Aku menunggu Nik di sebuah taman berdekatan perumahannya. Dia tak nak Nik tahu rumah sepapannya itu. Malas mahu menagih simpati orang.
Dia dah penat layan orang berada. Akhirnya dia di buang macam sampah juga.
"Elis"
"Nik. Nah nasi lemak you. I harap you berpuas hati dengan nasi lemak nih. Better you rasa dulu sebelum bagi orang, takut rasa dia tak sama macam sebelum ini"
"You tak yakin dengan you punya masakkan ker?"
" I tak berapa sihat sikit. I takut deria I nih tak betul."
" Patutlah muka you pucat semacam. Demam? Dah pergi klinik dah? Tuh mata tuh, kenapa sembab semacam I tenggok"
"Mungkin demam, mungkin tak. Tak lagi, Mana ada klinik buka pukul 7 pagi. Farmasi yalah bukak 24 jam. I tak berapa boleh tidur semalam. Tak apalah Nik, I balik dulu"
Aku tersenyum pahit. Kepala sudah berdenyut menahan sakit. Aku menunggang basikal pulang rumah. Aku rebahkan diri di atas tilam nipis itu.
Akhirnya aku tak sedarkan diri sepanjang hari. Panas di badan sudah semakin meningkat. Badan aku betul-betul lesu.
"Elis...Elis... Panas badan kamu ni. Kita pergi hospital ya."
Aku hanya mendengar sayup akan bicara itu.
▪️▪️▪️▪️▪️
Syahira's pov
Dia memandang kerusi kosong di sebelahnya. Elis tak datang sekolah. Sebab? Dia sendiri tak tahu.
Pagi tadi dia mahu menjemput kawannya itu tapi langsung tiada balasan. Senyap seperti tiada orang yang menghuni rumah itu.
Dia mengeluh. Semalam memang ribut keadaan rumahnya. Elis yang turun dari bilik Abangnya, menangis-nagis dan terus blah dari rumahnya betul-betul buat dia buntu.
Bila ditanya pada Abangnya, apa yang di gaduhkan hanya menjadi angin. Langsung tiada balasan. Mahu sahaja dia mencekik Abangnya itu.
Petang itu juga dia pergi lagi ke rumah Elis. Masih sama. Tiada balasan. Keesokkan juga dia pergi, rumah itu masih sunyi. Ke mana lagi Elis akan pergi kalau bukan rumahnya ini. Ke mana harusnya dia cari kawannya itu.
Dia memandang Abangnya yang sedang menonton tv itu. Dia geram bila melihat Abangnya yang langsung tak ambil peduli dengan keadaan Elis.
"Abang!"
Sejak kejadian tuh, dia sudah selalu meninggikan suaranya pada Abangnya ini.
"Apa kau nih dik. Datang-datang nak marah-marah. Datang bulan ke apa"
"Baik Abang bagitahu Adik, apa yang Abang gaduhkan dengan Elis. Nih dah masuk 3 hari Abang. Dia tak masuk sekolah. Adik pergi rumah dia pun dia tak ada."
"Yang kau nak risaukan sangat pasal dia tuh kenapa? Pandai-pandailah dia jaga diri dia sendiri. Dia dah besar"
"Abang, tolonglah. Adik merayu sangat-sangat, bagitahu adik kenapa, kenapa Abang bergaduh dengan Elis"
"Kau jangan menyibuk hal aku faham!"
Abangnya benar-benar berubah. Dari suka jadi benci. Kenapa? Dia buntu. Dia sudah rapat dengan Elis sejak Sekolah Rendah lagi tapi sekarang? Apa yang jadi dekat kawannya itu langsung dia tidak tahu.
Dah seminggu berlalu sejak kejadiaan di rumahnya itu. Elis masih tak datang ke sekolah.
"Assalamualaikum semua"
"Waalaikumsalam Cikgu Zubaidah"
"Okey class, before we start our class, I have something to inform you guys. Like you see it been 1 week Elis not come to school right? So what I want to tell you guys is Elis permanently stop school at here and moving to another country. Okey that it. So let we star our class"
Aku terkesima mendengar penyataan Cikgu Zubaidah. Elis berhenti? Elis dia pindah? Tanpa beritahunya? Apa semua ni? Air matanya tak dapat di tahan lagi.
Dia harus bersemuka dengan Abangnya. Sampai sahaja di meja Abangnya, dia terus menampar Abangnya itu. Hatinya sakit bila mengingat apa yang Abangnya itu telah buat.
Dia buat kawannya menangis. Dia buat kawannya berhenti sekolah. Dia buat kawannya pindah ke negeri lain. Dia buat adik dia hilang kawan baiknya.
