selepas sekali bersua.
**************
Mataku terbuka. Setiap penjuru bilik diamatinya. Matanya yang sedikit kabur itu, kembali jelas penglihatannya. Matanya terarah dipenjuru sebelah katilnya. Kepala yang terlentok itu dilihatnya. Rambut yg tebal,yang selalu disikat rapi menjadi pang itu sudah terurai. Jelas kelihatan berbeza muka Zul apabila rambutnya jatuh terletak begitu.
Aku membelai rambutnya. Dia langsung tidak terkutik dengan pergerakan aku buat. Lena benar tidurnya. Aku turun dari katil. Kaki yang terasa lemah untuk berdiri itu, buat aku berhenti seketika. Aku cuba memaut katil untuk bangun. Aku bergerak perlahan-lahan untuk ke tandas.
Habis sahaja aku ke tandas, aku kembali ke katil. Zul yang masih tidur itu, aku kejutkan dengan mengoncangkan bahunya.
"Zul bangun, Zul"
Tubuh yang sedikit mengeliat itu aku goncangkan lagi.
"Uisshhh!"
Zul yang berdiri mengejut itu mengejutkan aku. Isshhh budak nih dah kejut baik2 pun still terkejut jugak.
"Wa! Kau dah sedar! A..Aku pergi panggil doktor kejap"
Aku hanya ketawa melihat kalut Zul. Selepas pemeriksaan doktor, Zul duduk sebelah aku.
"Mama mana?"
"Mama dengan ibu dekat cafe bawah. Tengah makan"
"Owhhh"
Lengan baju aku dikuntil-kuntil oleh Zul. Aku berkerut memandangnya.
" Kau ni dah kenapa duk main aku punya baju nih?"
Dia mengeluh.
"Kau dah kenapa..."
"Kau jangan sakit macam nih lagi Wa. Kau rasa sakit, kau bagitau aku. Aku boleh hantar kau pergi klinik. Aku tak nak hilang kau Wa. Kau tahu tak aku takut tenggok kau terbaring kaku atas katil nih"
Aku melihat air mata Zul yang menitis. Aku lap air matanya dengan lengan baju sweeter aku pakai. Rasa nak tergelak dia melihat Zul. Kadang2 cengeng jugak kau nih ya Zul. Tak habis fikir aku.
"Ya, kau jadi bodyguard aku sampai mati tau. Kau protect aku 24/7 ok?"
"Kau nih main-mainlah! Aku tengah serius nih"
" Ya aku seriuslah nih. Kau nampak aku main2 ker"
"Malaslah aku layan kau"
Zul terus bangun dari duduknya. Dia berura-ura ingin keluar dari bilik itu.
Aku terus memaut bajunya. Zul terus mengalihkan pandanganya ke arah aku." Lapar... Nak makan.."
"Cehh, ingat nak pujuk aku. Makan jer dia ingat"
Aku tersengih mendergar celoteh Zul.
YOU ARE READING
MY BOY MY LOVE
RomansaSelepas herdikan dari crushnya. Elisya Wardah membawa diri. Dia bencikan lelaki itu. Dia berjanji dia takkan mudah jatuh cinta lagi atau mencrushkan mana-mana lelaki lagi. Syed Zulhilmi, budak pang di kelasnya. Pang bukan sebarang pang ya, Lelaki it...