Dia sudah tak hiraukan keadaan sekelilingnya. Marahnya sudah mencapai tahap limitnya. Boleh dikatakan semua guru disitu terkejut bila dia menampar Cikgu Furqan.
"Puas Abang sekarang? Huh! Puas?"
"Puas apa Adik nih? Cuba bawa bersabar sikit. Tak boleh ke kita bincang dekat rumah jer. Ni tempat kerja Abang. Tolonglah jangan buat kacau macam nih"
"Huhh Biarlah Adik buat kacau macah nih. Biar semua orang dengar. Bila kita bincang dekat rumah, macam2 alasan Abang."
"Okey macam ni Adik. Abang janji kita bincang kat rumah. Okey? Please jangan macam ni. Jangan disebabkan perempuan tak guna tuh, Adik sampai jadi kurang ajar macam dengan Abang"
Aku terus menampar muka Abangnya benar-benar kuat. Terlihat bibir Abangnya pecah disebabkan tamparannya itu.
"Perempuan tak guna? Abang sedar tak siapa perempuan tak guna yang Abang cakap tuh? Siapa dia untuk Adik? Saat Abang, Kakak, Mama dengan Papa tak ada dekat sisi Adik, siapa ada dengan Adik? Perempuan tak guna tuh yang selalu ada dekat sisi Adik. Kalau bukan sebab dia, Adik mungkin dah ada masalah mental sekarang. Saat adik sedih, dia yang comfort kan Adik. Saat adik murung, dia yang ceriakan Adik masa tu. Mana korang masa tuh? Tak ada. Sibuk dengan haluan masing-masing. Sekarang dia tinggalkan Adik. Puas hati Abang sekarang? Puas?"
" Adik... Abang tak bermaksud..."
"Adik benci Abang..."
Dia terus keluar dari bilik guru dengan air mata yang masih bersisa. Apa orang nak kata,katalah. Dia tak kisah. Dia bencikan Abangnya itu. Dia benci untuk melihat muka Abangnya.
End pov...
▪️▪️▪️▪️▪️
Aku memandang sekeliling. Matanya berpinar. Tangannya terasa sakit kerana jarum untuk masukkan air ke badannya.
"Elis, dah okey Sayang?"
Aku cuba mengecam orang di hadapannya itu.
"Mama nih Sayangg"
"Mama? Bukan Mama masuk penjara sebab..."
"Tak Sayang. Mama dianiaya. Tak tergamak Mama untuk jual budak-budak. Mama diikat jamin polis"
"Baguslah."
Aku tersenyum.
"Mama minta maaf ya Sayang. Mama dah banyak buat salah dekat Elis."
" Elis tak marah Mama. Elis tahu Mama nak juga hidup senang macam orang lain. Nanti Elis besar, Elis kerja kuat-kuat, Elis bagi Mama hidup senang okey?"
"Dah tak payah fikir pasal tuh. Mama dah tak kisah pasal tuh"
"Mama, Elis nak berhenti sekolah"
" Kenapa? Elis tak cukup duit ya? Tak apa nanti Mama cari kerja ya. Elis sekolah jer, pasal duit Elis jangan fikir ya"
"Bukan Mama. Elis nak kita pindah dari sini. Elis tak nak ada dekat negeri nih dah. Elis nak kita mulakan kehidupan baru dekat tempat baru. Boleh Mama?"
"Tapi kita tak ada duit untuk pindah tiba-tiba macam nih Elis. Takkan kita nak merempat kat negeri orang itu"
Aku ketawa.
"Ma takkan lah Elis tak berfikir panjang untuk berpindah ini. Pasal duit, awal-awal Elis dah catu dari gaji Elis dapat selama ini."
Setiap bulan dia selalu menyimpan seribu untuk kecemasan selama 3 tahun ini. Seribu lagi untuk perbelanjaan rumah. 3 ribu lagi diberi kepada Mamanya itu. Dalam bank nya itu sudah mencapai 36 ribu ringgit. Tidak sia-sia dia menyimpan seribu itu.
"Nanti, Mama tolong uruskan pindahan sekolah ya. Maklum sekali supaya Cikgu Zubaidah tak bagitahu orang pasal Elis berhenti sekolah."
"Yalah, kalau Elis sudah merancang sebegitu."
Dia pelik akan kehendak anaknya ini. Tapi biarlah, ada baiknya mereka mula buka lembaran baru dalam kehidupan mereka.
YOU ARE READING
MY BOY MY LOVE
Storie d'amoreSelepas herdikan dari crushnya. Elisya Wardah membawa diri. Dia bencikan lelaki itu. Dia berjanji dia takkan mudah jatuh cinta lagi atau mencrushkan mana-mana lelaki lagi. Syed Zulhilmi, budak pang di kelasnya. Pang bukan sebarang pang ya, Lelaki it...